BAB 7

379 20 0
                                    

Khalish memejam mata menghirup udara segar di pantai. Sudah 2 minggu dia menenangkan diri di pantai ini. Telefonnya dimatikan supaya tiada siapa yang menganggu ketenangannya.

Satu haruman yang tidak asing menusuk hidungnya. Khalish mencelikkan matanya. Aileen yang berdiri dihadapannya ditatap dengan rasa terkejut.

Aileen tersenyum. "Hai!" Dia melambai-lambai.

Khalish berdiri. Dia menepuk pasir di seluar pendeknya sebelum Aileen dilihat.

"Apa cik buat dekat sini? Bercuti ke?" Khalish berusaha terlihat tenang.

"Tak lah. I cari you." Aileen tersengih lebar.

Berkerut dahi Khalish. "Untuk apa? Dan macam mana cik tahu saya ada dekat sini?"

"I tanya kak Azwa. Sekarang I nak tanya you, kenapa you jauhkan diri dari I?" Soal Aileen serius.

"Kenapa saya nak jauhkan diri dari cik? Cik hanya klien saya. Tiada sebab untuk saya berbuat begitu." Khalish tersenyum.

Aileen memutarkan matanya. "Habistu yang you Ada dekat sini kenapa? Sedangkan majlis I belum sepenuhnya selesai. Kalau bukan jauhkan diri, jadi apa? I ingatkan you ni professional. Takkan masalah peribadi Dan kerja tak boleh nak bezakan."

Khalish rasa tertampar. Dia menarik nafas panjang dan dihembus. Dia berusaha untuk terlihat setenang mungkin.

"Saya hanya tiba-tiba rasa nak bercuti. Dan tiada masalah peribadi yang dialami saya. Kalau cik nak cakap saya ini tak professional, bagaimana pula dengan cik? Bukan ke perlakuan cik sekarang dah melanggar privasi saya? Setahu saya kerja saya tiada yang melibatkan urusan peribadi seperti cik lakukan sekarang. Kalaupun saya cuti, cik masih boleh guna khidmat wedding planner lain. Bukannya mencari saya dan melanggar privasi saya." Tegas Khalish.

"Maafkan saya. Urusan kita selesai di sini. Saya tak dapat uruskan majlis cik lagi. Jangan ganggu Saya lagi." Khalish menundukkan kepalanya sedikit sebelum berpusing membelakangi Aileen. Langkah kaki diambil.

"Bukan sebab you cintakan I?"

Soalan berani dari Aileen menghentikan langkah Khalish. Dia terkedu.

"Kenapa you diam? Bukan ke you hilangkan diri sebab taknak sakitkan hati lagi? You cemburu kan? Dan you taknak hati you semakin terseksa melihat I bergandingan dengan Fattah kan?" Desak Aileen dengan pelbagai soalan.

Khalish mengeluh. Penumbuknya dikepal. Tanpa melihat Aileen dia menjawab.

"Cuti saya tiada kena mengena dengan cik. Cinta? Maaf cik hanya klien di mata saya. Tak memungkinkan untuk saya menyimpan perasaan terhadap cik. Cemburu? Buat apa saya cemburu kalau saya tak cintakan cik? Maaf cik, tapi apa yang cik tengah lakukan sekarang ni, salah. Apa perasaan Encik Fattah bila dia tahu cik mencari lelaki lain dan menanyakan soal cinta?" Tenang suara yang dilontarkan Khalish.

"But I cintakan you!" Jujur Aileen.

Khalish terkaku. Pengakuan tiba-tiba Aileen sangat tidak masuk akal baginya.

Aileen mendekati Khalish. Dia berdiri dihadapan Khalish. Dia nekad, dia akan selesaikan semuanya hari ni juga!

"I said I love you! Only you! Only you Khalish! I cintakan you Khalish Anaqi." Aileen menatap redup ke dalam mata Khalish.

Kaki Khalish mengambil langkah kebelakang. Dia menggeleng.

"Tak! Cik tipu. Cik dah nak kahwin bulan depan. Jangan nak mainkan perasaan saya please." Khalish menunduk.

"I tak tipu! I cintakan-"

"Stop Aileen Keisha!" Potong Khalish keras. Dia menunjukkan tapak tangannya dihadapan wajah Aileen.

"Awak tahu tak awak jahat? Yes saya cintakan awak! Tapi itu bukan peluang untuk awak mempermainkan perasaan saya!"

Aileen terkedu.

"Awak tahu tak awak dah mendera perasaan Saya selama kita bersama? Awak tahu tak betapa terseksanya saya tengok awak bersama dengan Encik Fattah? Awak tahu tak apa yang saya rasa selamani?" Khalish mengenggam bajunya. Dia masih belum melihat wajah Aileen.

Aileen diam membiarkan Khalish melepaskan rasa kesalnya.

"Sakit. Sakit sangat. Walaupun beberapa kali Saya paksa hati Saya untuk lupakan awak, Saya tetap tak boleh. Menghadap kenyataan bahawa bulan depan awak akan menjadi isteri kepada lelaki lain buat Saya rasa nak gila. Saya tak sanggup untuk uruskan majlis kahwin awak. Setiap kali Saya terbayangkan awak berada di atas pelamin bersama lelaki lain buat Saya terseksa." Suara Khalish mula bergetar.

"Tapi sekarang awak senang-senang cakap yang awak cintakan saya. Semurah itu ke diri saya? Awak bakal isteri lelaki lain. Awak tak layak cakap awak cintakan saya! Awak ingat saya tiada perasaan ke? Awak ingat lepas awak buat pengakuan tu saya akan percaya dan jadi perampas? Tak. Salah. Saya bukan semudah itu untuk awak permainkan. Tolong." Khalish melihat Aileen dengan mata berkaca.

"Berambus dari hidup saya." Usai itu dia berjalan melepasi Aileen dan meninggalkan Aileen.

Aileen terkedu. Lututnya terasa lemah. Dia jatuh terduduk di atas pasir.

Dia tak sangka rancangan dia akan buat Khalish begitu terseksa. Dia tak menyangka rancangan ni pergi terlalu jauh.

'Bodohnya kau Aileen!!'

Aileen mengeluarkan telefonnya dan nombor Fattah didail.

"Abang tolong Leen please!"
.
.
.
.
.
-To Be Continued

C | My Wedding PlanWhere stories live. Discover now