BAB 6

373 23 0
                                    

Aileen mengeluh melihat mesej-mesej yang dia hantar langsung tidak dibaca Khalish. Malah tick dia satu je.

"Dia block nombor aku ke?"

Aileen termuncung. Sudah 2 minggu tiada kabar dari Khalish. Majlis perkahwinannya pula tinggal lagi sebulan lebih. Kalau Khalish betul-betul hilang mampus dia.

"Ish tak boleh jadi ni! Lantaklah aku serbu tempat kerja kau juga!"

Aileen berdiri dan dia menukar pakaian. Lantaklah dengan larangan Khalish. Hati dia meronta-ronta nak jumpa Khalish. Tak tenang hidupnya. Makan tak kenyang, mandi tak basah, bekerja tak fokus.

...

"Apa?! Khalish cuti?" Jerit Aileen terkejut.

Sally menutup telinganya. Dia menjeling Aileen. Nak jerit jerit pula, aku sumbat stokin dalam mulut kang.

"Ye Cik Aileen. Dah lama Alish ambil cuti." Tenang Kak Azwa.

"Then how about my wedding? Majlis tinggal lagi sebulan lebih tau! Boleh pula you biarkan dia cuti senang lenang! Manager apa you ni? Nak I report dekat bos korang ke hah?" Bengang Aileen. Sebenarnya dia tak kisah mana pun dengan majlisnya. Yang dia kisahkan ialah tentang Khalish. Kenapa cuti tak beritahunya?

Sally memutarkan matanya. Dia berdiri dihadapan Aileen. "About your wedding, I yang uruskan. Hai Miss Aileen. I'm Sally. Nice to meet you."

Aileen menghiraukan Sally. "I taknak orang lain. I hanya nak Khalish Saja uruskan wedding I! You tak boleh senang lenang tukar wedding planner I tanpa persetujuan I! Call Khalish sekarang! Suruh dia datang sini sekarang juga!"

Membulat mata Kak Azwa. Gila ke nak panggil Khalish tiba-tiba? Dia ingat Khalish boleh terbang ke sini terus ke?

Sally memutarkan matanya. Lebih lebih pula minah ni.

"Excuse me miss. Bercakap tu biar pakai otak sikit! Agak-agaklah nak suruh dia datang kerja tiba-tiba. Privasi tahu privasi? Lagipun dia ambil cuti lama pun sebab you juga. Sejak you hadir dalam hidup Alish, you hanya tahu porak perandakan hidup dia je! I tahulah dia hanya pekerja yang dibayar kalau setelkan hal majlis you tapi you ingat dia robot? Tiada perasaan? You tahu tak sebab youlah hati Alish terseksa!" Puas Sally selepas menyembur Aileen. Dah lama dia sabar dengan Aileen.

Aileen terkedu.

"Sally! Apa kau mengarut ni?" Kak Azwa menarik Sally kuat. Semakin dibiar, habis pecah rahsia Khalish.

"Apa yang I buat?" Keliru Aileen.

Kak Azwa menghembus nafas lelah. "Begini Cik Aileen, majlis cik sepenuhnya akan diatur Sally. Jadi Saya harap cik takkan menganggu kehidupan Alish lagi."

"Tapi tanpa Khalish macam mana majlis I nak jalan?" Aileen menguak rambutnya kebelakang. Dia mengurut dahi yang terasa berdenyut tiba-tiba.

"Jangan risau. Kerja Sally pun bagus. Saya akan pastikan majlis cik Aileen berjalan lancar." Tenang Kak Azwa.

"Macam mana majlis I nak berjalan lancar tanpa pengantin lelaki?" Kesal Aileen. Macam mana dia tak risau kalau pengantin lelaki hilang?

Berkerut dahi Kak Azwa dan Sally. "Maafkan saya, Encik Fattah tak dapat hadir ke? Bukan ke dia dah ambil cuti pada tarikh tu?"

"Memanglah dia dah ambil cuti tapi bukan untuk majlis I tu." Keluh Aileen.

"Hah? Apa maksud you ni? Cakap biar jelas sikit boleh tak? Habistu dia ambil cuti buat apa? Bukan untuk majlis kahwin korang ke?" Celah Sally yang semakin pening dengan penjelasan Aileen.

"Bukanlah. Dia takkan datang pun majlis tu." Aileen serabut.

"Kenapa pula?" Pelik Kak Azwa.

"Sebab bukan dia pengantin lelakinya!" Aileen membuka rahsianya. Tiada guna untuk dia rahsiakan kalau Khalish sampai menghilangkan diri.

"Hah?!" Terlopong Kak Azwa dan Sally.

"Wait jadi siapa bakal pengantinnya? Dekat kad bukan nama Encik Fattah ke? Atau Encik Fattah yang lain?" Tanya Sally dengan dahi berkerut seribu.

"No! Pengantin lelakinya Khalish Anaqi tu! Wedding planner I tu pengantin lelaki sebenar I." Terang Aileen.

"APA?!"

Terbuntang mata Kak Azwa dan Sally.

"Eh you jangan melampau lah! Apa maksud you ni? Kalau Alish pengantin lelaki you, kenapa dia tak tahu pun? Jangan nak mengarut siang-siang buta ni. Ada juga I tolak jatuh banggunan ni karang." Sally bercekak pinggang.

"Khalish memang tak tahu. Tapi ni memang plan I selamani. Fattah hanya kambing hitam. Dia takkan pernah jadi husband I. I nak hanya Khalish jadi husband I. Now tell me, mana dia pergi?" Rayu Aileen.

Wajah Kak Azwa serius. "Cik, tak baik bergurau macam ni. Perasaan Khalish bukan untuk cik mainkan. Tolong jangan mengarut lagi atau Saya sendiri yang akan tolak permintaan wedding cik Aileen."

"Masalahnya I tak bergurau. Khalish Betul-betul pengantin lelakinya. I tahu I guna cara yang salah untuk takluki dia tapi I terdesak. Mama I jodohkan I dengan Fattah. But I dan Fattah dah macam adik beradik dan mustahil untuk kami hidup sebagai suami isteri. Jadi I rancang untuk buat semua ni. Untuk menutupi mata mama I dan mama Fattah. I cintakan Khalish dan I yakin Khalish pun turut cintakan I. Sebabtu dia larikan diri kan? Please bagitahu I dekat mana keberadaan dia?" Rayu Aileen. Sungguh dia tak menyangka kejadian ni akan berlaku.

Sally menyilangkan tangannya. "Apa bukti you yang semua ni hanya plan? Apa bukti you kalau you betul cintakan Khalish dan bukan nak mainkan hati dia?"

"Kami buktinya." Satu suara menyampuk.

Mereka bertiga melihat pemilik suara itu. Aileen tersenyum melihat Fattah dan Vivi.

Kak Azwa dan Sally saling berpandangan.

"I kekasih Fattah dan bakal isteri dia. Dan I pun tahu rancangan Aileen untuk memalsukan perkahwinan mereka dan I percayakan Aileen. Dia tak cintakan Fattah lebih dari seorang abang. Dia bukan gila untuk kahwin dengan lelaki yang dia tak cinta. Sebab dia cintakan Khalish lah dia yakin untuk buat perkara gila ni." Terang Vivi bagi pihak Fattah dan Aileen. Lengan Fattah dia peluk.

Fattah senyum. "Yes. Kami tak lebih dari adik dan abang. Jadi tolong bantu adik saya. Bukan ke ini bagus untuk Khalish juga?"

Kak Azwa dan Sally meneguk liur mereka. Mereka saling bertatapan mata. Belum pernah lagi mereka mendapat klien gila macam kedua orang ni.
.
.
.
.
.
-To Be Continued

C | My Wedding PlanWhere stories live. Discover now