M || 00

624 46 0
                                    

.....

DISCLAIMER ; ADA PERUBAHAN UMUR SATU KE DUA TAHUN. JADI, ENJOY !

#unedited.

"Papa, ramadhan tu apa?"

Tersentak Dariel mendengar soalan yang ditanya oleh anak sulungnya, Darren. Berkerdip-kerdip kelopak matanya memandang wajah Darren.

Takkan selama tujuh tahun, Darren membesar. Anak lelakinya tak pernah dengar perkataan ramadhan?

"Papa... jawablah soalan Arren ni. Ramadhan tu apa? Arren nak tahu?" tanya Darren dengan nada penuh harap.

Dariel berdehem seketika. Ipad yang berada di tangannya, diletak elok ke atas meja kopi di hadapannya. Wajah Darren dipandang.

"Arren nak tahu apa pasal ramadhan?" soal Dariel dengan lebih jelas.

Dia ingin tahu anaknya mahu penjelasan yang bagaimana? Risau jika dia terlebih beri penjelasan. Anaknya tak faham pula nanti.

"Semua. Arren nak tahu semua, papa. Selama Arren membesar. Arren tak pernah tahu pun, apa itu ramadhan. Arren malu. Bila cikgu tanya siapa pernah puasa penuh, ramai angkat tangan termasuk Dhea. Tapi Arren? Hmm..." Lemah nadanya bersuara dihujung ayat.

Garis senyuman Dariel mendengar luahan hati Darren. Melihat raut wajah anaknya berubah muram. Tahulah Dariel bahawa anaknya malu kerana tidak pernah berpuasa selama membesar ini.

"Mama tak pernah beritahu Arren tentang Ramadhan?" tanya Dariel lagi.

Kepala Darren geleng memberitahu mama tidak pernah menceritakan apa-apa kepadanya tentang ramadhan.

"Mama tak pernah cerita apa-apa pun dekat Darren pasal ramadhan. Mummy Asya, Daddy Isa dan Uncle Aden pun sama."

"Siapa kata mama, mummy, daddy dengan uncle tak pernah beritahu Arren?" sergah Medina. Garang.

Anak matanya tajam memandang si anak di sisi Dariel. Kaki perlahan mengatur langkah ke ruang tamu bersama dulang air di tangan.

"Banyak kali, mama beritahu Arren untuk puasa selama ini. Tapi apa Arren cakap? Nantilah mama, Arren kan kecil lagi. Tak wajib berpuasa. Lepas tu, bila dah puasa. Mulalah merengek penat. Tu kata mama tak pernah bagi tahu Arren pasal ramadhan?" Jegil anak mata Medina memandang Darren mengadu kepada Dariel bahawa dia tak pernah beritahu anaknya tentang ramadhan.

"Tapi waktu tu kan Arren masih kecil? Arren..."

"Upin Ipin umur lima tahun pun boleh puasa penuh. Siap tahan panas lagi sebab cuaca dekat Malaysia tak menentu. Tapi Arren yang duduk dekat negara sejuk, banyak aje alasan," bidas Medina tanpa memberi peluang kepada anaknya menjelaskan kenapa dia tak pernah berpuasa selama membrsar ini.

Medina sedar, silapnya kerana terlalu manjakan Darren. Tapi ketika itu, semua orang seakan tidak menggalakkan Darren berpuasa kerana masih kecil. Jadi, bila berlaku begini. Memang dia tak boleh buat apalah.

"Tak apa, tahun ni cubalah puasa penuh. Papa ajar. Kalau Arren dapat puasa penuh. Papa bagi hadiah dekat Arren."

"Betul ke, papa. Papa nak ajar Darren berpuasa?" Bersinar anak mata Darren memandang wajah Dariel.

Angguk kepala Dariel mengeyakan permintaan anak lelakinya. Setakat ajar anak berpuasa. Apalah sangat. Lagipun, belajarkan menambah ilmu.

"Tahan ke, Arren nak puasa penuh? Tahun lepas puasa pun separuh hari. Lepas tu, tak nak puasa. Ini kan nak puasa penuh. Dahlah cuaca dekat Malaysia ni, tak sama dengan cuaca dekat New York," ujar Medina.

Dia bukan nak merendahkan kebolehan anak lelakinya itu. Tapi dia risau jika Darren tak dapat tahan dengan cuaca panas di Malaysia. Tak pasal-pasal aje anak lelaki itu buka puasa waktu makan tengah hari nanti.

"In Sha Allah, mama! Arren boleh. Arren janji. Tahun ni, Arren akan puasa penuh." Semangat Darren menyahut cabaran si mama papa.

"Janji jangan sebarang janji Arren. Arren tahu kan Allah tak suka orang mungkiri janji," pesan Medina.

"Tahu. Sebab tu Arren tekad nak puasa penuh tahun ni. Lagipun, papa ada kata nak bagi hadiah dekat Arren kalau Arren puasa penuh."

"Betul. Jadi, Arren kena puasa penuh tahun ni. Kalau tak... Papa tarik balik hadiah Arren."

Medina dengar kata-kata suaminya, hanya redha. Jika itu yang telah ditetapkan oleh Dariel. Apa lagi boleh dia lakukan selain setuju. Andai mereka tak buat begini sekarang. Risau Darren takkan pernah rasa pengalaman berpuasa.

"Tapi kejap, bila kita mula puasa eh?" tanya Dariel.

Hampir-hampir saja dia terlupa bahawa bulan ramadhan kian mendekat. Nasib anaknya menegur.

"Lusa, papa." Teruja Darren menjawab soalan papanya.

"Ouh, lusa. Jadi, esok kita dah boleh bertarawih la kan?"

"Tarawih? Apa tu, papa?" tanya Darren dengan dahi yang berkerut.

"Solat sunat tarawih tu ibarat kita solat jemaah dekat surau atau masjid. Tapi hanya ada pada bulan ramadhan. Rugi tau, kalau Arren tak solat terawih pada bulan ramadhan ni. Banyak pahala yang kita dapat kalau pergi solat sunat tarawih ni."

"Ouh, kalau macam tu, Arren nak ikut papa pergi solat tarawih lah. Arren nak kumpul pahala banyak-banyak."

Lebar bibir Dariel mendengar tutur bicara anak lelakinya. Meskipun, dia tak dapat lihat anaknya membesar di hadapan matanya. Kini, dia syukur Darren ada dekat dengannya.

.....

Mr. Duda Raya [ EBOOK CLOSED ]Where stories live. Discover now