A || 05

377 24 0
                                    

.....

"Weyh, Ren. Jom, petang ni, kita pergi bazaar ramadhan nak tak? Dekat situ banyak makanan sedap-sedap!" ajak Riyad dengan raut wajah teruja.

"Hah, bazaar ramadhan! Nak-nak! Kau ni, Ad. Macam tahu-tahu aje aku nak ajak kau pergi bazaar ramadhan kan?" ujar Farhan bersama sengihan lebarnya.

Darren baru pertama kali dengar satu perkataan baru mengerut dahi seribu. Bazaar ramadhan? Apa tu?

"Kalau Dhea nak ikut juga boleh, Ad? Dah lama Dhea tak pergi bazaar ramadhan. Kali terakhir Dhea pergi bazaar masa umur Dhea lima tahun. Itu pun sebab pengasuh Dhea tak tahu nak masak apa?"

"Papa kau bagi ke?" soal Riyad. Selama dia dan Dhea berkawan. Rasanya ini kali pertama dia dengar Dhea mahu mengikut mereka tanpa meminta persetujuan ayahnya.

"Mestilah! Abang Dhea kan ada. Mestilah dia bagi Dhea pergi." Teruja nada Dhea bersuara.

Tubuh Darren dipeluknya erat. Maklumlah sejak dia miliki seorang abang. Segala kehendaknya menjadi mudah kerana Darren ada bersamanya.

Macam sekarang. Minta aje nak pergi bazaar ramadhan bersama abangnya. Pasti papa akan membenarkan dia dan Darren pergi.

Darren yang masih belum faham maksud bazaar ramadhan. Terkebil-kebil kelopak matanya memandang Dhea agar menolong dirinya. Maklumlah, dia kan baru saja pindah ke Malaysia setahun yang lepas. Manalah dia tahu apa itu bazaar ramadhan.

Pasar malam pun, baru dia tahu beberapa bulan lepas. Ini kan, bazaar ramadhan.

"Apa tu, bazaar ramadhan?" tanya Darren tanpa rasa malu kepada kawan-kawannya.

Buat apa dia nak malu kalau hendak bertanya sesuatu kepada orang?

Kaku tubuh Riyad, Farhan dan Dhea mendengar bicara Darren. Raut wajah mereka seakan tidak percaya bahawa Darren tidak mengetahui apa itu bazaar ramadhan. Padahal, mereka yang baru saja membesar sudah lali mendengar perkataan bazaar ramadhan.

"Erkk, takkan kau tak tahu?" soal Farhan tidak bertapis.

Dhea dengar soalan Farhan lemparkan kepada abang sebapa nya, terus menepuk kuat bahu lelaki itu. Umur saja darjah dua, tapi perangai macam budak darjah enam.

"Auch! Sakitlah, Dhea." Usap bahu Farhan pada tempat ditepuk oleh Dhea. Meski, tangan Dhea kecil. Tapi bisanya... Fuh! Tak terkata.

"Sorry, abang. Dhea lupa yang abang baru aje duduk Malaysia. Sebab tu abang tak tahu apa tu, bazaar ramadhan. Bazaar tu macam pasar malam. Bezanya, dia buka waktu bulan puasa saja. Bulan lain tak ada," kata Dhea menjelaskan maksud bazaar ramadhan kepada abangnya.

Angguk kepala Darren memahami penjelasan adik perempuannya. Mendengar kata-kata Dhea memberitahu bazaar ramadhan sama seperti pasar malam membuatkan Darren berasa teruja.

Dia sememangnya suka pergi ke pasar malam. Selalunya hari selasa atau khamis, pasti dia akan mengajak papa ke pasar malam untuk membeli ayam percik. Sejak dia diperkenalkan makanan bernama ayam percik.

Itulah menjadi makanan kegemarannya setiap kali ke pasar malam.

"Macam mana? Jadi ke?" soal Riyad ingin kepastian.

Darren membayang-bayangkan ayam percik di ruangan matanya. Kecur liur Darren rasai. Dia seperti sudah dapat bayangkan lauk ayam percik menjadi juadah berbuka puasanya hari ini.

Rugilah kalau dia tak membeli ayam percik di bazaar ramadhan hari ini.

"Aku berani jamin yang kau akan rugi kalau tak ikut aku dengan Ad ke bazaar ramadhan hari ini," kata Farhan cuba memprovokasi Darren.

Mr. Duda Raya [ EBOOK CLOSED ]Where stories live. Discover now