E || 01

475 36 1
                                    

.....

Raees tukr nama kepada Riyad

# unedited

SEMANGAT Darren bersiap hendak ke masjid hari ini bersama papa. Dia sudah tak sabar hendak menunaikan ibadah solat sunat tarawih. Mama dan Dhea juga turut ikut serta bagi memeriahkan suasana malam ramadhan.

"Ren!"

"Eh, Ad! Han! Kau orang pun ada dekat sini?" soal Darren terkejut dengan kehadiran dua rakan baiknya.

Riyad dan Farhan.

"Mestilah ada. Kita kan satu taman. Lagipun, aku dengan Ad memang dah selalu datang sini untuk solat tarawih," balas Farhan bersahaja.

Angguk kepala Darren memahami maksud Farhan. Baginya, wajarlah Farhan dan Riyad ada di sini kerana mereka dan keluarga sudah lama menetap di taman itu. Manakala, dia dan keluarga baru saja pindah di taman itu beberapa bulan lalu.

"Ren, tahun ni aku dengar kau nak puasa penuh. Betul ke?" soal Riyad.

Kerut dahi Darren mendengar soalan Riyad. Dari mana lelaki itu tahu bahawa dia hendak puasa penuh tahun ni? Padahal tiada sesiapa mengetahui hal itu selain mama dan papa. Dhea, adik sebapanya pun tak tahu akan hal itu.

"Mana kau tahu aku nak puasa penuh tahun ni?" soal Darren.

"Tak ada siapa beritahu. Tapi aku tahu yang kau mesti ada niat nak puasa penuh tahun ni sebab kau malu tak puasa tahun lepas kan?" usik Riyad.

Merah pipi Darren mendengar kata usikan Riyad. Sungguh, dia hampir lupa bahawa Riyad dan Farhan sekelas dengannya di sekolah. Dan pastilah mereka tahu niatnya mahu puasa penuh tahun ni.

"Ish, janganlah cakap kuat-kuat. Malulah aku, kalau ada orang dengar aku tak puasa penuh tahun lepas. Diam-diam sudahlah." Perlahan nada Darren menuturkan ayatnya.

"Alaa, jangan risaulah. Kita orang pun tak puasa penuh tahun lepas," kata Farhan.

Bulat mata Darren mendengar pengakuan berani mati Farhan dan Riyad. Maksudnya, bukan dia seoranglah yang tak puasa penuh tahun lepas?

"Ya. Kita orang pun macam kau juga. Cuma hari tu, kita orang angkat tangan sebab ramai angkat. Ingatkan semua puasa penuh tahun lepas. Rupanya..."

Geleng kepala Riyad dan Farhan apabila mengetahui sebenarnya ramai saja tidak puasa penuh tahun lepas. Tapi disebabkan malu dan segan dengan pelajar perempuan puasa penuh tahun lepas, membuatkan mereka terpaksa angkat tangan.

"Sebab tu, bila cikgu tanya. Jawab dengan jujur. Walaupun malu dan segan. Sekurangnya, tak adalah rasa serba salah. Sekarang, bila dah jadi macam ni? Macam mana nak melakukan ibadah puasa dengan tenang?"

"Cikgu!"

Lebar bibir Zakhif mendengar panggilan mesranya di sekolah, diseru oleh tiga pelajarnya. Jujur, dia pun tak sangka bahawa ada tiga pelajarnya tinggal di kawasan ini. Dan dia juga sudah dengar segala perbualan tiga pelajarnya.

"Cikgu! Cikgu datang dari mana? Cikgu tinggal dekat taman ni ke?' Petah suara Farhan bertanya kepada Cikgu Zakhif.

"Ya, Farhan. Saya tinggal dekat taman ni."

"Wah! Tak sangka saya yang cikgu tinggal dekat sini. Ingatkan cikgu duduk dekat tempat lain."

"Kalau cikgu duduk dekat tempat lain pun, cikgu tetap akan tahu yang dua anak murid saya telah tipu saya."

Tersentap Riyad dan Farhan mendengar sindiran pedas Cikgu Zakhif. Sengihan lebar ditayang pada Cikgu.

"Kami minta maaf, Cikgu. Kami janji. Kami takkan tipu Cikgu lagi," janji Riyad.

'Betul. Maafkan kami, Cikgu," sahut Farhan menyambung janji Riyad.

Zakhif dengar permohonan maaf dua anak muridnya, mengukir senyum nipis. Sejujurnya, dia tak kesah pun. Tapi demi sebuah pengajaran. Haruslah dia bersikap pendidikan kepada anak muridnya.

"Cikgu maafkan. Tapi ingat, jangan tipu cikgu atau sesiapa. Allah tak suka orang menipu. Tengok Darren, walaupun dia malu dan segan sebab tak puasa penuh. Tapi dia tetap jujur dengan cikgu."

Darren dengar pujian yang dilemparkan kepadanya, ukir senyum lebar. Terbit sedikit bangga kerana dia berani mengaku kepada cikgu bahawa dia tak berpuasa penuh. Kalau tak, mahu dia juga tersepit seperti Riyad dan Farhan.

"Baik, cikgu!" sahut Riyad dan Farhan serentak.

"Ni datang masjid, dah bersedia ke nak berpuasa esok?" soal Zakhif kepada tiga pelajar.

Kiri kanan kepala Darren, Riyad dan Farhan memandang sesama mereka bertiga. Bersediakah mereka hendak berpuasa esok?

"Tadi kata nak puasa penuh. Takkan tak bersedia lagi?" perli Zakhif.

"Erkkk..." Teragak-agak mereka bertiga hendak menjawab. Sejujurnya, masing-masing tidak bersedia hendak berpuasa esok.

Geleng kepala Zakhif melihat keraguan tiga anak muridnya. Dia faham ibu bapa sekarang tidak mendidik awal anak-anak mereka kerana kasihan. Tapi kalau dah terlalu manja hingga anak umur tujuh tahun. Bila masanya anak itu mahu belajar berpuasa?

"Niat puasa tahu tak?"

"Tahu!" Serentak tiga sekawan itu menjawab.

"Kalau tahu, cuba baca sikit. Cikgu nak dengar."

Laju kepala tiga sekawan itu angguk akur akan arahan diberi.

"Nawaitu shauma ghadin 'an adâ'i fardhi syahri Ramadhâni hâdzihis sanati lillâhi ta'âla. Sahaja aku berpuasa esok hari untuk menunaikan fardhu di bulan Ramadhan tahun ini, karena Allah ta'ala."

"Wah! Bagus. Pandai anak-anak murid cikgu. Cikgu harap kamu bertiga dapat berpuasa penuh tahun ni."

Lebar bibir Darren, Riyad dan Farhan mendengar doa yang dipinta oleh guru mereka. Semoga apa yang didoakan oleh cikgu dapat dimakbulkan. Aamin.

"Dah, jom kita pergi masuk dalam. Dah nak masuk waktu ni," ajak Cikgu Zakhif.

Angguk kepala Darren, Riyad dan Farhan melangkah masuk beriringan bersama Cikgu Zakhif. Masing-masing teruja tidak sabar hendak menunaikan solat sunat tarawih.
.....

Mr. Duda Raya [ EBOOK CLOSED ]Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin