N || 04

298 32 1
                                    

.....

ALLAHUAKBAR... Allahuakbar...

Kedengaran seruan azan berkumandang di langit bumi. Lebar bibir Darren tidak sabar hendak membuka puasa. Buat pertama kalinya, hari ini dia dapat berpuasa penuh setelah beberapa tahun asyik mengelat.

Tidak dia sangka, puasa di Malaysia lebih seronok berbanding berpuasa di New York. Kalau dia tahu, pasti dia sudah ajak mamanya pulang ke Malaysia dengan lebih cepat.

"Arren, baca doa."

Darren menerima arahan dari papa, angguk kepala akur. Tangan diangkat tinggi. Melihat papa, mama dan Dhea sudah bersedia. Dengan lafaz bismillah, dia memulakan bacaan doa buka puasa.

"Bismillahirrahmanirrahim. Allahumma Lakasumna Wabika Aamanna Wa'alaa Rizqika Afthorna Birohmatika Yaa Arhamar Roohimiin. Alloohumma barik lanaa fiimaa razatanaa waqinaa 'adzaa bannar."

"Aamin." Sahut Medina, Dariel dan Dhea merahmati doa Darren.

Darren tidak sabar hendak berbuka. Laju mencapai segelas cawan berisi air manis diteguknya rakus.

Arghh, leganya dapat berbuka.

"Macam mana puasa hari ini, Arren? Okay? Ke, ada nak kecundang?" tanya Dariel pada anak sulungnya itu.

Melihat wajah segar anak sulungnya. Dariel yakin, Darren dapat belajar sesuatu pada sehari berpuasa ini.

"Okay, papa. Darren tak rasa penat pun selama berpuasa satu hari ini. Seronok. Tak sabar Arren nak berpuasa lagi esok."

Lebar bibir Dariel mendengar jawapan positif Darren. Meski terbit rasa pelik. Tapi dia seronok melihat anaknya seronok berpuasa. Sekurangnya, anaknya dapat belajar sesuatu tentang puasa.

"Alhamdulilah. Suka papa dengar jawapan Darren. Papa harap Darren dapat puasa penuh tahun ini. Dhea pun. Tapi kalau tak dapat puasa penuh pun tak apa. Papa faham, anak papa baru nak belajar."

Angguk kepala Darren dan Dhea mengeyakan kata-kata si ayah. Walaupun mereka diberi pelepasan. Tetap mereka mahu berpuasa penuh tahun ini.

"Papa, tahu tak... tadi abang tidur dalam kelas. Abang... Emph... Emphh..."

Bulat anak mata Dariel dan Medina memandang tindakan berani Darren menekup mulut Dhea. Haih, lemas adik tu nanti. Tak pasal Dariel nak menjawab dengan Marissa.

"Arren. Hey! Lemas lah adik kamu tu. Lepas!" Laju Medina menepis tangan Darren dari menekup mulut Dhea.

Terbatuk-batuk anak tekak Dhea dek kerana terkejut. Nasib mama minta lepas. Kalau tak, mahu lemas dia kerana ditekup sebegitu rupa.

"Darren Mikael... Apa janji kamu dengan papa tadi, hmm?" Tajam anak mata Dariel memandang wajah anak lelakinya itu.

Darren dengar nama penuhnya di seru. Tertunduk kepalanya tidak berani nak angkat memandang wajah Dariel.

Dariel melihat kepala tertunduk anak sulungnya itu. Geleng kepalanya setelah mengetahui kenapa anaknya boleh bertenaga sepanjang hari.

Sangkanya, Darren akan tahan mengantuk. Rupanya...

"Papa pesan apa dekat Arren tadi sebelum ke sekolah? Jangan tidur kan? Tapi kenapa Darren tidur juga?"

"Ermm, Arren mengantuk lah, papa. Mengantuk sangat. Sampai cikgu yang mengajar Arren pun tak boleh masuk dalam kepala. So, Arren tidurlah kejap sementara tunggu cikgu lain masuk. Tapi..."

"Tapi?" Ulang Dariel menyebut perkataan tersebut.

"Tapi terkantoi dengan cikgu. Arren ingat nak tidur sekejap aje. Tak sangka pula tertidur sampai cikgu masuk." Sengih Darren menayangkan gigi putihnya.

Dariel dengar alasan anak lelakinya itu, geleng kepala perlahan. Nasiblah guru itu tidak menelefonnya. Kalau tak, apa jawapan yang hendak diberi oleh guru tersebut.

"Kali ni, papa maafkan. Next time, papa dengar lagi Arren tidur dalam kelas. Papa tarik semula hadiah yang papa nak bagi dekat Arren."

"Alaa, pa..."

"Apa ala-ala? Tu nasib cikgu tak telefon papa. Kalau cikgu telefon papa. Memang mama suruh papa ambil semula PS5 Arren. Arren jangan ingat mama tak tahu. Semalam sebelum tidur Arren ada main PS5 kan?" duga Medina sengaja.

Terkunci bibir Darren hendak menjawab soalan mamanya. Memang benar pun, dia ada main PS5 malam semalam sebelum tidur. Tapi tak sangka, rahsianya sudah menjadi ketahuan mamanya.

"Darren Mikael..."

"Hehehehe, sorry, papa." Sengih Darren menahan rasa serba salahnya.

"Haih, papa tak marah. Tapi hari tu, Arren juga janji tak nak main waktu sekolah. Sekarang, kenapa tiba-tiba main waktu sekolah? Tak cukup ke, dua hari yang papa beri pelepasan dekat Arren?"

"Cukup. Sorry, papa. Arren janji. Arren takkan main PS5 lagi."

Dariel memandang wajah anak lelakinya. Melihat anak lelakinya meminta maaf kepadanya membuatkan dia jatuh kasihan. Dia bukanlah seorang yang tegas dengan anak-anak. Tapi kalau dia tak mendidik anaknya dari sekarang? Bila anaknya mahu belajar tentang menguruskan waktu.

"Hmm, kali ini, papa maafkan. Lagi sekali papa dapat tangkap Arren main PS5 waktu sekolah. Hadiah puasa penuh dengan PS5 Arren papa tarik balik."

Darren dengar akan amaran itu hanya mengangguk kepala akur. Meskipun, ada rasa tak puas hati. Dia tidak boleh menunjukkan rasa itu kerana apa yang diaturkan oleh papa dan mama adalah untuk kebaikannya.

Jadi, semarah mana pun dia. Tetap arahan papa dan mama harus diakuri.

.....

Mr. Duda Raya [ EBOOK CLOSED ]Where stories live. Discover now