BAB:11

406 13 0
                                    


"Muslimah sejati adalah wanita yang setia karena ia selalu menjaga hatinya untuk seseorang yang terbaik yang dipilihkan Allah untuknya."


Selama tujuh hari itu, lelaki itu sudah tidak memunculkan dirinya. Yakinlah Hayfa yang lelaki itu tidak akan memilihnya. Dia sudah terima dengan apa yang akan berlaku dengan hati yang terbuka. Dia tahu sebaik manapun lelaki itu belum tentu akan terima wanita yang tak suci sepertinya walaupun itu bukan datang daripada salahnya.

Seperti biasa sebelum abangnya pulang daripada kerja,Hayfa akan keluar pergi ke taman dan duduk di bawah pohon yang rendang sambil memegang satu buku diari yang akan dibawanya sentiasa. Diari itu sahaja yang menjadi tempat dia meluahkan segala rasa hati yang tidak dapat diluahkan dengan kata-kata. Dia berasa di dalam hati, juga diluah menggunakan hati.

Masanya banyak dihabiskan di taman ini tanpa abangnya mengetahui. Dia akan pulang semula ke rumah sebelum abangnya pulang dari kerja. Dia juga akan siapkan hidangan makan dan menanti abangnya balik daripada kerja.

Dalam dia tak sedar yang ada dua pasang mata memerhatinya daripada jauh. Haider baru sahaja mengetahui ketika mana dimaklumkan oleh sahabatnya. Pada awalnya,dia agak tidak percaya tetapi apabila melihat sendiri baru dia tahu. Patutlah adiknya sering bertanyakan akan kepulangannya. Rupa-rupanya hendak keluar rumah secara diam-diam. Dia sangat faham jika adiknya bertingkah begitu kerana ingin menenangkan diri. Dia tidak tahu apa yang dibincangkan oleh Ghazi dan adiknya minggu lepas. Tapi dia harap sangat Ghazi tidak membuat sesuatu yang buruk terhadap Hayfa.Dia juga perasan sejak seminggu ini,Hayfa sering mengelak ketika ternampak sahaja kelibat Ghazi dari jauh.

"Aku selalu nampak dia dekat sini sebelum kau sedar daripada koma. Dekat sini tempatnya selalu duduk selain daripada hospital untuk menulis sesuatu."Ghazi menyilangkan tangannya ke dada manakala mata masih lagi tunak ke arah susuk tersebut.

"Aku sendiri tidak ada keyakinan untuk mendekatinya semula. Aku juga tahu dia perlukan ketenangan. Aku bukan ingin elakkan diri daripadanya tapi aku sendiri jadi malu untuk menghadap orang sekuat dia. Kata-kata adik kau walaupun nampak lembut tapi menusuk hati. Kata-katanya penuh dengan bisa yang mampu membuatkan orang berfikir banyak kali. Aku sendri tidak mampu membalas. Setiap kali aku berbahas dengan dia mulut aku mesti terkunci." Ghazi sendiri tidak tahu siapa sebenarnya perempuan itu. Dia seoalh dipaku dengan kata-kata yang kedengaran lembut namun tidak dapat membalas semula. Dia menjadi hairan.

Haider menganggukkan kepalanya tanda setuju. Adiknya ini seolah mempunyai satu hujahan kata-kata yang membuatkan orang tersebut yang bercakap dengannya mesti memikirkan banyak kali.

"Aku sendiri pun macam tu. Aku rasa dia jadi macam tu mesti sudah terlalu banyak perkara yang dilalui sehinggakan kata-kata yang keluar adalah daripada lubuk hatinya yang telah menjadi pengajaran untuk dia."

"Aku setuju."

Haider baru sahaja hendak menapak ke arah adiknya ditahan oleh Ghazi. Matanya melihat sahabatnya.

"Biar aku pergi.Aku ada benda nak cakap dengan dia. Boleh kau izinkan aku?" Dia taknak lelaki di hadapannya ini salah faham. Ghazi ingin menyelesaikan hal ini antara gadis itu. Dia perlu tamatkan semuanya. Dia juga taknak perempuan itu memikir sebaliknya.

"Okay.Aku cuma nak nasihatkan,kau cakap dengan dia elok-elok kalau kau taknak mulut kau terkunci lagi." tersengih Haider sambil menggelengkan kepalanya lantas mengatur langkah pergi daripada situ. Pandai-pandailah sahabatnya itu uruskan sendiri.

Adik. Adik.

"Assalamualaikum."suara garau yang memberi salam kepadanya membuatkan Hayfa yang khusyuk menulis sambil menunduk itu memanggungkan kepalanya. Suara itu seakan dikenalinya.

Cinta Yang Ku Harapkan (C)✅Where stories live. Discover now