Jadilah wanita yang sentiasa menghargai
walaupun kita tidak selalu dihargai.
GHAZI memerhati gelagat isterinya yang berada di atas buaian di taman itu. Isterinya itu banyak mendiamkan diri sejak ke belakangan ini. Dia sendiri tidak tahu sebabnya. Bangun sahaja daripada tidur pada malam dia pulang ke sini, isterinya itu dia rasakan sudah mula berubah. Melalui penglihatannya, Hayfa sudah kembali seperti dulu semula. Sangat sukar melihat wanita itu berbicara dan banyak mendiamkan diri serta acapkali termenung. Entah apa yang ada di dalam fikiran itu. Ghazi sebagai suami pun tidak dapat membacanya.
Ghazi tak mahu memaksa kerana takut menjejaskan kesihatan serta emosi isterinya seperti sebelum ini. Isterinya sekarang ini pula kerap menangis pada waktu malam dan akan bangun untuk berkata-kata perkara yang merepek pada pendengarannya.Kelakuan itu menguatkan lagi tanda tanya.
Jika ini melibatkan mamanya tak mungkinlah kerana Haura mengatakan wanita itu tiada kena mengena memandangkan mamanya itu jarang berada di rumah. Dia juga berasa pelik dengan tingkah mamanya.
Kakinya berjalan ke arah isterinya dengan pakaian celorengnya yang masih tidak ditukar. Maklumlah baru balik daripada kem. Terus terlihat isterinya di sini.
"Sayang. Apa kau buat dekat luar ni sorang-sorang?"
Panggilan suaminya mengejutkan Hayfa yang masih berada di dunia ciptaannya.
"Saya tunggu abang." Balas Hayfa ringkas lantas tangan suaminya dicium. Lelaki itu tidak ketinggalan juga mengucup dahi licin itu. Kepala yang berlapik tudung diusap lembut.
"Kenapa tak tunggu dekat dalam. Dekat luar ni bahayalah." rumah ini tiada orang. Kini hanya tinggal dia, isterinya dan juga security sahaja. Mak Lijah balik ke kampung ada urusan keluarga.Haura pula ada urusannya sendiri manakala mama dan papanya outstation. Haiza pula biasalah kerja.
"Allah ada dengan saya. Lagipun nanti saya keseorangan juga."
"Kau ada aku. Kau takkan keseorangan."
Jawapan pantas lelaki itu menyebabkan Hayfa terdiam seribu bahasa. Ghazi sangat pandai dalam mematahkan kata-katanya. Ditarik isterinya masuk ke dalam rumah. Sofa yang berangkai tiga itu diambil dan didudukan wanita itu di situ diikuti olehnya.
"Sayang. Kau kenapa aku tengok asyik termenung sekarang ni. Ada masalah? Wanna share with me." Matanya melihat ke wajah berseri itu yang sentiasa dihiasi dengan senyuman yang sangat sukar lekang daripada bibir.
"Saya rindu ibu ayah dengan along."
Ghazi tahu itu bukan sebenarnya jawapan yang bermain di benak itu. Nafas dihela bagi menghilangkan rasa berat yang menghimpit dada.
"Hmm. Kau nak balik rumah tu ke? Atau kau nak ziarah kubur mereka. Kalau along kau pula aku boleh je bawa kau ke kem esok."cadangnya. Dia sanggup lakukan perkara itu demi sang isteri melepaskan beban di hati.
"Tak apalah. Lagipun tak lama lagi rumah itu akan saya duduk semula." Hayfa seakan mengetahui sesuatu yang buruk akan berlaku. Firasatnya berkata dia akan pulang ke sana dalam masa terdekat. Tetapi tidak tahu bila. Kejadian yang buruk akan berlaku.
"Apa maksud kau akan duduk sana?"
Hayfa diam semula. Ghazi menjadi berang. Disabarkan hatinya untuk tidak meninggikan suara. Melayan ibu mengandung memerlukan kesabaran yang tinggi.
"Lagi beberapa hari aku nak bawa kau pindah. Tugas aku dekat sini pun dah nak selesai. Kita boleh bina hidup baru dekat sana dengan anak aku yang bakal lahir."tak sabar rasa hatinya mahu hidup bersama isteri tercinta dan membina keluarga bahagia dengan aturannya sendiri. Tiada campur tangan daripada orang lain.
YOU ARE READING
Cinta Yang Ku Harapkan (C)✅
Non-FictionAjal. Maut. Jodoh. Pertemuan. Itu adalah takdir dari sang pencipta-Nya. Begitu jugalah pertemuan di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan dalam keadaan yang menyayatkan hati. Namun,mereka disatukan atas permintaan seorang abang yang sangat...