BUNYI loceng rumah yang kedengaran membuatkan Hayfa yang berada di atas permaidani sambil bermain dengan anak kembarnya terhenti seketika. Fikirannya cuba untuk memproses siapa yang datang ke rumahnya pada waktu ini. Jam di dinding dilihat untuk memastikan waktu kepulangan suaminya. Masih berbaki lagi satu jam lelaki itu akan pulang daripada kerja.
Loceng rumah itu kembali bergema. Hayfa akhirnya mengorak langkah menuju ke pintu rumah untuk melihat gerangan yang datang ke rumahnya. Diintai pada lubang kecil rumahnya namun wajah seorang wanita yang amat dikenalinya berada di situ.
Hayfa lantas membuka pintu tanpa berfikir apa yang akan terjadi.
"Rose. Apa yang awak buat dekat sini? Ada apa awak datang ke mari?" soal Hayfa kepada Rose yang sedang berdiri tegak di hadapannya dengan pakaian lain daripada kebiasaan. Lebih bertutup dengan baik.
Rose menayangkan senyuman manis kepada Hayfa. Musuhnya satu ketika dulu. Wanita ini masih sama melayannya dengan baik.
"Maafkan saya Hayfa jika kehadiran saya tidak menyenangkan awak." walaupun wanita itu tidak berkata perkaatan yang kesat namun itu tidak memastikan dirinya bahawa Hayfa suka dengan kedatangannya.
"Eh. Taklah. Saya okay ja. Marilah masuk." pelawa Hayfa tanpa ada sedikitpun perasaan ragu-ragu kepadanya. Sangat tulus hati yang ada pada wanita ini. Sangat sukar untuk melihat Hayfa ingin marah kepada orang lain.
Lengan Rose ditarik Hayfa untuk masuk ke dalam rumahnya dan bergerak menuju ke tempat dua anak kembar lelakinya sedang berbaring itu.
"Duduklah Rose."
"Eh. Awak duduklah dekat atas sofa tu. Saya duduk bawah ni sebab ada dua budak bertuah ni." tegah Hayfa apabila melihat Rose berura-ura ingin mengikutnya duduk di bawah juga.Tak manis pula baginya tetamu duduk di bawah apabila sofa kosong untuk diduduki.
"Tak apa. Apa nama budak berdua ni? Comelnya mereka." tangannya naik mencubit pipi tembam salah seorang daripada mereka.
"Yang awak picit pipi dia tu Ghufran. Yang ini Ghibran. Abang."
"Muka mereka memang ikut Ghaz. Sebiji sama."
"Itulah tu. Gen suami saya terlalu kuat sampaikan saya pun kalah." Ciri-ciri anaknya semua mewarisi suaminya. Daripada hidung, mata, kening dan bibir. Memang suaminya juara.
Suasana hening buat seketika sebelum Hayfa mahu meminta izin untuk membuat air.
"Awak tunggu kejap Rose dekat sini. Saya nak buatkan air."
"Tak payah susah-susah Hayfa."tegah Rose dengan lembut kerana tidak mahu menyusahkan wanita ini. Dia datang hanya sekejap sahaja sebelum Ghazi pulang. Walaupun dia agak terharu dengan layanan tersebut tetapi dia taknak menyusahkan wanita itu pula. Sepatutnya kedatangannya memang selayaknya tidak disambut baik pun.
"Mana ada susahkan."
"Tak apa Hayfa. Saya datang sekejap je sebab lepasni saya ada kerja."
"La. Ya ke."
"Ya Hayfa. Hayfa sebenarnya kedatangan saya ke sini sebab saya nak minta maaf dekat awak atas apa yang pernah saya buat sebelum ni. Saya burukkan awak dekat mama Hanum. Saya caci maki awak. Hina awak dan anak awak. Saya buat macam-macam dekat awak. Saya minta maaf Hayfa. Pada masatu saya betul-betul tak tahu apa yang saya inginkan sampaikan saya tak boleh tengok orang lain bahagia terutamanya awak Hayfa. Hati saya jadi sakit. Saya minta maaf Hayfa. Maafkan saya."
Melihat Hayfa yang tidak membuka mulut untuk berkata-kata, Rose kembali menyambungkan ayatnya. Dia mahu selesaikan hari ini juga. Dia inginkan kehidupan yang tenang.
YOU ARE READING
Cinta Yang Ku Harapkan (C)✅
Non-FictionAjal. Maut. Jodoh. Pertemuan. Itu adalah takdir dari sang pencipta-Nya. Begitu jugalah pertemuan di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan dalam keadaan yang menyayatkan hati. Namun,mereka disatukan atas permintaan seorang abang yang sangat...