7

36 7 35
                                    

Edlan melihat ke luar tingkap kelas itu. Alang-alang tiada cikgu dalam kelas sekarang ni jadi edlan mengambil masa itu untuk melihat pemandangan di luar

Terasa seakan-akan watak utama pula. Maklumlah dirinya ini banyak sangat tengok anime kan

Tulah jadi macam ni tu

"Haa!" Adam menyergah Edlan dari tepi. Khusyuk betul kawannya yang seorang itu melihat pemandangan di luar tingkap

Namun edlan tidak memberikan apa-apa reaksi terhadap aksi mengejut Edlan itu. Tolonglah, dekat rumah pun adik-beradik nya yang lain selalu buat sergahan macam tu

Jadi dirinya sekarang ini sudah terbiasa

"Kau ni, tak bestlah" lantas Adam duduk di sebelahnya, ingatkan dapatlah tengok reaksi edlan seperti terperanjat atau apa

Tapi rupanya hampeh, apa pun tiada

"Aku dah biasalah kena sergah macam tu dekat rumah" edlan tergelak perlahan, lawak pula melihat reaksi Adam itu

Namun lantas buku teks sejarah yang berada di hadapannya di buka dan dibaca. Kata cikgunya sejarah ni kena banyak baca

Baru lulus

Namun tiba-tiba fikiran nya melayang teringatkan momen nya di surau bersama Fitriyah itu. Entah kenapa hatinyanya memang berdegup habis

"Adam" panggilnya

"Ha?"

Adam yang sedang bertukus-lumus menyiapkan kerja sekolah matematik itu menjawab tanpa memandangnya

Maklumlah, untuk mata pelajaran sejarah hari ni cikgu tak masuk jadi inilah masanya untuk dia siapkan kerja sekolah matematik semalam sebelum cikgu matematiknya masuk

Dahlah tiru edlan pula tu, harap cikgu tak perasan apa-apalah

"Aku nak tanya ni"

"Tanyalah"

"Boleh, eh?"

Lantas Adam meletakkan pensil nya dan menghadap ke arah Edlan. Kawannya ni saja nak menguji kesabarannya di hari yang mulia ini

"Kau nak tanya apa ni? Cakap jelah" Adam mula merungut, orang nak siapkan kerja matematik tapi dia ni asyik bertanya sahaja

Edlan tergelak melihat reaksi kawanya itu. Sabarlah, orang nak kepastian sahaja

"Macam ni.." edlan mula mendekat ke arah Adam

"Kau pernah tak dekat dengan perempuan tapi tiba-tiba hati kau berdegup kencang?" Takut-takut edlan bertanya

Takut Adam ni buat spekulasi yang bukan-bukan je lagipun otak kawan dia ni memang suka berfikiran jauh

Adam berfikir seketika apabila mendengar soalan dari edlan itu. Dah kenapa pula tiba-tiba kawan dia ni tanya hal macam tu

Namun dirinya mengganguk perlahan

"Kau berdegup pasal apa? Dengan siapa?" Edlan memegang tangan Adam itu, dirinya teruja apabila mengetahui kawannya itu mempunyai perasaan yang sama dengan nya

"Jantung aku berdegup kencang bila..."

Edlan mengganguk perlahan, bila apa ni? Cepatlah cakap sekarang Adam dirinya sekarang ni sudah tidak sabar

"Bila cikgu math masuk dalam kelas tapi aku belum siap kerja dia lagi" Adam kembali melakukan kerja sekolah matematik nya itu

Edlan menggeluh lemah, orang serius nak tahu tapi Adam ni boleh pula buat perkara ni main-main

Puasa Oh PuasaWhere stories live. Discover now