21

24 6 27
                                    

"huaaa" Luqman menguap lama apabila bangun sahaja dari tidurnya itu. Atau boleh disebut sebagai pengsan

Dalam pembaringan nya itu, sempat Luqman memandang sekeliling ruangan itu. Bau ubat kuat memenuhi hidungnya

Makin berkerut Luqman, dia dahlah tidak suka akan benda yang dinamakan ubat. Laju Luqman memandang sekeliling

Kenapa dia seorang je dekat sini? Mana pak cik Hassan? Bukan ke tempat terakhir dia berada ialah di rumah usang itu

Rasanya benda terakhir yang dia tahu ialah lehernya itu diletakkan pisau oleh pak cik Hassan. Lantas Luqman memegang lehernya

Rasa macam ada sedikit garisan di bahagian leher belah kanannya itu. Parut ke ni?

Entah-entah Luqman sebenarnya dah mati?! Lantas Luqman terduduk dan meraba-raba badannya itu

Rasanya macam hidup lagi je ni, tapi kenapa rasa macam kosong sangat dalam bilik ni? Dahlah ada dia seorang sahaja...

Kalau dia dekat hospital mana mama dan papanya? Ke diorang dah tinggalkan Luqman?

Alaaa janganlah, takkan baru kena culik beberapa jam diorang dah tinggalkan Luqman kot

"Mana mama..?" Seakan hendak menangis bunyi Luqman ketika itu

"Ya Allah, Luqman!"

Terus Luqman berpaling melihat mamanya di muka pintu itu. Nasiblah mamanya itu tidak melupakan dirinya

"Mama"

Laju Misha memeluk anaknya itu. Dicium-cium pipi anaknya itu berkali-kali

Diusap-usapnya pipi luqman itu. Dilihat setiap segi muka Luqman, betul lah ni yang anaknya sudah sedar

"Mama pergi mana? Kenapa tadi Luqman tengok takde pun?" Luqman mula menggelap air matanya

Terjadi drama betul pagi-pagi ini

"Mama pergi tandas sekejap tadi tapi nasiblah anak mama ni dah sedar" senyum Misha lagi, hanya Allah sahaja yang tahu betapa gembiranya hati seorang mak apabila anaknya sudah pulih seperti sedia kala

Luqman memandang sekeliling mamanya "papa mana? Along, angah, Zaheen dengan Husna?"

Luqman dah rindu sangat dengan adik-beradiknya itu. Rindu nak bergaduh dan main gelanggang WWE dengan semua adik beradik lelakinya itu

Rindu nak SmackDown Zaheen juga sebenarnya

"Diorang semua kat rumah, nanti petang diorang datang lawat ye" pujuk Misha lagi

"Dahlah, luq nak makan apa-apa tak? Mama belikan"

Berkerut Luqman jadinya, bukan ke sekarang ni masih puasa? Kenapa pula mamanya tawarkan diri untuk beli makanan ni?

"Luqman kan sekarang tak berapa nak sihat, apa salah ponteng sehari dua" pujuk Misha lagi

"Tapi Luqman tak lap-"

Belum sempat Luqman menghabiskan kata-katanya. Boleh pula perutnya itu berbunyi minta diisi

Kuat pula tu

"Haaa, kan dah bunyi tu cepat nak makan. Mama belikan nak nasi ke, coklat ke apa-apa ke"

Terus bersinar-sinar mata Luqman jadinya, inilah yang dinamakan rezeki kalau boleh order banyak-banyak macam ni

~•~•~•~•~•

"Boringnya takde Luqman, hidup ini seakan tiada warna" keluh Edry sambil mengangkat anak kucingnya itu

Puasa Oh PuasaWhere stories live. Discover now