22

25 5 38
                                    

"papa, papa bangun pa" Luqman menggoncang perlahan tubuh papanya yang masih memeluk dirinya itu

Namun tiada sebarang reaksi daripada anieq. Ni tak boleh jadi ni, Luqman pantang menyerah

"Papaaaaa...." Dipanjangkan lagi nadanya sambil menggoncangkan lagi tubuh papanya

"Hmm..."

"Sahur"

"Hah? Apa dia?" Terpegun seketika anieq di situ. Sahur dah ke? Rasanya tadi dia baru sahaja tidur

"Sahur pa, sahur"

Lantas anieq mula bangun dari baringnya. Tangan kanannya terasa kebas seketika

Tulah asyik tidur terlentang ke arah kanan sahaja sepanjang malam tu yang terasa kebas je tu. Tapi sebab takut anaknya itu tidak selesa jika dia baring menelentang jadi dibiarkan sahajalah tangannya

"Luq nak puasa ke macam mana?" Berkerut anieq jadinya apabila melihat wajah anaknya yang segar bugar itu

Macam nak sahur sekali je. Ingatkan tadi Luqman sekadar menjadi tukang kejut sahaja

Namun Luqman mula mengganguk laju. Kalau boleh dirinya nak ponteng puasa sehari je

Tak nak banyak-banyak nanti rasa rugi pula

"Tak payahlah luq, lagipun kalau luq tak puasa hari ni baru je 2 hari luq tak puasa. Tak rugi apa pun lah" pujuk anieq

Anieq takut sebenarnya akan anaknya itu. Entah mampu ke tidak nak berpuasa dengan keadaan dia macam ni

"Tak naklah pa, lagipun nanti tak syok lah kalau yang lain puasa tapi luq sorang je yang tak puasa" luqman mula membuat muka comelnya itu

Mana tahu nanti papanya itu berasa kasihan kan. Lagipun Luqman tahu dirinya itu larat berpuasa

Anieq termenung seketika. Takpelah rasanya, lagipun kalau dah tak larat tinggal berbuka sahaja

Anieq pun tak nak juga memaksa anaknya itu berpuasa. Dah macam-macam dah kejadian yang berlaku

Takut nanti anieq pula yang trauma lama-lama

Anieq mengganguk "tapi ingat, kalau tak larat bagitahu"

Luqman mengganguk laju, tak sia-sia dirinya itu menahan sahaja matanya untuk terus terbuka. Bak kata trend dekat Tik tok doe eyes

"Luq kalau sahur makan roti je boleh tak?" Tanya anieq sambil tangannya menguis-nguis beg hijau yang dibawanya dari rumah

"Luq ok je" Luqman turut sama mengintai apa yang papanya itu hendak ambil. Dari tadi terkuis-kuis

"Nah"

Anieq mula menghulurkan dua roti kecil kepada Luqman. Nasiblah anieq membawa 3 roti kecil di dalam begnya

Jadi lagi dua dia boleh beri kepada Luqman. Takut pula kalau sahur roti sahaja tak cukup nanti untuk anaknya itu

Maklumlah, Luqman dah terbiasa setiap kali sahur makan nasi dengan lauk yang dah dipanaskan

"Lepastu ni, susu nak yang mana satu?" Anieq menunjukkan susu coklat dan strawberi ke arah Luqman

Senang nak tahu anaknya itu nak yang mana. Kalau main bagi je nanti memilih pula budak ni nanti

Dengan laju Luqman mengambil susu strawberi dari tangan papanya itu. Dia memang tidak gemar akan susu coklat lagi-lagi kalau minum di pagi hari

Entah kenapa benda tu akan membuatkan dia rasa hendak ke tandas sahaja. Baik dia ambil strawberi

"Papa cukup ke makan banyak tu je?" Pelik Luqman melihat papanya itu hanya memakan roti sahaja. Dahlah satu je pula tu

Puasa Oh PuasaWhere stories live. Discover now