23

23 6 29
                                    

"Malam lailatulqadar..." Zaheen berbisik sambil berjalan untuk pergi ke arah pondok sekolah itu

Luqman hanya memerhatikan adiknya sedari tadi. Dari tadi asyik ulang-ulang benda yang sama je

Muak dah Luqman dengar jadinya

"Zaheen ni dah kenapa? Asyik ulang je perkataan malam lailatulqadar tu"

Zaheen mengganguk laju, tadi cikgu Salwa ada bercerita tentang malam lailatulqadar jadi dia rasa tertarik lah pula

Zaheen rasa tertarik pula untuk mengetahui malam lailatulqadar tu sebenarnya macam mana. Tapi tulah, cikgu Salwa cerita tentang malam lailatulqadar tu saat akhir jadi ceritanya jadi sekerat je

Tak bestlah kalau macam tu sepatutnya cerita bagi habis barulah seronok nak dengar

"Jadi? Kenapa dengan malam lailatulqadar tu?" Tanya Luqman, pelik melihat adiknya yang bersemangat cerita soal malam lailatulqadar itu

"Cikgu Salwa cakap malam tu adalah malam yang lebih baik dari seribu bulan lepastu muncul selalunya dalam 10 malam terakhir Ramadan"

Luqman mengganguk, kalau setakat benda macam tu rasanya dia dah tahu. Dah lama tahu dah pun sebenarnya

Tapi demi adiknya itu, dia dengarkan lagi sekali fakta tentang malam lailatulqadar tu

"Zaheen nampak teruja, kena-"

"Jom cari malam lailatulqadar tu!" Sorak Zaheen bersemangat

Berkerut Luqman jadinya, malam lailatulqadar tu nak dicari? Boleh ke agaknya? Rasa teringin pula Luqman ni

"Boleh juga" senyum Luqman, dia rasa tertarik pula nak cari malam lailatulqadar tu

"Yeahh, jom" mereka bertepuk tampar di situ

"Amboi, happy betul tu. Kenapa?" Edry yang baru sahaja sampai di pondok itu hairan melihat adik-adik nya itu bertepuk tampar

"Entahnya, bukan main lagi" edlan hanya memandang kosong sahaja adik-adiknya itu

Dirinya sedang penat membawa beg yang berat ini kehulur-kehilir. Biasalah hari Isnin selalunya berat

Jadi dia hanya mampu bertahan menghadapi beg yang berat itu

"Pin, pin"

Lantas mereka berempat berpaling melihat ke arah pagar luar sekolah. Terkejut melihat papa mereka yang sudah sampai

Semenjak kes Luqman kena culik ni, rajin betul papanya mengambil mereka dari sekolah awal

Mungkin takut lah kot, yelah kalau nak diikutkan ibu bapa mana je yang tak trauma anak mereka kena culik

"Malam ni kita start tau" bisik Luqman kepada Zaheen

Zaheen pula hanya tersengih-sengih disitu. Seronok apabila dia berjaya tarik abangnya masuk ke dalam projek yang direka sendiri

~•~•~•~•~•

"Abah!" Jerit Omar apabila melihat Hassan di muka pintu rumah mak ciknya

"Anak abah" lantas Hassan melutut dan memeluk kembali anaknya itu

Mereka berpelukan lama disitu

"Mana abah pergi? Dah nak dekat 2 minggu dah abah tak jenguk pun Omar" Omar membuat muka sedihnya itu

Hassan hanya mampu tersenyum, dia tidak tahu jawapan apa yang patut dia berikan kepada anaknya

"Mak cik Heidi, mana?" Hassan melilau melihat sekeliling

Puasa Oh PuasaWhere stories live. Discover now