BAB O1

212 14 3
                                    

"Jika Allah menghendaki untuk mempertemukan dua hati, maka Allah akan mengumpulkannya, sekalipun keduanya membentang diantara langit dan bumi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Jika Allah menghendaki untuk mempertemukan dua hati, maka Allah akan mengumpulkannya, sekalipun keduanya membentang diantara langit dan bumi.."

_________________

*Typo yang berlaku harap di maafkan.*

BEKERJA dan merantau di negara orang, semestinya selalu merasa sunyi. Jauh dari keluarga, jauh dari belaian kasih ibu dan ayah. Jarak yang jauh mendidik Zaara Aisyah agar menjadi seorang gadis yang berdikari dan berani menempuh apa juga rintangan yang ada di hadapanya. Itulah didikan Ayahnya, semanja apa pun seorang wanita harus tahu caranya berdiri di kaki sendiri tanpa meminta pertolongan orang lain.

Zaara bekerja sebagai seorang guru agama di Mesir. Sudah tiga tahun lamanya dia menyandang pekerjaan ini, walaupun terpaksa berjauhan dari sisih Keluarga. Namun dia harus berkorban sedikit, dia bekerja bukan untuk kepentinganya seorang diri. Dia mahu membantu keluarganya yang berada di Kampung, Ayahnya sudah lama berhenti bekerja. Dan memilih menjadi Imam masjid di Kampung mereka, selain itu Ayah dan Ibunya juga memiliki warung makan sendiri. Dengan hasil itulah mereka menyara hidup dan keperluan seharian.

Zaara memiliki dua orang abang, Sulaiman dan Ismail. Sulaiman sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki, manakala Ismail memiliki bengkel baiki kereta dan motor di kawasan kampung mereka, dan masih bujang belum berkahwin.

Sesiapa berminat boleh isi borang.

Zaara anak ketiga dari empat adik beradik, dia ada seorang adik perempuan berusia 17 tahun. Rabiatul namanya, adik bungsu semestinya degil sedikit.

Dengan pekerjaan Ayah mereka yang sederhana mampu mengenyangkan perut mereka dan mampu menghantar Zaara ke Mesir untuk menjadi seorang Guru Agama di sana.

"Hari ini, kita belajar tentang Qada & Qadar. Sebelum ustazah menerangkan, boleh sesiapa beritahu mengikut kefahaman mereka apa itu Qada dan Qadar?" tanya Zaara di hadapan kanak-kanak Mesir yang berusia dalam lingkungan 11 tahun.

Di antara sekian banyak pekerjaan, Zaara memilih mengajar di Mesir kerana dia fasih berbahasa Arab dan beberapa bahasa yang lain. Kebetulan juga Zaara memang ahli dalam Agama, dia menamatkan pengajian dari Institut Pengajian Islam Mekah Jeddah, Arab Saudi. juga aktif dalam perdebatan Agama, untuk meluruskan akidah orang-orang yang bengkok kepercayaanya. Sebab itulah tiada siapa yang berani menyentuh soal agama di hadapan Zaara, tersilap fakta sedikit dia akan beri ceramah. Paling tidak pun bila dia sudah naik meluat mahu berdebat dengan orang yang tidak reti nak faham, dia akan diam. Biarkan orang itu syok sendiri.

"Saya ustazah."

"Alhamdulillah bagus, terangkan pada ustazah." Zaara membuka satu lembaran kertas dari bukunya. Anak matanya berselang seli memandang buku itu dan anak murid yang berdiri di hadapanya.

Kasih Zaara (COMPLETED)Where stories live. Discover now