BAB O6

45 11 0
                                    

Aku tercengang, keningku berkerut. Hatiku seperti di remuk-remuk bila mendengar yang Ahsan sudah bertunang, tapi kenapa dia tak pernah beritahu aku? Takkan hal macam ni dia tergamak nak tipu aku. Dua tahun hubungan ni bertahan, bukannya dua hari apatah lagi dua minggu. Payah aku mahu percaya kata-kata Datin Kairiah.

"Ahsan tak ada cerita dekat saya auntie." dengan sedaya upaya aku melemparkan senyuman kelat nan kekok. Orang buta saja tak nampak betapa membaranya mata Datin ni menatap ke arah aku.

"Mungkin sebab nak jaga hati awak. Tapi memang betul, auntie tak tipu Ahsan dah ada tunang... Cuma perkahwinan mereka di tangguhkan lah sebab nak tunggu tunang dia habiskan Master dulu." ucap Datin Kairiah dengan perasaan bangga.

Aku terdiam, seketika aku tertunduk. Mataku yang mula berkaca-kaca aku sorokkan dari pandangan Datin Kairiah.

"Bukannya auntie tak setuju dengan hubungan kamu berdua, tapi yelah... Pertunangan ni dah lama, dari diorang berdua kecil lagi jadi rasa tak sopan bila putuskan begitu aje. Harap Zaara faham ya?"

Datin Kairiah berikan tatapan sinis padaku seraya bibirnya sedikit di herotkan ke samping.

Macam ini rupanya nasib si miskin? Tak di pandang, tak di terima oleh mereka yang kaya raya. Mungkin bagi mereka bermenantukan orang biasa atau hidup dalam kais pagi makan pagi ni akan jatuhkan imej mereka sebagai orang kaya kot kan?

Entah lah Datin. Suka hati Datin lah, bukan saya yang kejar anak Datin.

Raudah menghampiri Zaara yang sedang duduk di balkoni hotel tempat mereka menginap dalam beberapa hari ni, kedua tanganya memegang dua mug berisi kopi hitam.

Zaara termenung memandang pemandangan yang  sudah hampir senja di hadapanya. Angin pun lembut meniup rambut Zaara yang terurai.

"Nah kopi." Raudah hulur secawan kopi pada Zaara.

Zaara ambil mug itu lalu di hirup perlahan, "Thanks." ucapnya. Raudah hanya mempamirkan senyuman nipis, risau dengan keadaan Zaara. Pasti perasaanya celaru sekarang angkara Datin Kairiah kelmarin.

"Cantik kan senja ni? Tenang je bila tengok." Raudah cuba memecahkan kesunyian di antara mereka.

Zaara menggeleng sambil matanya menatap matahari yang sudah mulai terbenam.

"Senja, mengajarkan seindah apapun yang datang pada akhirnya akan menghilang." ucap Zaara, bibirnya tersenyum nipis.

Raudah terdiam, dia tidak mahu menambahkan lagi rasa hiba di hati Zaara saat ini. Dia tak sangka kedatangan mereka ke London ini akan membuatkan Zaara bertambah sedih dan bukanya bahagia.

"Sebab tu aku tak suka senja. Senja ibaratkan perasaan sedih seseorang, yang harus di tutupi oleh wajah yang bahagia seperti mana matahari berselindung di balik awan." Zaara menyambung percakapannya. Raudah mengusap bahu sahabat karibnya itu sesekali dia tepuk perlahan, untuk membuatnya tenang.

"Allah tahu apa yang terbaik bagi kau... Kalau Ahsan tak jadi suami kau bermaksud Allah akan hantarkan yang lebih terbaik dari dia untuk kau di kemudian hari. Kau janganlah sedih-sedih, aku tak suka tengok." tutur raudah dengan lembut, Zaara ketawa kecil seraya menganggukkan kepalanya.

"Aku okay, tak sedih pun. Aku percaya dengan ketentuan Allah... Aku dah iktihar dengan do'a kalau Ahsan tak ada kesungguhan yang sama, aku akan anggap yang dia tak nak berjodoh dengan aku sebab you know right? Jodoh itu boleh di ubah." Zaara mencicipi kopi miliknya selepas menuturkan kata, matanya di kecilkan sedikit bila angin yang menerpah agak kuat.

Raudah menghela nafas panjang, mug yang terletak di meja samping dia capai lalu di minum.

"Eh aku lupa nak bagitahu... " kata Zaara tiba-tiba sambil mengambil telefon bimbitnya. Raudah memandangnya aneh.

Kasih Zaara (COMPLETED)Where stories live. Discover now