BAB O7

55 10 0
                                    

"ish dah lah bising lah abang ni. Zaara nak letak phone dulu."

"Zaara, Zaara... Alaa janganlah."

Belum lagi Ismail menghabiskan katanya, Zaara sudah letak telefon. Berang nak bercakap lama-lama, ada ke di padankan photographer tu dengan Zaara? Tah apa-apa abang Im ni.

Coffee yang berada di atas meja di gapai dan di minum. Kening Zaara terus bercantum, raut wajahnya berubah.

"Latte? Ish... Macam mana lah pelayan kat sini boleh cuai." Zaara mendengus geram. Zaara bukanya tak boleh minum latte cuma dia yang tak terlalu berkenan. Kalau minum susu berlebihan, berbuih mulutnya barangkali.

Walaupun merungut, Zaara tetap minum minuman tu. Sudah terlanjur beli kena habiskan, jangan membazir. Lagipun Zaara okay aje minum latte cuma selama ni memilih sikit.

Hari ni, Zaara terpaksa keluar seorang diri sebab Raudah tak berapa nak sihat. Zaara pula sunyi duduk hotel, jadi dia keluar lah bersiar-siar di kawasan yang berhampiran dengan hotel tempat mereka check in di Resident Covent Garden, jarak antara cafe dan hotel jalan kaki saja dah sampai kira-kira dalam 3 minit macam tu. Iya tahu hotel lima bintang. Ini pun pengetua yang sponsor, nak guna duit sendiri lambert lagi. Zaara dah lah jenis jimat mati-matian tak suka bazir duit untuk hal-hal yang remeh.

Amorino cafe yang terletak di covent garden itu menjadi pilihannya, pemandangan pun cantik boleh lah healing seorang diri. 

"Hello Ms."

Zaara mendongak memandang suara itu, Dylan berikan senyuman sambil tundukkan kepalanya seketika tanda menyapa. Zaara angkat kening tanda tanya, senyuman Dylan di biarkan tidak berbalas.

"Yes?"

"May I sit first?"

Zaara angguk dan memberi ruang pada Dylan yang mahu labuhkan punggung di depanya. Zaara jauhkan sedikit kerusinya, sebab kerusi di luar cafe ini tanpa meja hanya kerusi yang di hadapkan satu sama lain. Jadi, kalau Zaara tak undur lutut mereka akan berlaga. Seram pula nak buat macam tu dengan stranger.

Dylan hulur secawan kopi americano pada Zaara.

"Pardon?" Zaara masih kurang faham. Kenapa mamat cina ni? Dah lah tiba-tiba datang, tiba-tiba duduk pula tu. Sekarang ni tiba-tiba hulur coffee.

"The latte you're drinking is mine. The waiter mistakenly gave it to you. So here's an Americano... I bought it for you."

"Hah?"

Zaara masih terpinga-pinga, matanya menatap cup yang Dylan pegang.

"Take it. No need to pay back.Dylan letak cup itu di atas kerusi yang ada di samping Zaara. Zaara mengukir senyuman kekok di bibirnya.

"Thank you."

Zaara jadi serba salah, sepatutnya dia yang harus ganti minuman Dylan, ini dah terbalik kejadiannya. Hilang terus sifat Zaara yang macam harimau itu, selalunya bila dia berjumpa atau bercakap dengan mana-mana lelaki yang dia tak kenal Zaara tak ubah seperti harimau yang mahu membaham mangsanya. Berbeza pula dengan Dylan hari ni, Zaara berubah jadi pendiam, tak ada muka ketat dia tunjukkan.

"It's my pleasure. Em btw... Do you live here?" soalan pertama Dylan. Dia sendiri pun bingung mahu memulakan kata macam mana, dia tak mahu tersilap tanya. Nanti melepas lagi Dylan kali ni.

Zaara menggelengkan kepala. "No, I'm from Malaysia."

Mendengar jawapan Zaara, Dylan terus ketawa halus wajahnya menunjukkan sedikit keterujaan.

Kasih Zaara (COMPLETED)Where stories live. Discover now