BAB O8

49 10 0
                                    

DYLAN tenung buku milik Zaara yang dia pinjam tadi. Perlahan-lahan dia tersengih, akhirnya dapat juga dia berkenalan dengan Zaara. Hal yang paling dia inginkan sebelum ini, namun dia masih susah hati bila teringatkan yang Zaara tak kenal pun siapa dirinya. Mesti Zaara marah besar bila tahu Dylan lah yang jadikan gambar Zaara sebagai poster tempoh hari.

Satu keluhan berat dia lepaskan, kad nama serta kad kerja Zaara dia lirik sekilas. Sempat juga dia meminta kad milik Zaara sebelum pertemuan mereka di akhiri tadi.

"Saya tak lama dekat sini, kalau awak dah selesai baca buku ni. Just contact me atau hantar ke alamat kerja saya."

Kad itu Dylan letak dalam dompetnya. Senyuman nipis terukir di bibir. Dengan meminjam buku Zaara, meminta kad kerja Zaara akan memudahkan lagi kerjanya untuk bertemu dengan Zaara selepas ini.

"Dylan."

Dylan dengan pantas menoleh. Senyumanya lebar bila melihat kelibat kawan sekerjanya yang mula menghampiri tempat dia duduk.

"How's work? Everything okay?" tanya Dylan

"Okay aje, anyway thank you sebab gantikan tempat aku hari tu... Kalau kau tak tolong entah-entah aku tunggang terbalik buat kerja." Joseph, rakan kerjanya itu menepuk bahu Dylan.

Dylan senyum siring. "Sepatutnya aku yang berterima kasih kat kau, suruh aku ganti kerja kau buat sementara waktu. I'm enjoyed it." balas Dylan sambil mengatur langkah kakinya ke meja tempat pembuatan kopi.

"Tapi kau okay ke kat sana? Penceramah tu mesti bandingkan agama. Namanya juga dia ambil course perbandingan agama... Kau tak terasa tersindir?" soal Joseph.

Dylan geleng, tanganya menuang secawan kopi dari thermocafe yang di pegangnya.

"Everything is fine. Aku tak terasa sikit pun mungkin sebab aku tak beragama kot, kan? Tapi aku suka agama ni, the only one agama yang sangat adil mahu itu aturan dunia atau selepas kita semua mati." ucap Dylan sebelum menghirup kopi miliknya.

Joseph mengangguk, dia juga menuang kopi untuk dirinya. Lalu melabuhkan punggung di depan Dylan.

"You interested?" 

"I think so."

Joseph tersenyum siring. Wajah Dylan yang terlihat ceria macam angaukan seseorang itu dia tenung beberapa saat.

"Tell me, who's that girl."

"Zaara."

Joseph menepuk meja separah kuat bila Dylan secara spontanya menyebut nama perempuan yang memenuhi fikiranya saat ini. Dylan tersentak, gerak geri Joseph dia pandang dengan datar. This guy memang ahli dalam membongkar perasaan orang.

"Dah berapa lama?" tanya Joseph dengan raut wajah yang serius.

"Apa yang berapa lama?"

"Both of you lah Acai." gurau Joseph sambil ketawa mengekek, Dylan tersengih.

"Baru aje kenal." jawab Dylan singkat. Joseph beri pandangan tak percaya.

"Baru kenal? Tapi kau dah angau? Common lah... Dylan aku kenal tak mudah jatuh cinta."

Dylan tertunduk sekejap, memang lah dia ada hati dengan Zaara. Tapi belum tentu Zaara boleh terima siapa Dylan sesungguhnya. Dengan agama yang di genggam oleh Zaara mesti dia inginkan lelaki yang baik untuk menjaganya nanti.

"So she's Muslim? That's why  kau pun berminat dengan agama dia?" Joseph masih tak putus asa bertanya tentang wanita yang berjaya menyentuh ruang hati Dylan sekarang. Bukanya dia tak tahu, Dylan sangat payah mahu jatuh hati sehingga dia di gelar The walking fridge oleh sesiapa yang mengenalinya. Jangan katakan nak jatuh hati, bagi ayat manis kat perempuan pun mereka tak pernah dengar.

Kasih Zaara (COMPLETED)Where stories live. Discover now