BAB 1O

36 10 0
                                    

ZAARA mengusik-ngusik kuku sendiri sambil menikmati cuaca yang cerah di halaman Bloomsbury square garden Itu. Sesekali dia menggosok kedua bahunya, sejuk. Walaupun matahari mula terik.  

Kedatangan Dylan di nantinya. Jam di tangan Zaara kerling sekejap, jarum menunjukkan baru 9.59 pagi. Dia memang sengaja datang ke tempat ini awal sedikit, Zaara tak suka sesiapa pun menunggu kedatanganya.

Beberapa pohon dia pandang satu persatu dan silih berganti. Sehingga anak matanya tertumpuh di satu tempat yang terletak di satu sudut, berdekatan dengan bangunan di hadapan mereka. Tempat itulah dia berjumpa dengan Ahsan buat kali yang  kedua. Tidak pernah lelaki itu melepaskan peluang untuk bersemuka dengan Zaara.

Zaara rindu. Tapi kadang dia berasa aneh dengan diri sendiri. Selepas pertemuan pertama mereka di Ma'had Al Azhar, tidak pernah pun perasaan rindu ini kerap menerpah jiwanya. Dia baik-baik saja walaupun tidak bersemuka bertahun atau berbulan lamanya. Tapi selepas Zaara datang ke London dan Ahsan selalu menghubunginya, pasti Zaara akan tercari-cari susuk lelaki itu.

Zaara menggeleng berkali-kali. Apa pula aku ingat dekat dia kebelakangan ni? Mabuk apa? Move on lah Zaara. Ibu Ayah dia tak berkenan dengan kau untuk di jadikan menantu, aku kena terima hakikat. Mencintai Ahsan seumpama rukun Islam kelima. Hanya bagi mereka yang mampu saja.

Apalah nasib.

"Hi! Lama dah tunggu?"

Lamunan Zaara terhenti, kepala dia dongakkan ke atas untuk melihat Dylan yang berdiri di depan.

"Tak lah, saya baru saja sampai." balas Zaara, Dylan pamirkan senyuman sambil labuhkan punggung di sebelah Zaara. Namun Zaara jarakkan sedikit kedudukanya, Dylan perasan cuma dia tidak mahu terlalu fikirkan tentang hal ini. Zaara seorang yang berpegang teguh dengan agama, pasti perkara ini di larang dalam agamanya.

"Saya lambat sedikit sebab..." Zaara perhati gerak geri Dylan yang sedang mengeluarkan dua cup dari beg plastik yang dia bawah tadi.

"Beli ni. Nah untuk awak." Zaara sambut cup yang di suahkan ke arahnya itu. Senyuman Dylan dia balas dengan senyuman nipis.

"Terima kasih."

Dylan angguk. Selepas itu dia buka pula messenger bag miliknya, buku Zaara tempoh hari dia keluarkan dan beri pada Zaara.

"Saya dah selesai baca. Knowing more about Nabi Muhammad, buatkan saya insecure berkali-kali. Ada ya lelaki terbaik macam Nabi... The way he treats and show his love for Siti Aisyah. Buatkan saya sedar, lelaki tidak perlu letak ego terlalu tinggi melebihi perempuan." jelas Dylan bersungguh, Zaara mengangguk tanda setuju. Dia suka bila seorang teruja dengan susuk kekasih kita semua, Nabi Muhammad saw. Di sebabkan baginda lah Zaara tidak suka dengan slogan Semua lelaki sama. Dia memang membantah keras pemikiran semacam ini, dia tidak menganggap semua lelaki sama. Sebab 1445 yang lalu, seorang lelaki hadir di muka bumi ini yang peribadinya sebaik-baik insan dan selembut-lembutnya manusia.

"I'm happy for this. Jatuh cinta dengan Nabi Muhammad adalah hal yang paling utama dalam Islam, macam awak sekarang ni. You accept Rasulullah as the last prophet and the messenger, and what about Allah? Awak beriman kepada Allah?" soal Zaara terus terang tanpa berkias. Dylan sedikit tersentak, pandangan Zaara membuatkan anak matanya beralih ke tempat lain.

Pandanganya tajam, tambah lagi dengan celak yang tercalit di tubir matanya itu membuatkan Dylan bertambah gerun. Padahal Zaara menatapnya biasa saja.

"Ya, saya percaya dengan agama ni. Singkat kata saya beriman pada Allah, he's the only god I should obey dan saya juga percaya yang Nabi Muhammad itu adalah Nabi terakhir untuk kita semua."

"So you can ucap dua kalimah syahadah."

mesti Zaara terbawa-bawa dengan penceramah kegemarannya itu, Dr. Zakir Naik. Cuak wajah Dylan bila mendengar kata-kata yang Zaara lontarkan, bukan bermaksud dia hanya menggunakan agama untuk dekati Zaara tapi ibaratkan ilmu belum cukup di dada, dia tidak perlu terburu-buru. Takut nanti tersilap langkah dalam menunaikan ibadah, parah jadinya.

"I will someday, Allah lebih tahu bila waktu yang tepat untuk saya ucap kalimahnya." balas Dylan.

"Dalam agama tiada paksaan, cuma bila hidayah sudah datang macam ni. Jangan terlalu lambat nak ambil, takut kejadian Firaun berulang semula." kata Zaara dengan raut wajahnya yang serius.

"Firaun? Kenapa dengan dia?" soal Dylan. Perlukah takutkan dia seperti ini? Siapa firaun tu, kenapa nak samakan dengan Kes dia.

"Zaman Nabi Musa dulu, ada seorang Raja di sapa dengan nama Firaun. Nama sebenarnya tiada siapa yang tahu pun, then dia seorang pemerintah yang zalim dia mahukan semua rakyatnya anggap dia tuhan. Sampailah kejadian Nabi Musa membelah lautan merah, dengan situasi firaun takut nak mati tu baru lah terdetik di hatinya nak ucap dua kalimah syahadah. Sehingga mengundang murka Malaikat jibril, mulut firaun di sumbat dengan pasir olehnya agar firaun tak sempat nak mengucap. Sebab bila firaun sempat buat semua tu, secara automatiknya dia akan jadi seorang mualaf dan seluruh dosanya di ampuni oleh Allah. Malaikat jibril buat semua th sebab marah yang terlampau kerana dia main-mainkan kuasa Allah."

Dylan sedikit terkejut mendengar cerita dari Zaara. Dia tak takut, sebab Dylan sendiri tahu niatnya jauh berbeza dari firaun yang diceritakan oleh Zaara tadi. Tapi apa yang dia takutkan kalau dia tak sempat nak ucap dua kalimah syahadah. Nampaknya Dylan kena cari pembimbing secepatnya.

Tiba-tiba Zaara ketawa terkekeh, Dylan memandangnya seraya kening di naikkan sebelah.

"Maafkan saya, saya tak sepatutnya mengusik awak sampai macam ni." Zaara diam sejenak sambil mengucap perlahan, elak Dylan dengar.

"Take ur time. Bila awak dah bersedia, just take the syahadah... Tentang cerita tadi, saya just nak berkongsi dengan awak dan selit gurauan sikit tapi saya terleka sampai terlupa bergurau macam tu tak boleh." Zaara sambung percakapanya diiringi senyuman lebar terpampang di bibir. Dahi Dylan berkerut bila mendengar ayat akhir Zaara.

"Tak boleh bergurau? Kenapa?" Peliknya. Zaara letak cup di tanganya itu ke samping sebelum menjawab soalan Dylan.

"Saya baru teringat, bergurau terlampau sehingga membuat orang lain cemas adalah sesuatu yang di larang dalam agama. Haram hukumnya, sebaiknya bergurau yang tidak membuatkan orang lain cemas atau ketakutan." jawab Zaara.

Kepala Dylan terangguk-angguk faham dengan jawapan Zaara.

"I got it. Thanks by the way, sebab pinjamkan buku dan kongsi tentang agama sikit hari ni dengan saya."

"Ini tugas dan tanggungjawab saya. Don't too formal." Zaara alihkan pandanganya kembali memandang suasana di hadapanya. Waktu-waktu macam ni memang kurang sikit orang yang berkunjung, kebanyakanya bekerja dan sekolah.

Mata Dylan tidak lepas dari menatap wajah Zaara, mahu sampai bila pun matanya tak jemuh dengan wajah ini. Entah lah kenapa, dengan pandangan pertama saja dia sudah jatuh hati. Takkan secepat itu? Tapi tidak di nafikan, wajah Zaara seperti tidak ada kesedihan yang menimpahnya. Terlalu tenang.

"Zaara."

"Iya?"

"Ada tak seseorang bagitahu awak yang awak ada senyuman yang indah?"

Zaara dengan cepat tolehkan kepala menatap Dylan yang sedang bertongkat dagu menatapnya.

Zaara mengangguk. "Ada." jawabnya singkat.

Seketika senyuman Dylan hilang, berat bibirnya mahu bertanya tapi berat lagi hatinya ingin tahu siapa gerangan itu. Takkan dia sudah jatuh di hadapan taman bunga yang sudah ada pemilik?

"Siapa?"

"Ahsan Hilman." Terus terang yang di lakukan Zaara membuatkan Dylan tercengang. Nama itu dia amati, siapa Ahsan Hilman di hati Zaara. Istemewa sangatkah dia sampaikan namanya itu meniti di bibir Zaara.

Kasih Zaara (COMPLETED)Where stories live. Discover now