BAB 12

43 9 0
                                    

"Ara, masuk." suara Ahsan tetap dingin dan tegas, mata tajamnya menuju Zaara yang masih berdegil di sebelah Dylan.

"Excuse me. Can I know what happend?" Dylan mula bertanya, namun soalanya itu dibiarkan tidak berjawab oleh Ahsan.

"Ara kenapa degil sangat ni?" Ahsan bersuara lagi. Anak mata Dylan silih berganti memandang mereka berdua.

"Dylan saya nak balik dulu." kata Zaara.

Baru saja dia mahu melangkah pergi, hujung lengan bajunya di tarik oleh Dylan yang membuatkan pergerakanya tertunda.

"Saya hantarkan?"

Ahsan sudah naik meluat. Rasa macam tengok drama bersiri pula, main rentap-rentap tangan. Nasib dia tak sentuh Zaara kalau sampai berani nak menyentuh, siap lah Ahsan kerjakan.

"No, thanks." Zaara melemparkan senyum kelat ke Dylan sebelum beredar dari tempat itu. Keberadaan Ahsan seperti tidak wujud di hadapanya.

Seusai Zaara melangkah kaki dengan lajunya, Ahsan mendengus dengan geram. Gear kereta dia turunkan lalu secara perlahan dia mengikuti langkah Zaara dengan kereta miliknya.

Tanpa berkata apa-apa mereka berdua dalam keadaan seperti itu selama dua minit lamanya, sehingga perbuatan Ahsan mengundang amarah pada Zaara.

"Ahsan!" Zaara tinggikan nada suaranya sedikit sambil matanya menatap ke arah Ahsan.

Ahsan cuma diam membalas pandangan itu. Dengan wajah yang datar, matanya yang kuyu seakan redup. Langsung tak ada emosi apa-apa yang dia gambarkan.

"Boleh tak awak jangan ganggu saya." pinta Zaara. Keningnya bercantum, masih berang.

Ahsan buka tali pinggang kereta yang melingkar di antara tubuhnya lalu dia turun dan berdiri menghadap Zaara.

"How can?"

"Apa?"

"Macam mana saya tak ganggu awak? Kalau awak lah perempuan terpenting dalam hidup saya." ungkapnya.

Zaara palingkan muka, tidak mahu berlaga mata sekali lagi dengan Ahsan. Zaara tak mahu lembut hati dengan pujuk rayunya.

"Jangan nak buang masa awak untuk cintakan perempuan macam saya ni. Lebih baik awak turut pilihan mama awak." Zaara melirik wajah Ahsan yang mula memerah.

"Awak tahu agama kan?"

Kening Zaara berkerut.

"Ya, saya tahu."

"Then, apa hukum ibu bapa memaksa seorang anak untuk terima perjodohan dari mereka? Bukankah Nabi melarang hal macam ni?" soalan Ahsan membuatkan Zaara tersentak. Kali ini dia tidak boleh membidas kenyataan yang fakta. Memang betul, dalam agama bila keluarga mengaturkan perjodohan untuk anak mereka lalu anak mereka itu tidak berkenan, Haram hukumnya jika di paksa-paksa.

"Ara, saya tanya awak."

"Saya tak cintakan awak Ahsan, kita tak boleh bersama." Zaara tundukkan kepalanya, matanya mula berkaca-kaca. Ini lah yang dia tidak suka bila bercakap secara empat mata dengan Ahsan. Pasti dia akan kalah, pasti dia akan lembut hati.

"A-pa?"

"Cinta saya untuk awak dah mati."

Berat bibir Zaara mahu mengungkapkan kata itu. Namun dia terpaksa agar Ahsan mahu jauhkan diri darinya.

"Cinta awak boleh mati untuk saya bila saya dah tak ada dekat dunia ni." ucap Ahsan.

Zaara terus terdiam, dia sudah tak boleh membalas setiap kata Ahsan. Setiap ayat yang di lontarkan oleh lelaki itu, hanya dibiarkan hening tanpa balasan.

Kasih Zaara (COMPLETED)Where stories live. Discover now