BAB 13

35 8 0
                                    

"IYA ummie, baru kemarin Zaara sampai ke Mesir, jetlagged pun belum hilang lagi tapi dah kena kerja macam biasa."

Mata Zaara tertumpuh ke arah kertas yang dia pegang, sibuk periksa kehadiran pelajar yang tak hadir ke sekolah.

"Ummie faham, kalau dah habis waktu kerja tu rehat lah yang cukup ya. Jangan berjaga waktu malam pula."

"insyaAllah. Ummi pun tahu kan, mana lah Zaara ni nak tidur malam.. entah lah mata apa yang Zaara ada ni, kelawar kot."

Zaara ketawa terkekeh di hujung cakapnya. Matanya dia alihkan ke arah pintu kelas, kelibat ustaz Ziyad berdiri di situ sambil menunjukkan senyum nipis.

Dia tunjukkan tangan, isyarat tunggu. Nampaknya ustaz Ziyad ada hal yang nak di bincangkan. Sempat anak matanya melirik ke arah seseorang yang berdiri di samping ustaz Ziyad itu, pelajar baru ke?

"Ummie, nanti Zaara call balik ya? Assalamualaikum..."

Zaara matikan panggilan lalu letak telefon miliknya di dalam beg tangan sebelum berdiri menghampiri ustaz Ziyad.

"Selamat pagi ustazah." sapa Ziyad. Zaara senyum seraya tundukkan kepalanya membalas sapaan itu.

"Selamat pagi ustaz."

"Awak ada pelajar baru hari ni." kata Ziyad, Zaara tunjukkan reaksi yang sedikit teruja. Dia berandaian pelajar perempuan atau lelaki? Sebab sepulangnya dari London hari tu, Tuan Mehmed pindahkan sesi mengajar Zaara untuk mengajar pelajar yang berusia 17-20 saja. Yang fokus untuk menyambung pelajaran mereka di Ma'had Al Azhar.

Jadi dia tidak mengajar kanak-kanak lagi, melainkan remaja antara perempuan dan lelaki.

"Pelajar lelaki atau perempuan?" tanya Zaara.

Ziyad rangkul bahu seorang remaja lelaki dalam usia 20 tahun, berjubah putih dengan serban yang melingkar di kepalanya. Lelaki itu mempamirkan senyuman nipis saja di hadapan Zaara.

"Ini Syeikh Elias Alsaud, adik sepupu saya. Baru sampai Mesir kemarin dari menamatkan pengajianya di Saudi Arabia." Bahu Elias di tepuk-tepuk lembut oleh Ziyad. Zaara hanya perhati raut wajah lelaki itu.

"Sekarang dia nak sambung belajar lagi di tempat saya bekerja. Ingatkan dia akan jadi anak murid di kelas saya, tapi dah penuh. Kebetulan tempat ustazah pula yang masih ada kekosongan. Harap-harap ustazah boleh terima." sambung Ziyad, dengan pantas Zaara mengangguk.

"Tak ada masalah, boleh saja. Saya tak pernah menolak pelajar untuk belajar di kelas saya."

Ziyad melemparkan senyumnya ke arah Elias, selepas itu dia pandang Zaara semula

"Terima kasih... Kalau macam itu saya pergi dulu. Awak boleh kenal-kenal pelajar baru awak ni terlebih dulu." kata Ziyad sebelum meninggalkan Zaara dan Elias di depan pintu kelas.

Pandangan Elias setia melihat abang sepupunya, Ziyad yang sudah jauh dari kornea mata. Sesekali dia tertunduk, malu untuk bertegur sapa dengan Zaara. Lagi-lagi bila dia dapat tahu yang Zaara perhatikan dia dari tadi.

"Elias?"

"Iya?" Elias menoleh, matanya tepat memandang Zaara. Hampir saja dia mahu berkedip namun dengan cepat dia tundukkan pandangan.

"Awak boleh ikut saya sekejap, saya boleh bagi awak tempat duduk yang sesuai."

Zaara mengatur langkah kakinya masuk ke dalam kelas diikuti oleh Elias di belakang.

"Awak rabun tak?"

"Tak."

Zaara mengangguk perlahan, matanya memandang satu-satu meja yang ada di hadapanya.

Kasih Zaara (COMPLETED)Where stories live. Discover now