BAB 14

30 6 0
                                    

SUSUK tubuh lelaki yang bernama Elias itu menjadi perhatian Zaara dan Raudah dari dalam bilik guru. Tenang saja Elias duduk di salah satu kerusi yang ada di ruang halaman sekolah, sambil-sambil matanya ralit membaca buku.

"Dia ni, memang pendiam orangnya. Ramai makcik pakcik aku idamkan dia sebagai menantu." kata Raudah, lantas Zaara menoleh serta tunjukkan wajah derk di depanya.

"Patutlah malu-malu bercakap dengan aku." balas Zaara.

"Tengok-tengok dia sukakan kau." usik Raudah diiringi ketawa kecil di hujung bicaranya, Zaara membulatkan mata seraya keningnya di kerutkan.

"Muda sangatlah... Kau pun."

"Eh Khadijah lebih tua dari Nabi Muhammad tau." Raudah cuba meyakinkan Zaara bahawa perbezaan usia tidak masalah, asalkan lelaki itu seorang yang bertanggungjawab. Tapi, masih Zaara tidak berkenan, dia sudah terbiasa melihat lelaki sebaya Elias tak ubah seperti adiknya sendiri.

"I hold someone heart right now, raudah." ujar Zaara. Raudah terus bulatkan mulut, hampir terlupa tentang Ahsan yang selalu memenuhi isi hati sahabat karibnya ini. Perlahan-lahan dia lemparkan senyuman melihat Zaara.

"Dulu, aku sempat berprasangka tak baik tentang Ahsan. Aku fikir dia tak serius dengan kau tapi bila sudah bertemu empat mata ni, barulah aku faham... Sebenarnya cinta dia pada kau terlalu besar cuma batu penghalang Ahsan, ibu bapa dia aje." kata Raudah.

Zaara mengangguk kecil, "Ahsan memang baik. Dia selalu ada untuk aku, awal hubungan kami, Ahsan kata dia dah bagitahu parents dia tentang aku dan katanya diorang terima, tapi sekarang ni macam lain pula kejadiannya." Zaara ketawa kekok. Masih tak boleh terima dengan pendirian Datin Kairiah, buatkan Zaara berangan-angan saja dapat mertua sebaik dia tapi hampa pula jadinya. Pepatah melayu kata, indah khabar dari rupa.

"insyaAllah, kalau jodoh tak akan ke mana." Raudah seakan memberi kata semangat buat Zaara. Sebagai teman semestinya dia mahu yang terbaik untuk Zaara, bukan tak ada lelaki yang berkenan pada Zaara. Ada saja, tapi Zaara yang menolak sebab masih menunggu pengakhiran hubungannya dengan Ahsan seperti apa, dia mengharapkan akhir hubungan ini akan berakhir di jinjang pelamin. Biasalah konflik sebelum berkahwin ni, orang kata untuk mengukuhkan hubungan.

Zaara hanya tersenyum tanpa membalas apa-apa. Tanganya menekan-mekan papan kekunci laptop, menyiapkan beberapa lampiran.

"Zaara, lelaki cina hari tu macam mana ya? Korang ada jumpa lagi tak sebelum dia pulang ke Cina?"

Zaara tersentak seketika. Setelah dua hari berada di Mesir, baru hari ini dia teringat akan Dylan. Apa yang dia tahu, Dylan dan dia akan pulang pada hari yang sama tapi kenapa dia tak nampak kelibat Dylan pun hari tu?

"Aku hampir terlupa tentang dia, dah lah number telefon dia pun aku tak tahu." ujar Zaara sambil keluarkan telefon bimbitnya dari dalam beg, mahu menghubungi Dylan.Tapi rasanya nombor telefon itu sudah tak aktif, mungkin sebab Dylan bukan lagi berada di London.

"Tak apalah korang berdua bukan rapat sangat pun. Sekadar jodoh pertemuan aje." kata Raudah, Zaara pula berdecit kecil.

"Aku memang lah tak mengharapkan lebih, aku tak ada hati pun dengan dia cuma macam rasa bersalah lah pula. Yalah waktu kat London, we're just like friends... Lagi-lagi dia kata tertarik nak berlajar tentang Islam." sambung Zaara.

"Kalau dia tertarik nak berlajar tentang Islam, cari pembimbing lelaki bukan nak cari siapa yang dia nak bimbing."

Zaara tenung Raudah dengan renungan tajam, mula lah dia dengan anggapan buruknya tentang Dylan.

"Raudah, dosa tau berprasangka buruk ni." Zaara cuba mengingati. Raudah lepaskan keluhan berat sambil mengemas beberapa buku yang ada.

"Astaghfirullahal'azim. Aku ingatkan aje." seusai istighfar, Raudah ketawa mengekek sebelum mengatur langkah kakinya perlahan keluar dari bilik guru.

Kasih Zaara (COMPLETED)Where stories live. Discover now