BAB 15

33 7 0
                                    

PELAYAN kafe berjalan perlahan menuju meja Dylan yang terletak jauh di hujung penjuru, jauh dari ramainya pelanggan yang datang. Dia lebih suka begitu, sunyi dan hening hanya ada dia dan kerja yang dia lakukan.

Secawan americano di letak atas meja, berhadapan Dylan. "Thank you." ucapnya sebelum pelayan itu berlalu pergi dari tempatnya.

Anak matanya ralit bermain di skrin laptop miliknya. Dia rasa lebih selesa bila buat kerja di kafe seperti ini, rasa bebas dan tidak terbeban tanpa adanya gangguan dari mana-mana manusia yang suka sibuk hal orang. Nasib lah sesetengah kafe di Cina tidak terhad pada masa, ada yang buka sampai lewat malam, ada juga 24 jam.

Tanganya mula menggapai cawan yang berisi americano itu, dengan berhati-hati dia menghirup. Seusai cawan itu terpisah dari bibirnya, hati Dylan tiba-tiba terusik. Dia teringatkan Zaara, kopi hitam pekat macam ni memang kegemaranya.

Sudah dua minggu mereka tidak bertukar khabar, terakhir kali dia temui Zaara waktu mereka berada di bumi London. Sehingga dia ternampak adegan yang menyakitkan matanya berkaitan Zaara dan Ahsan. Entah bagaimana khabarnya, ikutkan hati mahu saja dia menelefon Zaara menggunakan nombor telefon yang tertera di nombor kad kerja Zaara yang dia beri tempoh hari. Tapi jika diamati rasanya tak perlu lah menggangu hubungan orang lain.

Tangan Dylan bergerak di permukaan touchpad laptop miliknya. Satu folder di tekan, lalu terpampang beberapa gambar Zaara di situ. Bibirnya tersengih sehingga giginya terlihat sedikit, matanya secara automatik mengecil.

"Everything about you, makes me crazy. But I need to accept that, the way you look at me isn't same how I looked at you." gumam Dylan seraya dengan keluhan berat dia lepaskan. Patutkah aku delete semua gambar ni?

Zaara teguk secawan kopi buat titisan yang terakhir. Masuk jumlah gelas ini, sudah dua kali dia minum kopi direct non stop. Sampaikan Raudah melarangnya jangan terlalu addicted dengan kopi yang tinggi kafien, nanti sakit kepala dia juga yang susah nak jaga Zaara. Tapi Zaara degil, dia tak endahkan pun larangan Raudah terlalu leka dia membaca buku sambil ditemani secawan kopi yang hangat di sampingnya.

TING!

ZAARA jengukkan kepala sambil ekor mata ke arah telefon yang menyala. Terlihat satu mesej muncul di aplikasi Instagramnya. Dahi Zaara berlapis, keningnya berkerut tanda tanya. Siapa pula chat aku subuh macam ni? Mustahil Ahsan orangnya, waktu-waktu macam ini Ahsan dah tak pegang telefon.

Lantas telefon itu dia capai dan buka aplikasi tersebut. Mata Zaara sedikit terbuntang, nama yang tertera tidak asing di mata Zaara.

7elias
Ustazah, ini saya Elias.

Zaara telan air liurnya kelat. Berani sangat ni nak text cikgu sendiri waktu macam ni. Dengan usia yang terlalu muda seperti Elias, tidak pernah gagal buat Zaara selalu gerun dan terkadang juga dia takut kalau Elias buat tindakan bukan-bukan. Sudah lah selama sesi sekolah, mata Elias selalu curi-curi pandang Zaara. seram sejuk Zaara dibuatnya.

Zaara membalas text itu apa adanya, berlagak tenang dan santai. Dia mahu tunjukkan bahawa dirinya seorang guru yang harus di hormati, bukannya ukhti-ukhti yang senang di curi hatinya.

zaara_asyh
Iya Elias, kenapa?

Zaara bertongkat dagu di hujung meja belajar, matanya menatap typing... Yang terpampang di skrin.

7elias
Esok, boleh tak saya jumpa awak lepas sesi persekolahan selesai?

Makin tak percaya Zaara bila membaca mesej yang dia terima. Awak? Saya? Mana perginya kata sapaan Ustazah? Zaara geleng-geleng kepala, dadanya naik turun cuba mengatur nafas yang tiba-tiba melonjak naik. See? Setiap perbuatan dia selalu buat aku terkejut, ada saja hal yang dia lakukan tak terjangkau di akal.

zaara_asyh
Ayat awak tak sopan Elias. Saya cikgu awak, kalau tak mahu gelar ustazah pun... You can call me sister. Saya lebih tua dari awak.

7elias
You're not my sister. Lagipun kita di luar kelas sekarang ni, jadi saya rasa tak salah kalau saya tak panggil awak ustazah. Am I right?

Zaara gigit bibir bawahnya seiring dengan keningnya menyatu. Cuba mengamati maksud di sebalik ayat yang Elias berikan. Tanpa ragu, Zaara biarkan mesej itu tidak berjawab. Lekas dia keluar dari aplikasi Instagramnya. mimpi apa Elias malam-malam buta macam ni ganggu aku.

HELAAN nafas di lepas perlahan, Zaara mengatur langkah menuju kelasnya. Di sebabkan text Elias semalam buatkan dirinya lambat masuk ke kelas hari ini. Bukan apa, rasa macam sesuatu saja sampaikan Zaara tak habis fikir semalaman.

"Assalamualaikum."

ucap Zaara sesudah menerpah masuk ke dalam. Buku dan beg tangan di letak atas meja kerja berhadapan dengan meja belajar Elias. Rasa menyesal pula aku bagi Elias duduk di sini, tepat sangat depan muka aku. Kalau aku tahu dia ada makna yang tersirat, aku akan letak dia dekat tempat belakang sekali. Ni nak ubah pun tak boleh, nanti dia terasa hati pula.

"Waalaikumusalam, ustazah."

Wajah tegang lagi serius Zaara pamirkan. Seakan-akan dia tak ada mood hari ni untuk bergurau senda seperti selalu. Satu trick juga supaya Elias batalkan niat untuk tidak menemuinya hari ini.

Elias menunjukkan reaksi santai, seperti tiada apa-apa yang berlaku antara dia dan Zaara. Sempat Zaara melirik ke arah dia dengan renungan tajam, dan Elias hanya membalas dengan senyuman yang menguntum di bibirnya.

DYLAN menggosok-gosok cuping telinganya seraya wajah di kerutkan. Tak larat dia mahu mendengar omelan dari ibunya yang tak henti-henti menyuruh dia supaya cepat-cepat beri dia menantu. Sudah lah Dylan anak tunggal satu-satunya, usia mereka pula bukannya makin muda. Diorang harap boleh lah menimang menantu dengan cepat tapi hampa jadinya bila Dylan menolak itu semua, katanya nak fokus kerja dulu.

"Dua bulan lagi tahun baru Cina. Kamu kena kenalkan girlfriend kamu dekat mama dan papa." Ibu Dylan mendesak.

"Nak kenalkan siapa kalau Dy tiada siapa-siapa?"

Dylan geleng kepala. Tanganya sibuk mengusik-ngusik hujung bantal peluk yang ada di sofa ruang tamu, matanya seronok menonton cerita yang terpampang di kaca television itu. Sebelum bekerja ke luar negara semula, aku sengaja pulang ke rumah nak jenguk mama dan papa terlebih dahulu. Yalah, jarang sangat aku nak jumpa dengan mereka. Dalam setahun agaknya 3, 4 kali sahaja, bukan nak jadi anak derhaka tapi mengelak dari di tanya tentang bakal isteri. Setiap nampak muka aku, mereka akan ingat berkaitan isteri. Naik pening aku jadinya.

"Lama ek kamu bekerja dekat Mesir?" soal ibunya lagi yang memecahkan kesunyian. Dylan angguk kecil.

"Iyup. Kira-kira dua bulan begitu. Sebab projek ni besar, so Dy perlukan masa yang banyak dan tak boleh rushing." jawab Dylan. Mesir? Iya, memang takdir selalu membawa aku untuk berjumpa dengan Zaara. Tempat yang aku tak pernah terfikir untuk jejaki, tiba-tiba kena offered untuk ambil projek dekat sana. Aneh kan? Kadang aku tak mahu lagi berfikir tentang Zaara, aku cuma menganggap pertemuan ini hanya sebatas kenalan yang biasa. Tapi semakin aku mahu melupakan, semakin rancak juga permainan takdir menarikku.

"Elok lah. Mana tahu kamu jumpa jodoh dekat Mesir."

Dylan menoleh. Puan Zhang memotong beberapa buahan di atas meja makan sempat ekor matanya melirik Dylan sekilas.

"Mama tak kisah kalau isteri Dy nanti beragama Islam?" soalan Dylan penuh makna. Dengan spontanya Puan Zhang menggeleng.

"Kenapa nak kisah? As a human, we need to accept and respect each other. Lagipun kamu kan memang tertarik dengan agama ni jadi mama dan papa tak kisah. As long as you happy loh." Seloroh ibunya. Dylan memutar tubuh kembali menghadap Tv, membetulkan posisi. Seketika dia tersengih, figur yang pertama sekali muncul di benak fikiranya hanya Zaara.

Kasih Zaara (COMPLETED)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora