BAB 16

71 7 0
                                    

MATA Zaara meliar di dalam kelas yang pelajarnya mula berkemas-kemas, mahu keluar. Memandangkan waktu rehat pun sudah tiba. Zaara tidak berganjak dari tempat duduknya, masih duduk di situ sambil membelek-belek kertas. Elias juga buat benda yang sama, masih duduk di hadapan Zaara. Ustazahnya sendiri. Namun renungan lelaki itu berbeza dari pelajar biasanya. Agak tersipu-sipu malu, sekejap dia menunduk. Beberapa saat kemudian Elias akan memandang Zaara semula.

"Kenapa?" Zaara mula menegur. Dalam keadaan matanya masih setia menatap buku di atas meja.

Elias tersengih hingga menampakkan sedikit giginya. Anak mata dia naikkan untuk pandang Zaara.

"Mesti awak dah tahu yang keluarga saya berniat untuk meminang awak." ucapnya. Lembut dan perlahan saja Elias mengutarakan setiap kata-kata yang dia keluarkan. Pastinya ciri-ciri yang ada pada Elias terletak di carta pertama di hati para gadis. Tapi mungkin bukan Zaara perempuan itu. Sebab yalah, sebaik apa pun Elias di matanya namun bukan mudah untuk dia jatuh hati.

"Saya tahu... Tapi, saya tua dari awak. Awak tak kisah?" Zaara balas renunganya. Berharap Elias berfikir dua kali sebelum meminangnya, mana tahu dia malu ada isteri lebih berusia.

Dengan selamba Elias menggelengkan kepala. Lepas itu dia ketawa halus bila Zaara beri pandangan tak percaya.

"Saya tak kisah, sebab itu saya suruh ibu bapa saya untuk meminang awak. I want you. To be my wife."

Oh god! Biar betul? Bibir bawah di ketap oleh Zaara perlahan. Matanya mundar mandir antara Elias dan luar kelas. 

"Saya tahu banyak benda tentang awak, itu pun syaikh ceritakan saya. Saya kagum, dan terjatuh hati walaupun waktu tu saya tak nampak muka awak lagi... " Elias berhenti bercakap seraya menghela nafasnya sekejap. "Dan saya buat keputusan untuk berjumpa dengan awak sendiri. Sebab tu saya sampai ke Mesir. Memang betul apa yang syaikh beritahu... Awak, tidak ubah seperti surah Al-waqiah ayat 23."

Elias mengukir senyuman menatapku. Al-waqiah ayat 23? Maksudnya. Engkau laksana mutiara yang tersimpan dengan baik. Aku terbatuk halus. Aku pamirkan wajah kekok bila dia terlalu memuji ku sampaikan aku tak terkata-kata. Hatiku sudah tak keruan, macam mana ni? Nampak dari raut wajahnya Elias memang bersungguh-sungguh.

Aku tak nak.

"Elias. Saya ada banyak kekurangan, keluarga saya juga bukan kaya raya. Awak tahu kan awak siapa dan saya siapa? Saya tak mahu ada perbezaan antara kita nanti." Aku tahu alasan ini sangat kolot. Umpama aku memberi alasan awak terlalu baik untuk saya. Tapi memang ini lah realitinya, Elias seorang SYEIKH! dia bangsawan Arab. Macam mana aku mahu bergandingan dengan dia? Lagi-lagi dengan usia kami yang agak jauh berbeza. No no no.

"Apa masalahnya? Saya dan keluarga tak kisah pun tentang ini. Bukan semua manusia memandang harta kekayaan seseorang. Saya cuma mahukan awak jadi Isteri saya, saya tahu perbuatan saya agak terburu-buru tapi saya yakin pilihan saya tepat. Awak perempuan yang baik di mata saya." ujarnya.

Hampir mahu tercabut jantung Zaara mendengar ungkapan dari Elias. Bukannya jatuh cinta atau cair meleleh, tapi dia takut. Ini pertama kali dia berhadapan dengan situasi seperti ini. Nak menangis saja tidak Zaara di situ.

"Awak mahu kan? Jadi madrasah utama buat anak-anak saya kelak?"

Zaara mengurut pelipis kepalanya. Hujung matanya mula menakungkan cecair jernih, hendak nangis. Rasa macam tak percaya lelaki belia macam dia boleh meminang seorang gadis dewasa macam aku. Sudah lah ayat-ayat yang dia bagi menusuk kalbu.
Elias, Elias. Apa yang mak kamu makan waktu mengandungkan kamu ni, romantik sungguh.

ZAARA mendengus geram sambil berpeluk tubuh. Raudah ketawa terbahak-bahak di sebelahnya bila tahu perbualan Zaara dan Elias siang tadi di kelasnya. Sesekali dia menepuk tangan, terlalu seronok tengok Zaara seperti orang ketakutan dan kena paksa kahwin.

"Ish. Janganlah gelak." rungutnya.

Raudah angguk-angguk dan mula cuba mengambil nafasnya seperti sedia kala, tarik dan hembus. Dia tatap wajah Zaara, keningnya sudah berkerut lagi bercantum. Mulutnya sengaja dijuihkan, marah dengan usikkan Raudah.

"Sweetnya Elias ni. Kenapa kau tak terima dia? Tahu tak Elias ni tak pernah jatuh hati tau... Kau orang pertama, kira beruntung lah." kata Raudah, Zaara pandang dia ragu-ragu.

"Seriously?"

"Nampak aku main-main?"

"Macam mana kau tahu?" tanya Zaara tak puas hati.

"Eh dia pelajar baba aku dari budak tu kecil lagi. Aku kenal lah dia macam mana. Nampak aku pun nak mengelak aje kerja dia." sambung Raudah lagi.

Zaara menjeling. Dia mula termenung panjang memikirkan tentang Elias, patutkah dia terima? Yalah Elias bukanya tak baik dia ahli agama, hafal hadis dan Al-Quran. Wajah lagi lah, apa kurangnya namanya juga orang Arab. Jarang tak tampan. Tinggi badanya tidak menampakkan dia seperti remaja lelaki berusia 20-an. Erti kata lain Elias cukup pakej tapi tak tahulah kenapa sampai saat ini hati Zaara tidak terusik. Kalau aku terima pinangan dia nampak macam aku desperate nak kahwin pula. Habis itu janji aku dengan Ahsan pula macam mana? 

Zaara menggeleng. Dia toleh ke arah Raudah semula. Raudah naikkan kening sebelah tanda tanya, mahu kah dia terima.

"Aku tak boleh lah Raudah. Aku tak boleh paksa perasaan aku." keluh Zaara.

"Kau nak tunggu Ahsan sampai bila? Kalau dia tak boleh tepati janji, suruh dia lepaskan kau. Walau sakit sekurang-kurangnya tak merugikan kamu berdua. Daripada menunggu tanpa kepastian." nasihat Raudah terus terang. Kata-katanya terus masuk menerpah hatiku. Pedas, tapi itulah faktanya.

"Kalau aku lah kan... Jadi kau. Aku terima pinangan Elias tu, dia kaya dari Ahsan. Bangsawan pula tu, confirm Datin Kairiah putih mata... Dia ingat kau hamak sangat harta kerabat dia? Ish Ya Allah. Geram aku dibuatnya, semoga Allah jauhkan aku daripada Ibu mertua dari neraka macam Datin Kairiah tu." Raudah capai cawanya di atas meja, meluap-luap marahnya bila tahu Datin Kairiah terang-terangan menolak Zaara sebagai menantunya.

"Aku bukan macam tu Raudah. Agak-agaklah. Kita mana boleh balas dendam" balas Zaara, Raudah sudah putarkan bebola matanya meluat dengan Zaara. Inilah jadinya kalau baik sangat, senang orang nak bodohkan dia.

"Dalam Islam pun, kita dibenarkan untuk balas kejahatan seseorang sesuai dengan apa yang dia buat. I don't think my plans is wrong Zaara. Think it twice." ujarnya meyakinkan Zaara, untuk terima pinangan Elias.

Zaara mengeluh sesaat. Perempuan sebaik-baik Raudah pun terfikir untuk membalas dendam tentang perbuatan Datin Kairiah yang egonya terlalu melambung tinggi.

"Biar lah dia. Biar Allah balas perbuatan Datin tu sesuai niatnya pada aku... Allah maha melihat, Dia maha mengetahui. Aku serahkan semuanya pada yang Maha Esa." Wajahnya di hiasi senyuman tulus. Setulus kasihnya pada Ahsan Hilman. Dia tak mahu cintanya terlalu mudah berpaling arah, baginya sekali dia jatuh hati dia pastikan orang itu akan menjadi suaminya. Seseorang yang selayaknya dia berikan cinta yang sungguh-sungguh tanpa mengingkari. Itu dia pinta pada Allah S.W.T moga Dia perkenankan.

"Jadi kau terima pinangan Elias?" Raudah menyoal kembali. Namun pertanyaan itu dia biarkan sunyi. Tak mahu menjawabnya sekarang, beri aku masa untuk menyuarakan apa yang aku rasa kemudian hari.


>Dearest readers, don't be silent. Be supportive. Thank you xoxo.

Kasih Zaara (COMPLETED)Where stories live. Discover now