BAB 17

30 7 0
                                    

"KESIAN tau kau buat dia macam itu." Raudah tunjukkan pandangan kesian sambil melirik arah Elias. Duduk berbual dengan beberapa kawan kelasnya, sempat dia menjeling-jeling aku dan Raudah yang sedang berbual di taman berhadapan dengan dewan.

"Apa yang kesian?" aku jengket kening.

"Kau tolak lamaran dia." sambung Raudah. Aku julingkan mata ke atas.

"Cinta mana boleh di paksa, lagi kesian kalau aku terima dia tanpa perasaan cinta sedikit pun." Mendengar jawapan dariku, Raudah Kehilangan ayat untuk membalas.

Setelah dua bulan Elias menunggu jawapan dari ku tentang lamaranya. Akhirnya aku beranikan diri untuk menolak dengan lembut selembut-lembutnya. Aku tak mahu lelaki sebaik Elias, terasa hati dengan perbuatan ku. Dia berhak dapat yang lebih baik daripada aku.

Semenjak itu, Elias seperti membataskan diri. Tapi biarlah, memang itu yang sewajarnya. Bukanya aku tak tahu pelajar-pelajar dan guru-guru di Ma'had ni riuh dengan gossip yang kononya aku bercinta diam-diam dengan Elias, pelajar aku sendiri. Nasib aku sejenis hati yang kebal, aku tak ambil kisah sangat kalau orang sekeliling bercakap tentang aku.

"Ustazah Zaara."

Spontan kepalaku dan Raudah menoleh arah suara yang menyeruh. Hampir tersedak minuman yang sedikit lagi masuk ke kerongkong bila melihat susuk lelaki yang berdiri tepat di hadapan kami.

"Ahsan?"

Aku pantas bangun dari tempat duduk menuju ke tempatnya.

"Apa awak buat dekat sini?" soalku teruja.

Wajah Ahsan aku tenung. Nampak fresh dia hari ni dengan potongan rambut barunya. Matanya yang agak kuyu itu seperti berbinar di depan cerahnya cahaya matahari.

"Saja nak cuti dari kerja dulu, hilangkan penat. Also saya nak jumpa awak." Ahsan berbisik di ayat akhir yang dia keluarkan agar Raudah tak dengar. Alahai, bukanya Raudah faham pun apa yang awak cakap.

Aku ketawa pendek menatapnya. Keberadaan Raudah aku lirik sekilas. Member tengah main telefon seolah-olah tak nampak aku dan Ahsan sedang berbual. Cerdik perempuan Arab seorang ni, tak suka ikut campur hal aku dengan Ahsan. Tapi kalau tentang Datin Kairiah, dia nombor satu pula.

"Tapi saya tengah kerja. Kejap lagi nak masuk kelas, tak boleh berbual dengan awak lama sangat." kata ku. Ahsan cuma mengangguk kepala sambil senyum ke arah aku.

"It's fine. Saya pun baru datang dari London, terus nak jenguk awak sekejap. I'll meet you tonight yea?" ucapnya.

Aku berfikir sejenak. Boleh ke aku keluar malam?

"Malam tak boleh." aku menolak ajakan Ahsan. Dia ketawa pendek lepas itu dia angguk kepala seakan akur.

"Yelah ustazah saya. Lepas awak kerja kita keluar sekejap ya?" Wajah Ahsan aku tenung sekilas. Dia nampak bahagia hari ni dari hari-lari sebelumnya, senyuman yang dia bagi pun kelihatan ceria tanpa harus di paksa.

Selepas aku mengiyakan ajakanya, mataku tertumpuh ke arah satu figura lelaki yang memerhatiku dari kejauhan. Elias. Iya Elias, dia sedang duduk bersama beberapa orang teman arabnya. Walaupun yang lain sedang sibuk berbual, namun tidak pada Elias.

Matanya yang selalu menatapku dengan kelembutan itu, kini bertukar dengan pandangan yang penuh rasa cemburu.

Ahsan mengikuti pandangan ku yang sedang membalas renungan Elias. Keningnya bercantum kehairanan.

"Who is he?"

Suara Ahsan membuatkan aku menoleh ke arahnya.

"Elias. Pelajar baru saya." tuturku jujur. Ahsan terus menarik nafasnya dalam. Ini lagi seorang, takkan cemburu juga.



"RUPANYA awak tolak pinangan saya, sebab awak sudah berpunya?" Elias bertanya tanpa memandang tepat ke arah ku. Aku tersengih lalu kepala di angguk.

Tak mengambil masa yang lama. Lepas melihat aku berbual dengan Ahsan tadi, Elias mengajak aku untuk berjumpa di library sekejap sebelum sesi belajar bermula. Rasanya dia masih tak puas hati kenapa aku boleh tolak lamaran dia, lepas itu dapat tahu pula sebenarnya aku sudah berpunya. Confirm dia naik bengang.

Tapi kenapa dia nak bengang pula. Tak pernah juga aku bagi dia harapan palsu. Dia sendiri yang jatuh hati.

"Saya kena tunaikan janji saya kat dia."

Keningnya berkerut.

"Janji apa?"

"Saya setuju jadi Isteri dia. Takkan saya nak mungkir janji?"

Ruang perpustakaan yang sepi bertambah hening dengan riak wajah tegang kami berdua. Yang saling berhadapan di meja yang sama. Mungkin orang lain berfikir Elias kerap menemuiku sebab tak mahu berenggang dengan bakal isteri. Walhal yang sebenarnya Elias tak putus asa untuk mendekatkan diri. Nak mengorat lah ceritanya.

"Macam mana kalau dia yang mungkir janji" soalnya tak teragak-agak. Aku tersentak sedikit.

"Mustahil Ahsan akan mungkir janji."

Jawabku dengan yakin. Yalah, Ahsan sudah berjanji akan berkahwin dengan ku. Dia akan tunjukkan kesungguhan dia. Dan aku percaya, Ahsan akan berpegang pada janjinya.

Elias mengangguk kecil. Terlihat seperti pasrah dengan keputusan ku. Raut wajahnya terpampang sedikit kecewa. Rasa bersalah mula timbul dalam hati, tapi nak buat macam mana. Perasaan ini tak boleh di paksa untuk mencintai seseorang.

"Saya faham keputusan awak. Saya tiada hak pun nak paksa awak untuk berhenti cintakan Ahsan atau mungkiri janji dia. Saya tak akan buat semua tu. Sebab saya tahu macam mana rasanya mencintai." ungkapnya dengan suara yang sayup-sayup tanpa memandang ke arah ku.

Aku hanya diam. Masih menanti sambungan dari ayat yang dia hendak ucapkan.

"Tapi... Jangan halang saya untuk berhenti cintakan awak." sambungnya lagi.

Aku menelan air liur sendiri mendengar kata dari Elias.

"If Ahsan doesn't keep his promises, let me know, and I will come for you."

GULP!

Seperti nafasku terhenti seketika bila mendengar perkataan dari Elias. Belum sempat aku mahu membalas katanya, pantas dia angkat punggung dan tinggalkan aku duduk sendirian di sini.

Keluhan berat aku lepaskan. Terasa hati terlalu sesak untuk fikir tentang hubungan sesama manusia.

Perasaan gunda gulanah mula membelenggu hatiku. Di cintai oleh ramai lelaki bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan. Malah hal itu sesuatu yang memalukan buat aku.




"APA yang kau melarut ni?" Raudah membantah. Aku hanya jongket bahu tanda tak tahu.

"Aku terfikir aje." balas ku selamba.

Mata Raudah tak habis-habis menjeling. Dia tak setuju bila aku kata, diri ku tak sebaik-baik perempuan akhir zaman sebab ramai lelaki yang nak masuk line. Salah ke aku cakap? Rasa macam diri sendiri jadi pusat perhatian kaum lelaki saja. Walhal dalam agama terang-terangan hal sebegini di larang.

"Habis itu kau nak cakap Siti Fatimah tu tarik perhatian kaum lelaki?" Dia tanya semula.

Aku bagi pandangan aneh.

"Kenapa pula?"

"Yalah, kau tahu kan sebelum Ali. Ada beberapa sahabat Rasulullah SAW yang datang melamar beliau. Mereka melamar bukan sebab Siti Fatimah menonjolkan diri tapi di sebabkan agama yang ada pada dirinya, lagi-lagi beliau anak perempuan baginda. Semestinya mereka tak mahu lepaskan peluang." tuturnya panjang lebar. Aku sedikit menghela nafas.

"Aku bukan Fatimah Zahra."

"But you're Zaara Aisyah. Kau tak tonjolkan diri tapi Allah hadirkan mereka yang menambat hati kau... Anggap saja ini ujian. Which is, kau kena buat penelitian yang tepat tentang siapa yang kau akan pilih untuk di jadikan Imam dalam hidup kau nanti."

Anak mataku melilau di sekitar bandar raya Mesir yang mamaparkan beberapa kereta lalu lalang. Namun fikiran ku memikirkan hal yang Raudah katakan tadi.

Aku reda. Siapapun yang akan menjadi jodoh ku kelak, aku yakin. Itulah sebaik-baik pilihan Allah SWT.

Kasih Zaara (COMPLETED)Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ