BAB 18

27 7 0
                                    

"KENAPA termenung?" tanya Ahsan.

Aku pandang dia seraya kepala di gelengkan. Lantas senyuman kekok aku berikan supaya dia tak terasa hati.

"Berapa lama awak dekat sini?" soalan Ahsan aku balas pula dengan soalan.

Ahsan letak sudu bersaiz kecil yang di pegangnya tadi. Matanya ke kiri dan kanan, berfikir.

"Seminggu."

"Lamanya. Tak banyak kerja ke?"

Pelik. Selalunya Ahsan seorang yang sibuknya bukan main! Nak ambil satu hari cuti saja pun payah. Ini tiba-tiba cuti seminggu. Baik betul mood dia nak cuti lama sikit.

"Fikirkan sangat kerja memang tak habis lah jawabnya. Saya pun nak luangkan masa dengan awak." Ahsan mengukir senyuman di hadapan ku. Matanya kelihatan sedikit berkaca.

"Don't you want to share anything with me?" Tiba-tiba aku bertanya. Entah lah, hatiku tergerak untuk bertanya soal ini. Sebab terlalu ketara wajahnya yang seakan menyorokkan sesuatu.

Ahsan menatapku dalam. Aku jengketkan sebelah kening, mencuba untuk tenangkan diri dengan renunganya seperti itu.

"You're beautiful."

"Ahsan."

Bila aku berdecit Ahsan terus ketawa kecil. Aku tahu helahnya yang mahu berpura-pura ceria di hadapan ku. Mungkin orang lain akan terpedaya, tapi tidak aku.

Ahsan tundukkan kepala sebelum menatapku semula untuk memulakan kata.

"I want to marry you." nada suaranya perlahan.

"Me to..."

Memang itu pun yang aku mahukan. Berkahwin dengan Ahsan seperti yang kami angankan dari dulu.

"Kahwin lari nak?" soalnya tiba-tiba. Keningku berkerut, bergurau ke apa dia ni.

"Janganlah macam ni. Kita ada keluarga, kita kena bincang elok-elok. Don't rushing."

Aku cuba tenangkan Ahsan. Dia geleng-gelengkan kepala, sambil palingkan wajah.

"Awak tahu mama saya kan? Sampai ke sudah dia tak akan restu kita untuk bersama." ujarnya lagi.

"Tak payahlah kahwin. Senang. Awak turut kemahuan mama awak, she is your syurga."

Walau berat nak teruskan kata, tapi aku kena lontarkan juga. Sebab memang itu faktanya, sampai bila Ahsan nak menolak? Takkan dia nak durhaka dengan mak sendiri di sebabkan seorang wanita saja.

"Buat apa nak turut kemahuan dia? Bukan ibu kandung pun."

Mataku membulat bila dengar balasan dari Ahsan. Apa maksud dia bukan ibu kandung?

"Huh?" hanya itu yang keluar dari mulut ku saat ini.




DYLAN telan air liur kelat. Namun dia teruskan juga mengunyah makanan seperti biasa. Rasa janggal bila di tenung oleh ahli keluarga sendiri.

Anak mata dia naikkan untuk menatap satu-satu. Mereka tersenyum lebar. Seramnya keluarga aku hari ni, apa kena dengan mereka agaknya.

"Mama, papa. Kenapa tenung saya?"

"Pakcik, makcik... Makanlah. Kenapa tak habiskan?"

Dia bertanya dengan penuh kehairanan. Keningnya bercantum cuba mentafsir apa yang jadi.

"Dy... Kamu tak teringin nak kahwin?" soal pakcik Zhang.

"Awal sangat... Dy nak kerja dulu."

Mendengar jawapan itu ibunya terlihat pasrah. Pandanganya seolah-olah menunjukkan kan aku dah cakap. 

"Nak tunggu kerja habis memang tak lah nak habis. Kahwin dulu, kahwin itu penting. Mama papa kamu pun bukan muda lagi."

Dylan menarik nafasnya dalam lalu dihembuskan. Mula lah telinganya bingit mendengar omelan pakcik sendiri.

Chopsticks yang tersemat kemas di jarinya itu di letakkan atas meja. "Ada ke perempuan yang mahukan Dy? Dy sibuk bekerja... Kesian lah wife Dy nanti. kena abai." ujarnya pula.

"Kahwin lah dulu, baru kita tengok... Awak boleh ke tak tinggal isteri kamu lama-lama. Sibuk kerja konon, entah entah tak nak sentuh kerja dah." Isteri pakcik Zhang ketawa terkekeh.

Dylan Lee gelengkan kepala sambil dia tersenyum siring. Belum kahwin lagi dah kena usik, kalau aku dah kahwin agak-agaknya bertambah berat lah usikan mereka.

"Tak apalah... Papa bagi tempoh. Lepas kamu selesaikan kerja di Mesir tu, pastikan kamu dah ada calon isteri. Boleh kenalkan dengan kami sebelum tahun baru cina."

Ibunya angguk kepala, setuju dengan cadangan suaminya.

"Tempoh sebulan tu dah cukup lama untuk Dy cari kekasih hati." sampuk pakcik Zhang.

Dylan menggaru kepalanya seiring rambutnya dikuak kebelakang.

"Ingat cari kekasih macam cari baju?"

"Memang lah tak sama. Tapi try lah cari someone dulu. Kenal-kenal."

Encik Zhang lemparkan senyuman ke arah anak tunggalnya sebelum tumpuhkan perhatian ke surat khabar semula. Dylan lepaskan keluhan halus. Macam mana lah dalam sebulan tu aku boleh date dengan seseorang. Nak tunggu aku yang intro dulu lambat lagi! Lain lah kalau perempuannya Zaara. Seribu kali aku nak tanpa harus berlama-lama.





AKU masih terpinga-pinga. Kurang faham dengan apa yang Ahsan sampaikan tadi.

"She's not my real mother. Sekadar mak tiri aje." kata Ahsan tanpa segan silu membuka rahsia keluarganya di hadapan ku.

Aku berfikir sejenak. Tak hairan kenapa Datin Kairiah terlalu mengurus kehidupan Ahsan. Apa yang Ahsan lakukan tak ubah seperti paksaan semata. Rupanya bukan anak kandung sendiri, sebab seorang ibu akan sanggup berkorban untuk anaknya. Walau duri sekalipun dia sanggup terluka. Dan ciri-ciri ini tidak aku temui di dalam diri Datin Kairiah.

"Jadi... Mana mak kandung awak?" Aku beranikan diri untuk bertanya.

Yalah, sudah alang-alang bercerita soal ini. Tak salah kalau aku bertanya lebih detail.

"Ada je kat London. Mummy saya isteri kedua, and bila isteri pertama which is mama tak dapat beri zuriat. Dia benarkan ayah saya berkahwin sekali lagi. Lepas saja saya dilahirkan, mama ambil saya dari mummy. Kononya mummy tak ada zuriat sehingga sekarang sedangkan saya lah anak mummy yang di ambil secara paksa oleh mama." jelas Ahsan.

Aku terkedu sampai kehilangan kata. Kalau betul lah apa yang Ahsan cerita. Tergamaknya Datin Kairiah merampas seorang anak dari wanita lain, rasa kesian ku pada Ahsan bertambah. Dia seperti dipergunakan oleh mak tiri yang bertitlekan ibu kandung.

Aku gelengkan kepala. Masih kurang percaya. Tiba-tiba Ahsan menyentuh lenganku yang dibaluti kain abaya yang aku kenakan saat ini. Mataku menatapnya perlahan-lahan.

"Selain mummy, awak lah satu-satunya perempuan yang sentiasa faham keadaan saya." ujarnya dengan lembut.

Aku pamirkan senyuman nipis.

"Tahu tak awak sebenarnya beruntung. Sebab awak ada dua pintu syurga... Awak boleh berbakti pada dua-duanya sekali. Mereka sentiasa mendoakan awak. Jangan durhaka pada mama, dia dah besarkan awak. Jasa dia besar juga. Be fair, hm?" aku cuba memujuk.

Orang kata degil seorang lelaki akan runtuh bila dengan perempuan yang dia sayang. Aku cuba lah dulu, kalau dia berlembut. Maksudnya memang betul dia sayangkan aku.

"Awak ni... Baik sangat. Padahal mama bukan layan awak dengan baik pun." Ahsan menjeling.

Aku menghela nafas yang panjang.

"Biar orang yang jahat. Kita tak boleh. Dah habiskan makanan tu." aku sengaja mengubah topik supaya Ahsan tak berlarutan dengan fikiran dia yang sedang bercelaru. Ingatkan jadi anak tunggal tak ada masalah, rupa-rupanya berlambak lagi ada lah.

Kasih Zaara (COMPLETED)Where stories live. Discover now