BAB 19

22 8 0
                                    

"ASSALAMUALAIKUM!"

Aku letak bagasi sendiri di tepi tangga rumah. Mataku melilau mencari kelibat abah dan ummi.

Sunyi nau rumah, selalunya pintu rumah sentiasa terbuka. Mesti abang Im dan Rabiatul riuh serumah. Tapi kenapa hari ni sunyi saja, kemana mereka?

"Abah, ummi. Zaara datang ni." Aku kembali teriak. Dan masih hening, tiada sahutan.

"Zaara oi."

Aku toleh belakang, mak limah menyapa. Jiran rumah kami yang datang seiring dengan senyuman lebarnya.

"Mak limah. Mak limah Sihat?"

Apa? kau orang ingat aku nak tanya dia tengok Akademi Fantasia ke? Kebetulan nama pun nak dekat sama dengan Hantu Kak Limah kan.

Aku bukan apa, saja lah bertanya hilangkan kekok sesama sendiri. Kebetulan mak limah ni memang baik orangnya.

"Alhamdulillah sihat. Baru balik dari Mesir ke nak?"

"Ha'ah mak limah. Dapat apply cuti selama tiga hari je... Sebab tu bergegas balik kampung. Ni orang kat rumah mana ya? Sunyi je." Aku mula bertanya pada mak limah. Kut kut dia tahu, dia kan selalu duduk depan tingkap mesti dia nampak ke mana ummi abah pergi.

"Mereka ada buat sedekah dekat surau tu. Baru aje nak mula, Zaara boleh pergi sana." cadang mak limah. Ikutkan hati aku nak ke sana tapi tak selesa bila bertemu dengan ramai orang, lagi-lagi baru saja sampai dari Mesir. Jetlagged pun belum hilang lagi.

"Tak apa lah mak limah. Penat sangat hari ni, Zaara tunggu ummi abah je kat rumah." balasku sambil membalas senyuman mak limah. Dia mengangguk-angguk kepala.

"Yelah... Kamu rehat lah dulu. Mak limah nak balik juga ni."

"Hati-hati mak limah." sapaku. Anak mataku mengekori kelibatnya yang mula menaiki tangga rumah miliknya.

Lepas dari itu aku pun rebahkan punggung di kerusi yang tersedia di beranda rumah. Penat dan haus! Tapi nampak gayanya aku kena bertahan dulu di sini berjam-jam. Kunci rumah mana ada kat aku jadi terpaksa lah aku tersadai kat luar macam ni.

Baru saja aku mahu lelap-lelapkan mata. Telingaku terdengar bunyi motor yang seakan menuju ke sini. Mungkin abang Im?

Badan aku tegakkan. Senyuman ku terukir lebar. Memang abang Im orangnya, mungkin dia nak ambil barang kut.

"Abang!" Dengan cepat aku menyapa. Pantas dia buka helmet yang tersarung di kepala sambil senyum ke arah ku. Wajahnya terpampang keterujaan.

"Zaara! Kenapa balik tak bagitahu?" Dia bergegas turun dari motor.

Aku salam tangan dia perlahan lalu wajahnya aku pandang. Makin berisi! Senang hati agaknya.

"Saja nak buat surprised."

"Last-last kau yang kena surprised. Padan muka."

Ejek abang Im. Aku mencebik halus. Gerak gerinya aku perhati, nampak macam kalut sangat.

"Abang Im balik terus ke atau nak ambil barang aje?" soalku sambil kejar pergerakanya yang kehulur dan kehilir.

"Abang nak ambil barang aje ni lepastu pergi surau balik. Kebetulan ummi abah bagi sedekat kat sana, jom lah ikut sekali." Aku bulatkan mata bila dengar ajakan abang Im. Memang tak lah nak ikut ke surau sekali, dah lah baru pulang dari negara jauh lepastu kena berhadapan dengan orang kampung pula tu. Segan!

"Tak nak lah. Zaara tunggu sini." Aku duduk semula dan abang Im pandang aku tak percaya.

"Serius lah tak nak ikut?"

Aku geleng.

"Nanti ummi abah tanya macam mana."

Aku diamkan diri tak menjawab. Sibuk termenung. Tengah berfikir-fikir nak ikut ke tak.

"Dah jangan termenung. Sini!" Spontan tanganku di tarik perlahan oleh abang Im supaya aku ikut dia. Mahu tak mahu, aku kena lah ikut, dah dia heret macam heret budak-budak. Kurang asam punya abang!

"AWAK rupanya lelaki cina yang berkenalan dengan Zaara tu kan?" Raudah bertanya dalam bahasa inggeris. Senyuman dia paparkan pada Dylan yang berdiri di depan.

Dylan angguk. Senyuman itu dibalasnya.

"Iya." Dylan tertawa pendek sekejap. "Boleh saya berjumpa Zaara?" Kembali dia menuturkan soalan.

"Zaara tak ada. Dia ambil cuti sekejap, dia pulang ke kampung."

Dylan mengeluh kecil, suasana Ma'had yang riuh itu di pandanganya sekilas.

"Awak nak nombor dia? Or alamat kampung ke?" Raudah jengketkan kening tanda tanya.

"It's alright. Saya pun tak nak ganggu waktu dia bercuti ke kampung. Terima kasih sebab bagitahu." Dylan mengukir senyuman kecil seraya kepala di anggukan.

Raudah hanya memberi senyuman yang sama. Kelibat Dylan yang mula beransur pergi dia perhati saja dari jauh. Herlok juga lelaki ni, sesuai dengan Zaara. Kalau nak di bandingkan dengan pilihan hati Zaara. Kalah jauh. Raudah geleng-geleng kepala bila tak sengaja membandingkan Dylan dan Ahsan. Dia hanya mampu selitkan doa agar Allah memberikan yang terbaik untuk kawan karibnya itu.

Dylan kuak rambutnya ke belakang. Sesekali dia bercekak pinggang di depan kereta sewa miliknya. Nampaknya aku memang tak ada jodoh dengan Zaara. Please move on Dylan!



AKU hanya tundukkan pandangan sambil menguis-nguis jari di bawah meja. Tak selesa bila ada sepasang mata sibuk memandangku dari jauh.

Isyraf. Ya, dia. Dari tadi duk curi-curi merenung sampaikan buat aku tak selesa nak duduk di sini walaupun bersebelahan dengan ummi.

"Ingatkan Zaara dah ambil cuti panjang sikit. Boleh kita buat doa selamat juga." ujar abah menghilangkan lamunan panjangku.

"Cuti tiga hari je abah. Lepastu ke Mesir balik, hari tu kan Zaara ada janji nak pulang kejap." balasku pada abah yang sedang duduk di hadapan.

Kerja dah selesai kat sini, kenapa tak bergegas balik lagi ni? Orang dah lah penat. Kena menghadap ramai orang pula tu, help!

"Kak... Bau kau dah macam orang-orang Arab."

Tiba-tiba Rabiatul berbisik di sebelah. Pantas aku bagi dia pandangan tajam.

"Tch. Diam."

Rabiatul menjuihkan bibirnya tanda mengejek. Itulah kerja dia, ada saja nak mengusik aku. Apa masalahnya kalau bau orang-orang Arab sekali pun, wangi apa.

Mataku sekilas memandang satu figura yang aku cukup kenal. Lama tak bersua muka dengan dia. Haikal, nama diberi. Anak angkat ummi dan abah, dia juga ahli masjid ni. Sepatutnya aku ada seorang lagi adik lelaki berusia sama seperti haikal, yang tak kurang dalam lingkungan 18 tahun. Tapi, Allah lebih menyayangi dia. Dan kami sekeluarga pun sudah redha atas pemergianya. Aiman Alzahari, tunggu kami di sana nanti.

"Sihat kak?" Dia menyapa. Aku tunjukkan senyuman senang.

"Alhamdulillah." Belum sempat aku mahu bertanya semula, Haikal berlalu pergi dari depan ku menuju ke tempat lain. Sifatnya masih tak berubah, suka berpura-pura sibuk padahal tak buat apa pun.

Perlahan Rabiatul mendekatkan diri dengan aku. Ni mesti nak mengusik lagi.

"Kak... "

Aku menoleh ke arahnya.

"Warna baju kau orang berdua sama lah, warna hijau." Rabiatul ketawa terkekeh-kekeh. Kan dah kata tadi! Kalau dia yang bersuara mesti nak usik orang.

Warna baju kami sama?

Aku pandang baju Isyraf yang Rabiatul maksudkan. Ah sudah, kenapa dia nak guna hijau juga? Tak ada warna lain ke dia nak pakai.

Kasih Zaara (COMPLETED)Where stories live. Discover now