truth

40 2 0
                                    

Emylia membayangkan menu makan malamnya sambil menuruni anak tangga. 'Apricot walnut chicken , wellington beef steak ke roasted oyster ? dan untuk dessert, creme brulee or coconut panna cotta ?'

Ikutkan anak tekak memang teringin juga tetapi nasi panas panas , ikan rebus goreng , pucuk paku masak lemak ditambah sambal belacan lebih menggiurkan. Kalau masuk bertanding tak impossible boleh kalahkan hotel 5 star Michelin. Marvellous. Emy berani kerat jari, chef kiss.

Nampaknya bernasi arab mandy ayam kita malam ni. Urmm sedap pair dengan air sirap selasih pula tu. Okay cun ! mereka berdua ni normal. Tidaklah seperti dalam drama melayu pukul 7 tu.

Asalkan rumah besar gedabak , pangkat dato , tan sri , breakfast ke lunch mahupun dinner semua dihidangkan fresh orange dan makanan western. Seperti tiada modal lain , selera mat saleh tapi muka jawa ori, oh minta simpang 44 malaikat. Ceh.

Emy tundukkan kepalanya sedikit memberikan tanda hormat. First impression lah katakan walaupun family members sendiri. "Duduklah emy, jom makan" kata baba. Dia mengangguk dan mengangkat kerusi dengan penuh tertib.

"Emy makan kan nasi arab? Ni je rezeki malam ni , baba tak sempat nak order macam macam untuk sambut anak kesayangan papa ni balik." Emy pula berseloroh,"eh takpe la baa , emy telan je semua, asalkan benda boleh dimakan dan halalan toyyiban hehe."

"Eh emy ni manusia jadian ke apa ? Semua benda dilahapnya , takut abang Im dengar hahaha" ketawa kecil kedengaran dihalwa telinganya. Manly voice gitu.

'Sekejap, hmm abang Im? Arif imran. Imran. Im. nak kena panggil dia macam tu ke start dari sekarang ? interesting tapi tak tipu , dia perlu menyesuaikan diri dahulu dengan keadaan surrounding yang berubah total 360. Eh 360 putar semula kepada kehidupan asal so 270 degree should be correct la kan ?hehe'

Tengok rumah pun sudah terkejut beruk apatah lagi tiba tiba ingin memanggil seseorang yang boleh dikatakan 'stranger' dengan panggilan abang , oh of course no.

Pandai jugak dia ni berjenaka, ingatkan sejenis lelaki yang hanya reti control macho , berpakaian full suit tuxedo 24/7 sampai takde pyjamas langsung. Emylia membalas kata kata abangnya itu hanya dengan sekuntum senyuman yang tersipu malu. Sebenarnya tak malu sangat pun tetapi lebih kepada canggung ! Erk.

Emy memberanikan diri untuk bertanya , "so , how about unfinished story earlier ? Ada sambungan tak ?" Tuan zikri hilmi. Ya , emylia irdina binti zikri hilmi. Itulah nama sebenar babanya. Mungkin ada pangkat di hadapan nama babanya mungkin juga tidak. Dia tidak mengambil pusing akan hal itu.

Bagi emy, gelaran hanyalah gelaran dan tidak boleh dibawa mati. Tempah batu nisan nanti bukannya ada dato, datin, yb, Ir , Dr fulan meninggal pada sekian sekian pun. Hanya lah tinggal nama sekadar nama sahaja berbin dan berbintikan ayah.

Tuan zikri terpempan sejenak. Dia memandang tepat ke dalam mata berwarna hazel milik emylia sambil menghela nafas yang boleh dikatakan agak berat ?.

Baba letakkan garfu dan sudu ke atas meja. "Look he's your brother, 8 tahun beza dengan emy. Sebelum ni baba yang besarkan emy , exactly dekat rumah ni juga sampailah emy umur 4 tahun."

"Orang kata disangka panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari. To be frank , something happened dengan company. Life baba memang terumbang ambing masa tu. Lagi lagi dengan ketiadaan mama di sisi sebagai penguat semangat baba."

Tuan zikri mengambil nafas panjang sebelum menyambung tutur bicaranya. " But it doesn't mean I'm abandoning you tapi baba rasa emy patut menjalani kehidupan dengan keadaan sekeliling yang baik dan tenang."

"Baba tak nak emy terlibat dengan semua kacau bilau ni , I'm afraid it will interfere your growth and emotion . That's why baba hantar emy balik tinggal dengan nektom."

Emy setia menadah telinga. Dia mendengar dengan penuh khusyuk dan menanti segala bait patah perkataan yang keluar daripada mulut babanya.

"As for your abang im pula.."

mimpiWhere stories live. Discover now