dewasa

16 1 0
                                    

Emy sudah lama habis spm. Alhamdulillah dia berjaya mendapatkan 10A sepatutnya 11 tetapi seperti biasa musuh tradisinya, additional mathematics memang merosakkan jiwa dan raga. Bercinta betul ! Physic dan mathematic biasa boleh pula A. Huh.

Long story short , emy diterima masuk ke universiti yang dikira antara tempat pengajian yang paling terkemuka dan tertua iaitu di Universiti Malaya. Selepas menghabiskan pengajian dia peringkat asasi , dia menyambungkan pengajian di dalam bidang architecture.

Alia pula melanjutkan pelajaran ke UPM. Bakal doktor lah katakan. Syafiq pula di upnm sebagai seorang kadet di bawah jurusan engineering manakala zafran pula , pismp atau dikenali sebagai program ijazah sarjana muda perguruan di IPG Batu Rakit sebagai bakal guru sekolah rendah.

Nampak semua seperti tercampak jauh jauh. Sorang ke laut , sorang ke pulau, sorang ke hutan. Hakikatnya mereka selalu sahaja 'open table' di cafe, picnic tepi sungai atau di rumah sesiapa sahaja yang menjadi mangsa port lepak. Apabila sudah berjumpa , sorang sorang tidak mahu kalah kalau bercerita. Sembang seperti nampak gajah terbang.

Lebih lebih lagi si zaf dan syafiq tu. Betul lah orang kata , lelaki ni kalau sudah mula bergossip , mengalahkan gadis gadis di luar sana. Ditambah dengan snack dan dessert seperti cromboloni dan dimakan bersama secangkir cawan hot chocolate. Semakin bertambah tambah panaslah ceritanya.

Baba alhamdulillah dengan business semakin maju. Abang im pula single terlajak perahu. Umur sudah menjangkau 33 tapi batang hidung girlfriend pun tak nampak.

Oh selepas belajar, emy 'cuba nasib' memohon kerja sebagai architect di salah sebuah company terkemuka di Malaysia. Kenapa mencuba nasib ? Berpuluh puluh ribu manusia yang memohon di syarikat ini saban tahun. Prosedur pemilihan juga agak ketat. Mengalahkan pelajar yang ingin masuk ke Harvard.

Sebelum memasuki dan bekerja di sini , setiap calon terlebih dahulu perlu menjalani pelbagai lapisan ujian sehinggalah temu duga berlangsung pada peringkat akhir. Kemudian, barulah seseorang tersebut akan diterima masuk ke dalam syarikat ini.

Syarat yang dikenakan juga bukan calang calang. Hanya yang cekal dan memenuhi kriteria sahaja yang boleh memasukinya. Mungkin ingin menjaga standard dan jenama syarikatnya yang gah. Bukan sahaja di negara ini malah turut berjaya menarik minat pelanggan dari serata dunia seperti Perancis , Arab Saudi , Jepun dan juga negara negara serantau.

Tidak hairan lah mengapa setiap graduan architecture pasti akan memasang impian untuk menjadi salah seorang kakitangan di sini.

Today is the day ! A.I. LEGACY. Singkat namun berpengaruh. Siapa sahaja sangka , emy akan berdiri di hadapan sebuah bangunan yang gah dan tersergam indah. Memang cita citanya dari dulu untuk menjejakkan kakinya di sini.

Ibarat mimpi menjadi nyata. Tika dan saat ini emy berasa seperti berada di awang awangan. Mengalahkan macam nak jumpa dengan buah hati. Boyfriend pun takde masalahnya ! Bismillah , fuh fuhh may Allah ease everything for me , amin ya rabb.

Setelah dua jam berlalu , akhirnya emy menapak keluar dari binaan separa konkrit separa kaca itu. Emy membuat panggilan telefon kepada tuan Zikri.

"Hello , baba ada dekat rumah ke sekarang ?" "Yea, im having a lunch right now, dah habis interview ke? Want have someone to catch you up? Pak Hamid boleh datang ambil."

"No worries ba , emy nak pergi suria klcc sekejap tengok gift untuk Alia. Next week birthday dia lepastu emy wanna have some chit chat dengan zaf. Cafe area situ je juga."

"Dinner nanti emy sampai. Hm result interview tu pula assistant dia kata akan keluar esok, tapi paling cepat malam ni. Okay ba , see you when I see you. Love you"

Sambil ber'window shopping' dalam mall tu emy cuci cuci mata. Zaf pun ada temankan emy lepas lunch tadi. "Zaf , jom tengok Pandora tu". Zafran ikut sahaja jejak langkah emy , biasalah perempuan. Dah 20 kedai yang masuk pun tiada yang berkenan lagi.

Sebut sahaja kedai apa yang belum. YSL ke Louis Vuitton, Christy Ng even charles n keith dan Jimmy choo kegemarannya pun sudah dijajak. Harap kali ini Pandora berjaya menarik minat budak emy ni. Let's go.

mimpiWhere stories live. Discover now