hidup

18 2 0
                                    

Loceng berbunyi menandakan bermulanya rehat pelajar tingkatan 5. Syafiq aqil, Adam Zafran , Emylia Irdina dan Alia Iman duduk di meja batu tepi koperasi sekolah.

Mereka berempat memang selalu bersama. Kalau ada group project pun memang muka empat orang ni sekumpulan. Kadang kadang orang kata mereka ni double date , tak kurang juga pick me girl.

Biarlah mereka dengan tanggapan sendiri , asalkan emy bahagia. Bagi emy , kawan dengan ramai lelaki lebih menarik. Bukannya dia tidak mempunyai kawan perempuan tetapi golongan XY ni lebih tenang , tidak banyak drama , true friendship .

Lagipun dirumahnya , hanya dia seorang sahaja sekuntum bunga melati dikelilingi baba seekor kumbang dan abang im seekor serigala jadian. Biarpun dia tidak boleh ikut join kaum ni pergi solat jumaat hahah.

Bukan jenis depan puji ibarat berlian bersudut genting rendah apabila dipancar cahaya ia akan bersinar sinar .Eh fizik, tetapi dibelakang mengata tak sangga orang Kedah kata. Ibarat dunia ini ana yang punya. Ceh pijak semut pun tak mati. Bercakap daripada pengalaman emy ya.

"Minggu depan spm ni. Dah buat revision ke?" tanya syafiq. "Revision apanya , kelas macam tak ada hari esok , kelas online pun sampai malam, ada masa balik pun tido dan makan je. Esok pergi sekolah sambung belajar. Boleh la, baca sikit sikit untuk subject yang depan depan ni." kata emy.

"Takpelah , kena yakin semua usaha yang kita buat ni ada hasil akhirnya. Nanti naik pentas kita nangis sama sama. Aik alia senyap je ? budak pandai mesti relax macam tak ada apa kann." Zafran menyampuk.

"Memandai kau je Zaf. Aku pun risau juga ni. Hm esok dialog prestasi, parents datang ke?" alia mencantas.

"Datang!" Jawab mereka bertiga serentak kecuali alia. "Oh" pendek sahaja.

"Eh kenapa ? Parents kau tak datang ke ?"tanya emy si makcik kepochi sentiasa. "Parents apanya , mommy dan daddy aku... " terhenti sebentar tutur katanya. Seperti ada pekung di dada yang mengikatnya daripada meneruskan bicara."Parents aku sebenarnya dah lama takde." mendatar sahaja nadanya.

"Pergi mana? Paris ke?" tanya zafran. "Eh kau ni zaf , nak kata tak bijak , bijak. Kadang kadang aku terfikir macam mana kau boleh jadi top scorer dekat sekolah ni. Otak Albert Einstein tapi hakikatnya kita orang je yang tahu betapa lurus berbendul bendulnya kau ni tahu tak?" Jerkah emy.

Ada ke dia tergamak berkata begitu. Nasib kawan, kalau tidak alamatnya emy pelangkung dah mamat sorang ni. "Sorry Alia, aku tak pernah tahu pun. Kalau tak keberatan boleh aku tahu kenapa ?" prihatin.

Bagi emy dia berkawan bukan kerana harta. Dia tidak kisah mereka berstatus b40 atau t20 bahkan anak Elon musk sekali pun , dia tidak kisah. Emy ikhlas berkawan dan tiada istilah pilih bulu walaupun ayahnya seorang pemilik syarikat.

Hakikatnya, dia tidak pernah berbangga atau bermegah dengan kehidupannya, malah dia tidak pernah pun bercerita tentang kemewahan diri. Biarlah ia menjadi rahsia. Kata kata emy yang ketiga, low profile never lowered your standard as a person ha gitu.

"Mommy dengan daddy meninggal sebab kemalangan maut. Dulu, aku duduk rumah kebajikan under JKM. Siblings pun takde. Hidup aku kosong. Sampai lah aku tingkatan 3 , sepupu aku ambil dan jaga aku. He's 10 years older than me. Bila nak kahwin pun tak tahu lah"

"Lepas je dia dapat kerja , dia lah yang jaga aku , makan pakai aku , pengganti mommy dan daddy. Mak ayah dia pun meninggal awal juga , same reason kemalangan cuma berbeza tahun dan tempat."

" It's okay la emy, zaf , sya. Aku okay la lagipun masa tu aku baru 5 tahun tak banyak memori sangat pun." alia tersenyum kelat. "Oh nah emy" sambil hulurkan sebuah kotak kecil.

"Apa ni ?" Emy menyoal. "Buat buat tak tahu pula , hadiah birthday la minggu lepas kan." "Alah , menyusahkan kau je la Alia, tak payah pun takpe." "Ambik je bracelet ni, ikhlas dari aku , entah kita tak jumpa dah?"

"Ahhh thank you sayang kau , gorgeous!" Ada nama terukir emylia pada silver plate itu. Ha , zaf aku nak bag Charles n Keith, untuk syafiq pula aku nak heels from Jimmy Choo , boleh ?" Emy bergurau sahaja. Dia tahu rakan rakannya terlebih mampu. Namun, dia bukan seorang yang materialistik.

Jauh sama sekali. Kalau dapat satu chocolate bar pun , dia sudah cukup bahagia. Bukan harga yang ditiliknya tetapi harga sebuah keikhlasan dan juga sebuah ikatan persahabatan.

Saja nak beritahu , masa spm baba datang jadi supporter dan join bacaan yasin di sekolah setiap pagi tau. Demi anak perempuan tercinta baba sanggup tak masuk morning meeting company. Hugs!

Hari berganti hari , bulan berganti bulan dan tahun juga bersilih ganti..

mimpiWhere stories live. Discover now