BAB 22

18 8 0
                                    

"KAK..."

Rabiatul memanggilku di sebelah. Aku hanya mengemkan sahutanya itu tanpa memusingkan badan untuk baring menghadapnya.

"Kenapa akak tolak pinangan Isyraf?" soalnya. Aku menarik nafas panjang.

"Tak suka."

"Dia kan tahu agama, sesuai dengan akak."

Aku julingkan mata ke atas. Pandai pula dia nak bahas-bahas tentang pinangan sekarang ni eh.

"Kalau kau suka, kau aje lah kahwin dengan dia." selorohku. Dapat aku dengar Rabiatul mendengus geram.

"Not my taste lah kak."

"Habistu, taste kau macam mana?" Aku pula menyoal.

Walaupun jarak usia aku dan Rabiatul agak jauh. Tapi itu bukan menjadi penghalang untuk kami berbuka cerita satu sama lain. Usianya juga sudah hampir masuk ke fasa dewasa, jadi tak masalah kalau kami bercerita tentang hal ini.

"Mualaf man." jawab Rabiatul dengan selamba. Aku terus berpaling menghadap dia.

"Apa kau kata?"

"Lelaki mualaf." ulangnya sekali lagi. Lantas aku tunjal dahi dia perlahan.

"Mengada nak mualaf."

"Sakit lah! Ish apa salahnya? Kalau dah jodoh kan." Rabiatul mula senyum seperti kerang busuk. Ya Allah budak ni, yang bukan-bukanlah lelaki idaman dia.

Nak ada suami mualaf bukanya senang. Pastikan dia masuk Islam dengan kerelaan hati sendiri, bukan di sebabkan perkahwinan semata.


CEPAT masa berlalu. Baru saja kemarin aku habiskan masa di Kampung. Dah hari ni jejak kaki semula ke Mesir, rindu dengan karenah keluarga kat sana. Tapi nak buat macam mana kerja tetap kerja.

Raudah pun satu hal. Dia dah tahu Mesir ni dah lah sesak. Lagi-lagi waktu pagi macam ni, kenapa lah dia tak datang awal sikit. Tak pasal-pasal aku kena duduk dekat Cairo international airport ni seorang diri. Dah lah aku penat!

Ahsan pun satu hal. Sejak dari hari tu, dia mula diamkan diri. Mesti merajuk punya pasal, dia ingat yang aku ni saja-saja reka cerita sebab nak cemburukan dia supaya dia datang masuk meminang cepat. Lahai apalah nasib kau Zaara.

PIN! PIN!

Spontan aku alihkan pandangan ke arah kereta yang baru sahaja tiba. Panjang umur perempuan Arab seorang ni, baru je mengata fasal dia tadi.

Mengata yang baik-baik aje pun.

Aku aturkan langkah menuju pintu sebelah driver.

"Ahlan wa sahlan bi'udatak (welcome back)" Raudah menyapa.

Aku hanya balas sapaanya itu dengan senyuman lebar. Sebelum labuhkan punggung, sempat aku letak beberapa beg di seat belakang.

"Maaf lambat. Jalan sesak tadi." kata Raudah.

"Kau dah tahu jalan selalu sesak, kenapa tak datang awal?" rungut ku sambil gapai tali pinggang di sebelah, nak pakai.

"Lewat bangunlah... Aku bukanya macam kau. Cuti boleh rehat sikit... Kerja aku berlambak, nak bangun pun payah."

Aku hanya diam bila Raudah mula luahkan rasa penatnya bekerja tanpa henti. Walaupun dah balik rumah, masih sibuk untuk periksa buku dan uruskan surat menyurat sekolah. Bukan mudah, tapi memang sudah itu tanggungjawab seorang guru.

Tanpa balas apa-apa aku cuma menyepi. Mataku sibuk melihat pemandangan dari dalam kereta. Tambahkan otak aku fikirkan pasal Ahsan. Aku tak nak fikir pun, tapi kerap dia menyapa minda.

Kasih Zaara (COMPLETED)Where stories live. Discover now