Sayang Thaqif!

228 42 23
                                    

Kata sepakat telah pun diterima. Kali ini, Wasim dan Khaleeda telah bersedia untuk menimang satu lagi cahaya mata. Bukan itu sahaja, permintaan Thaqif untuk menjadi seorang abang menjadi pemangkin untuk mereka berdua untuk meneruskan usaha supaya permintaan Thaqif dapat dilaksanakan!

"Abah, umi, bila saya boleh jadi abang?"

Wasim dan Khaleeda memandang sesama sendiri. Dua-dua dengan mata terbuka luas. Soalan yang sangat tak dijangkakan!

"Abah dengan umi akan usahakan. Apa yang kamu perlu buat sekarang, doa kepada Allah supaya kamu dapat adik tak lama lagi. Lepas tu, doa juga yang kamu dapat jadi abang yang baik untuk adik. Boleh?" Kepala anaknya digenggam. Seringai ditarik lebar. Soalan itu membuatkan semangatnya untuk menambah lagi seorang anak semakin berkobar-kobar.

"Yey! Saya akan doa hari-hari setiap kali lepas solat! Saya akan doakan yang umi akan dapat mengandung! Yey~! Happy nya saya!" Thaqif melompat-lompat. Semakin teruja dia bila abah bersetuju untuk memberikannya adik.

Wasim memandang Khaleeda. Sengaja kening dijungkit berkali-kali, cuba berkomunikasi melalui riak wajah. Thaqif tak tahu yang kita setiap malam berusaha. Ye dok, Ida?

Respon Khaleeda cuma senyum kecil dengan muka yang kemerahan. Jari cuba mengepit riba suaminya. Malu apabila dirinya diusik oleh Wasim.

Wasim bangun dan menggeliat. "Jom, along. Kita solat jemaah dekat masjid."

"Along?! Abah panggil saya along!" Mata bulat Thaqif merenung abah dengan gembira. Dia mula terloncat-loncat. "Saya dah jadi along! A.L.O.N.G. Along!" Thaqif mula menyanyi-nyanyi. Tangan abah digenggam dan digoyang-goyangkan, sambil mereka berjalan berpimpinan tangan ke masjid.

Dia tergelak. Geli hati melihat gelagat Thaqif yang sudah seperti kera mendapat pisang. Bahagia betul. Pintu pagar ditutup. Sempat memesan pada Khaleeda supaya mengunci semua pagar rumah ketika dia dan Thaqif ke masjid.

"Abah, macam mana umi boleh mengandungkan adik?"

Terus mati langkah Wasim. Jangan kata dah tiba masanya? Thaqif kecil lagi. "Bila umi dengan abah bercampur, maka terhasillah adik."

"Macam mana umi dengan abah bercampur?"

"Hm..." Wasim pejam mata sambil berkerut kening. Sengaja pamer riak berfikir. "Jawapan tu susah abah nak jawab sebab nanti kamu akan belajar sendiri bila kamu dah besar."

"Saya kan dah nak jadi along? Saya belum besar lagi ke, abah?"

"Belum. Kamu belum baligh lagi. Salah satu tanda kamu dah baligh, suara kamu berubah," jelas Wasim dengan sebaik mungkin, dan menyimpan apa yang belum patut Thaqif ketahui. Tangan Thaqif dicapai. Perjalanan ke masjid diteruskan.

"Abah..."

"Saya?"

"Abah sayang umi?"

"Sayang sangat."

"Abah sayang saya?"

"Thaqif anak sulung abah. Mestilah abah sayang sangat. Kenapa kamu tanya?"

"Saya ada kawan. Dia selalu kata abah dia tak sayang dia. Dia selalu nampak abah dia pukul umi dia. Kesian dia. Bila saya cerita yang abah tak pernah pukul umi, dia tak percaya," spontan mulut becoknya membuka cerita.

Aib tu, anak oi~ Semua cerita rumahtangga diceritakan. "Lepas tu, kamu cakap apa?"

"Saya cakaplah, abah ajar saya, perempuan perlu dilindungi. Bukan disakiti."

Waa... pandainya anak abah! Mata mula terasa panas. Dia sebak. Anak aku dah besar. "Nanti Thaqif nasihatkan kawan Thaqif, jangan ikut apa yang bapak dia buat. Suami mendera isteri satu dosa besar. Cakap dekat kawan Thaqif, sayang mak dia betul-betul. Jangan tinggalkan mak dia sendirian."

"Saya cakap macam itulah dekat dia, abah. Lepas tu, dia ikut. Setiap kali abah dia cuba pukul umi dia, dia menjerit minta tolong dekat jiran."

Shit. That is so sad. Batang hidung mula terasa pedih. Sedih apabila mengenangkan ada kanak-kanak yang terpaksa membesar dalam situasi yang sangat sukar. "You've done your job very well, along. Abah is very proud of you. Lepas ni, along kenalah selalu berkawan dengan dia. Selalu nasihatkan dia. Apa yang abah cakap dekat kamu, kamu sampaikan sekali dekat dia. Boleh?"

"Boleh!" Thaqif mengangguk laju sambil menarik senyum lebar.

"Thaqif..."

"Saya, abah." Wajah sayu abah dipandang.

"Terima kasih sebab jagakan umi untuk abah bila abah tak ada dekat rumah. Abah harap, kamu boleh tolong abah jaga umi sampai bila-bila..." mata yang panas tadi mula menghasilkan air yang akhirnya jatuh sebutir ke pipi. Entah kenapa, apa yang baru dituturnya sangat menyentuh perasaan jiwa.

"Sama-sama, abah! Saya akan jaga umi dengan adik sampai bila-bila. Saya nak jadi anak yang soleh! Anak yang soleh dapat masuk syurga." Seringai besar tertarik lebar. Tangan abah terus digoyang-goyangkan sambil menarik sekali abah untuk terus berjalan menuju ke masjid.

Wasim hanya menurut. Tak sedar yang air matanya semakin laju berguguran ke pipi sehinggakan air mata mula mengaburi pandangannya. Tangannya yang dipegang Thaqif ditatap lama. Hidung mula terasa sukar untuk bernafas. Ya Allah... aku bersyukur Ya Allah. Aku bersyukur... Alhamdulillah.

Thaqif menoleh apabila mendengar esakan perlahan dari belakang. "Abah menanes?"

Wasim menunduk cuba mengelakkan wajahnya dari dilihat Thaqif. Dia mengangguk. Kemudian mukanya yang kemerahan diangkat. Senyum cuba ditarik. "Sikit." Kaki bertinggung di hadapan Thaqif. Lengan anaknya terus ditarik rapat kepadanya. "Thaqif..."

"Saya, abah?"

"Terima kasih sebab jadi anak yang soleh. Abah sayang Thaqif."

Thaqif senyum. "Saya pun sayang abah!"

___________________________________________________

call me overdramatic, but i can't stop crying while typing this chapter. Sampai skrg sobbing. It hurts me so much. I dont know why....

Sayang Ida! [C] OneshotWhere stories live. Discover now