BAB 25

26 9 0
                                    

"DYLAN." Giliran aku pula sapa dia. Senyuman nipis aku tayang.

"Here's your Americano." Satu cup di hulur ke arah ku. Aku tak tahu pun dia nak pergi beli kopi, katanya nak pergi toilet je tadi.

"Thanks." Kopi itu aku sambut. Sempat minumanya aku lirik. Americano? Bukan ke dia suka kopi latte.

"Kebelakangan ni lidah saya ketagih dengan kopi hitam." ujarnya. Aku ketawa halus, macam tau tau je aku tanya dalam hati tadi.

Aku tak membalas apa-apa. Aku alihkan pandangan ke arah senja yang ada di depan mata. Begitu juga Dylan, dia turut sama beri tumpuan pada tempat yang aku pandang.

"You love sunset?"

Aku geleng.

"Kenapa?"

"Nah, just tak suka. Sunset menggambarkan kesedihan... Keindahan yang tak akan kekal lama. Ibarat kebahagiaan yang akan lenyap bila tiba masanya." Aku memberikan alasan kenapa aku tak suka dengan senja. Dan alasan ku masih sama seperti mana aku berikan pada Raudah hari tu.

Kedengaran Dylan ketawa pendek. Cup kopi itu masih digenggam kemas di tanganya. 

"Kenapa sampai tak suka senja? Setiap alam semesta di dunia ni ada fungsi tersendiri... Dan semua yang ada ni ciptaan tuhan. Which is, Allah. Habis tu awak nak kata awak tak suka dengan ciptaan Allah?" balas Dylan.

Aku telan air liur kelat. Astaghfirullahal'azim, aku dah berdosa selama ni. Boleh-bolehnya aku berfikiran cetek macam itu.

"Allah cipta senja untuk kita merenung. Segala penat lelah kita sehari-hari akan di ganti dengan yang lebih indah lagi. Seperti mana senja berganti malam, di mana langit di hiasi bintang ataupun bulan yang terang." Dylan masih menyambung percakapannya.

Dylan seorang yang tidak beragama, tapi kata-kata yang dia tuturkan jika di dengar sekilas seperti seorang yang tingkat tauhidnya sangat tinggi. Dia selalu memandang sudut terbaik sesuatu mahupun seseorang.

"You're right. Saya salah selama ni, it's my bad." keluh ku yang mengakui kesalahan sendiri. Dylan senyum nipis.

"Bukan salah awak. It's just your opinion."

Aku kembali tenang. Angin sepoi-sepoi yang ada di situ menerpah kami berdua, sesekali aku menghirup kopi yang masih ada.

"Anyway... How's your mum? Dia okay?" Aku pula bertukar topik agar tak berlarutan dengan cerita ini.

"Macam biasa. Dia okay cuma yelah tak habis-habis tanya pasal menantu." Dylan ketawa.

Sebagai seorang anak, aku faham apa perasaan mak dia. Sama macam ummi aku juga yang teringin nak ada menantu dari aku.

"You need to find someone bahagiakan hati dia." usik ku.

"Saya pernah dengar pepatah seseorang... Be with someone who knows your coffee order. Jadi saya nak seseorang yang faham dengan cita rasa kopi yang saya nak." katanya.

Aku pandang dia pelik. Dia ni ada-ada aje lah, kemarin kata nak sahabat lah hari ni nak yang tahu cita rasa kopi dia pula. Baik kau kahwin dengan barista.

"Dylan. She's your wife not barista."

"For sure she is my wife... Tapi ada huraian di sebalik ayat ni." kata Dylan lagi.

"Maksud?" Aku kerutkan kening.

"Ayat ni menggambarkan pentingnya memiliki seseorang di dalam kehidupan kita yang mengenal kita dengan baik, termasuk hal-hal kecil seperti pesanan kopi kita."

Aku terkedu seketika. Perlahan-lahan aku bulatkan mulut bila faham. Entah dah berapa kali aku terkesima dengan setiap ayat yang Dylan keluarkan. Nampak sangat dia bijak dari aku.

Poor you Zaara.

"So you want to find someone who knows your coffee order?" Dylan lemparkan soalan itu padaku.

Aku pandang cup yang aku pegang. Lepas itu aku angkat pandangan ku untuk memandangnya.

"Tak. I would like to find someone who can make a cup of coffee for me." jawabku. Dengan serentak kami ketawa mengekek. Baru saja aku sindir Dylan tadi supaya tak jadikan isteri sendiri seperti barista, sekarang aku sendiri yang kena.

Dearest future husband, good luck lah ya.




"YES mum, she is nice person." Dylan labuhkan punggung di salah satu sofa yang berada di bilik tidurnya.

"nǐ zài děng shénme? (What you waiting for?) Ajak lah jumpa mama papa tahun baru cina nanti."

Dylan menghela nafas panjang, bibirnya tak hilang dari senyuman. Wajah Zaara masih terbayang di kornea matanya. Sehingga sekarang dia masih tak percaya bahawa perempuan yang selama ini dia kagumi dari kejauhan itu, kini sudah mula bertukar sapa dengannya.

"Mama, dia Muslim. Orang yang kuat pegangan agamanya... Are you okay with that?"

Dia risau kalau ibunya tak merestui hubungannya kelak. Kerana benteng paling tertinggi sekarang adalah agama mereka masing-masing. Zaara seorang guru agama yang mengajar di Mesir sedangkan Dylan, Dia tak beragama pun, layak kah dia mahu beristerikan perempuan sebaik Zaara.

"Mama dah bahas tentang ni Dy. Mama dan papa tak kisah, we accept anyone... Respect means love. Mereka boleh hormat dan terima kita so why not us?"

Dylan tersenyum. Dia yakin, ibu dan ayahnya akan menyokong apa sahaja keputusan yang dia pilih. Dia sangat bersyukur memiliki ibu bapa yang sentiasa memahami kehendaknya.

"Haò ba. (Okay) Nanti Dy kenalkan bila dah sampai masanya nanti."

Tak tahu dari mana Dylan dapat keberanian seperti ini. Sehingga bercerita tentang Zaara pada kedua orang tuanya, walhal hubungannya mereka hanya sebatas kawan sahaja.



AKU berpeluk tubuh sambil perhati satu persatu pelajar yang sedang fokus menyiapkan kerja masing-masing.

Seketika mataku terhenti ke arah Elias yang duduk tepat di hadapan ku. Langsung tak melirik, kalau pandang aku pun pasti buang muka. Dah kenapa budak ni? Macam lah aku ada buat salah dengan dia.

"Elias, you okay?" Aku bersuara sambil belek beberapa kertas. Elias berdehem sedikit.

"I saw you yesterday, ustazah."

Balas Elias selamba. Anak matanya tepat merenungku. Seketika aku julingkan mata ke atas.

Gosh, he is so creepy!

"Ustazah tak nak cerita benda ni dalam kelas." Aku alihkan pandangan seolah tak ada apa-apa discussion yang serius antara kami berdua.

"Then, I'll meet you outside."

Mata kami berlaga intens sebelum Elias turunkan pandangan ke arah buku miliknya. Tegas saja wajah redupnya itu berhadapan denganku.

What wrong with him?

Seperti yang Elias janjikan. Dia betul-betul kotakan kata untuk berjumpa dengan aku selepas habis kelas. Elias datang menemuiku yang baru separuh langkah mahu ke bilik guru.

"Ustazah."

Aku balikkan badan menghadap belakang untuk berdepan dengan Elias.

"Yes Elias."

"Dengan siapa ustazah keluar kemarin?" tanya Elias. Aku kerutkan kening.

"It's none of your concern.." kata ku tegas, Elias tersenyum siring.

"Why don't you look at me the way I look at you?"

Aku lepaskan keluhan berat.

"Elias please stop. Respect saya, boleh tak? Awak sendiri tahu kan perasaan tu tak boleh di paksa? I'm so sorry... Please, faham saya." Kalau aku boleh nangis tadi, dah lama aku nangis depan dia. Menguji kesabaran sangat tau Elias ni. Aku dah layan dia tak ubah macam adik sendiri, tapi lain pula yang dia tafsirkan.

Kita nak balik lah macam ni. Penat!

Kasih Zaara (COMPLETED)Where stories live. Discover now