BAB 26

31 8 0
                                    

Aku urut pelipis kepala dengan lembut, sesekali aku mengerang kesakitan. Kenapa waktu-waktu macam ini lah sakit kepala menimpah diri. Nampaknya aku tak boleh turun kerja kejap lagi. Dari malam tadi lagi aku tak dapat nak lelapkan mata.

TOK! TOK!

Aku alihkan anak mata memandang ke arah pintu yang terbuka sedikit. Dapat aku lihat Raudah di celah pintu, tengah skodeng member.

"Boleh aku masuk?" tanya Raudah. Aku sengih.

"Kau dah ada dekat celah pintu dah pun... Masuk je." balas ku.

Raudah mula mengatur langkah menghampiri aku yang masih terbaring lena atas katil. Tak bersiap lagi, padahal sudah tiba waktu turun kerja.

"Haih! Kau tak siap lagi?" Raudah bercekak pinggang.

Tak ubah macam mak-mak. Ummi sendiri pun tak macam ni.

Dengan perlahan aku gelengkan kepala.

"Aku sakit kepala, rasanya tak larat nak turun kerja hari ni." adu ku padanya. Raut wajah Raudah bertukar risau, dia mula mengambil tempat untuk duduk di birai katil.

"Kau demam?" Dahi aku pula dia periksa guna belakang tapak tangan.

"Tak demam pun... Minum ubat dah ke?" Dia bertanya lagi.

Semestinya dia risau tentang keadaan aku. Sebab aku di sini 100% dalam tanggungjawab dia, Raudah sendiri yang meminta keizinan pada ummi dan abah agar percayakan dia bila sudah kami bekerja di Mesir nanti. Dia tak ubah seperti kakak aku sendiri walaupun yelah, beza dua bulan saja.

"Sudah tadi. Kau pergi kerja lah ya, aku dah maklumkan Tuan Mehmed tadi yang aku tak kerja hari ni." kata ku, Raudah angguk faham.

"Sa'adhhabu awalan (I need to go now). Assalamualaikum." Raudah pantas bangun lalu menuju pintu keluar.

"Waalaikumusalam." Hanya itu mampu aku jawab sebelum aku palingkan badan menghadap dinding. Mata aku pejam rapat-rapat. Kenapa kepala aku boleh sakit sampai macam ni? Di sebabkan aku berjaga lewat malam ke? Bukan tak biasa pun.


Dylan panjangkan leher menjenguk beberapa guru perempuan yang berlalu masuk ke dalam kelas masing-masing. Tiada pula dia nampak wajah Zaara di situ, selalunya dia lah yang terpaling awal masuk ke kelas. Sebab tak mahu pelajar-pelajar menunggu kedatanganya.

"Mr. Dylan?"

Dylan menoleh. Raudah pamirkan senyum nipis ke arahnya.

"Hello..." Dylan membalas sapaan Raudah dengan suara yang agak kaku.

"Cari Zaara ke?"

Dylan anggukan kepala. Tanganya mengusap belakang leher sendiri. Rasa segan bila Raudah dah tahu penyebab dia datang, tak lain tak bukan hanya mahu berjumpa dengan Zaara.

"Ya, dia ada dekat dalam ke?" Giliran Dylan bertanya.

"Dia tak turun kerja hari ini, sakit kepala katanya. Jadi pengetua benarkan dia ambil cuti." jelas Raudah.

Jelas ketara wajahnya memancarkan kerisauan. Keningnya berkerut, ikut kehendak hati mahu saja dia bertanya lebih-lebih pada Raudah tentang Zaara tapi dia batalkan niat tersebut untuk menghormati Raudah.

"Oh... Terima kasih sebab bagitahu." ucap Dylan.

Raudah hanya membalasnya dengan anggukan kecil. Pantas dia berlalu pergi dari hadapan Dylan dan menuju ke pintu gerbang Ma'had Al Azhar. Bibir bawah di ketap olehnya, masih memikirkan soal Zaara. Patut lah Zaara tak respon mesej aku hari ni. Selalunya dia akan balas mesej aku walaupun hanya sebatas emoji.

Kasih Zaara (COMPLETED)Where stories live. Discover now