BAB 28

26 7 0
                                    

"ZAARA."

Raudah mengatur langkah di setiap anak tangga menuju bilik Zaara. Mana budak ni pun tak tahu, dari tadi panggil tak reti nak menyahut. Mungkin kalau Raudah hentak pintu bilik pun dia tak pernah nak sedar.

"Zaara Aisyah." Pintu di buka luas. Zaara angkat kening sambil buka earphones sebelah kiri yang terpasang di telinganya.

"Kenapa?" tanya Zaara.

Raudah mengeluh kecil. Dia masuk ke dalam lalu duduk di kerusi yang  berhadapan dengan katil milikku. Haih lah perempuan Arab seorang ni, dah lah masuk bilik orang tiba-tiba lepas tu tenung muka kita pula.

"Sakit suara aku panggil nama kau je dari tadi." omel Raudah

Aku ketawa kecil, earphones belah kanan yang masih tersangkut di telinga itu aku cabut lalu simpan di atas meja. Mahu tumpuhkan perhatian pada Raudah, nanti aku layan acuh tak acuh kang dia merajuk pula.

"Kau dengar lagu ke?" Raudah ajukan soalan lagi. Aku menggeleng.

"Aku nak hafal surah baru, tapi tak boleh baca so... Dengar lah."

Raudah mengangguk faham. Anak matanya menjeling-jeling buku pemberian Dylan tempoh hari yang aku sengaja letak bergandingan dengan buku sehari-harian aku. Mesti sekejap lagi dia akan tanya bila aku beli buku ni.

"Buku baru?" Dia ambil buku tu dan belek  satu persatu lembar yang ada. Bibirnya sengaja di sengetkan seperti ada suatu yang tak kena. Kau orang tahu lah orang Arab kalau membahan macam mana kan, bingit telinga dengar bebelan mereka.

"Yep." jawabku singkat.

"Oh, bila beli?"

Kan dah kata tadi, mesti Raudah tanya bila aku beli buku ni. Sebab aku selalu ajak dia beli buku baru, tak pernah pun aku ke kedai buku seorang diri. Aku dengan Raudah ni tak ubah macam belangkas yang selalu kehulur kehilir bersama. Entah bila lah kami akan berenggang, mungkin bila salah seorang dari kami dah berkahwin kut.

"Bukan beli, Dylan yang bagi." Aku jawab lagi soalan yang dia ajukan. Raudah pandang aku siring, nak bagi bombastic side eye ke tu?

"Do you have a relationship with him? Zaara?"

Aku tersentak pandang dia. Dengan pantas aku geleng, menafikan.

"No. Apa yang kau merepek ni?"

"Dua tiga menjak ni, nampak kau dengan Dylan macam pasangan sejoli pula... Dia pun caring dengan kau. Baik kau jadikan dia suami kau." ujar Raudah.

Hampir-hampir tersembur air kopi yang aku minum dengar ayat Raudah. Gila ke? Memang tak lah aku nak jadikan Dylan suami aku, I mean bukan aku memandang rendah pada dia. Dia lelaki yang baik tapi bukan keinginan aku dari dulu untuk bersuamikan lelaki mualaf ataupun berbeza budaya dengan aku. Tak tahu lah kenapa memang tak berkenan di hati.

"Raudah, kau lupa ke? Aku kan dah ada Ahsan." Aku ingatkan Raudah tentang Ahsan. Raudah terus mencebik.

"Ahsan ada contact kau lately ni?"

Aku geleng.

"Call ke mesej, tak ada?"

Aku masih geleng. Raudah menjeling pandang aku.

"Aku rasa kau je seorang yang syok sendiri..."

Zaara tolehkan kepala, anak matanya tajam memandang Raudah. Kening dan dahinya turut berkerut. Membahang hati bila dengar apa yang Raudah utarakan, mahu tembus saja tidak pandangan Zaara ke belakang.

"Kenapa kau cakap macam tu?"

Zaara letak cawan yang dari tadi ada di genggamanya. Rasa tak seronok bila Raudah seakan menyindir Zaara yang kononya syok sendiri, nampak macam aku syok sendiri ke? Bukan ke Ahsan memang cintakan aku? I trust him. Dia akan tunaikan janji tu.

"Zaara, kau bukanya makin muda. Takkan kau nak bertambah usia dengan menunggu janji Ahsan? Lain lah kalau dia tu tunang kau... Kau wajib tunggu dia. Ini satu tanda di jari pun tak ada."

Tutur Raudah di hadapan ku. Aku menghela nafas panjang, tengah cari ayat sesuai untuk membalas ayat-ayat dari Raudah. Aku nak dia tahu yang Ahsan buat macam itu bersebab bukan sesuka hatinya.

"Aku tak nak di cop mata duitan Raudah... Minta beli cincin bagai."

Raudah terus ketawa kecil, kepala dia gelengkan seperti dah penat nak melayan karenah aku.

"Ini bukan soal mata duitan, ini perkara wajib Zaara. Bukan ke suatu hubungan itu perlu diikat dengan suatu hadiah dahulu? At least dia mesti bagi kau cincin untuk tanda hubungan yang kau orang berdua itu wujud... Sebab dari hukum syarak, kau dengan Ahsan dah bertunang kau tahu?"

Aku masih lambat nak tafsir apa yang Raudah cuba sampaikan. Semenjak dua menjak ni kepala aku bengap nak memahami sesuatu. Aku pun tak tahu lah kenapa. Ya Allah, maafkan hambamu, sebab membodohi diri sendiri.

"Maksud kau?"

Raudah julingkan mata ke atas.

"Kau bagitahu aku, Ahsan ada ajak kau kahwin. Betul?"

"Iya." Aku mengangguk.

"Ustazah Zaara, bukan ke dari segi hukum agama itu dah di kira bertunang? Dan bila ada siapa-siapa nak meminang kau. Haram hukumnya untuk kau terima."

Aku telan air liur secara paksa bila baru tersedar dengan janji yang Ahsan dah bagi pada aku. Tanpa saksi yang kami sudah mengikat tali pertunangan mengikut hukum Islam. Apa yang aku dah buat ni?

"Lain lah kalau Ahsan dengan sengaja yang memungkiri janji. Maka halal lah bagi kau untuk terima pinangan orang lain. Dia dan keluarga dia lah yang berdosa." jelas Raudah sekali lagi.

Aku masih tergamam. Tak tahu nak balas apa lagi, aku kehabisan kata-kata untuk semua ni. Macam mana aku nak tagih janji tu sedangkan aku sendiri tak boleh nak hubungi Ahsan. Sudah hampir sebulan dia tak bagi apa-apa mesej pada aku.

Aku tertunduk. Hampir saja tangisan aku nak pecah. Saat-saat macam ini, aku perlukan ummi untuk menjadi tempat aku luahkan segalanya tapi jarak kami berdua cukup jauh. Aku tak mahu telefon mereka dengan membawa khabar berita beserta tangisan di hujung suara, nanti makin bertambah risau ummi dan abah pada aku.

"Zaara." Raudah menyeruh namaku sekali lagi.

Aku angkat kepala memandang dia.

"Dia ada contact kau berapa hari ni? Aku nampak macam kau kurang pegang telefon."

"Dah sebulan dia tak bagi apa-apa khabar pada aku Raudah. I don't know anything about him." Suara ku bertukar sesak dan bergetar. Terus Raudah mengambil tempat untuk duduk di sampingku, cuba menenangkan.

"Mungkin... Dia dah bertunang dengan pilihan mak dia?" kata Raudah.

Aku diam tak berkutik. Tak mahu bagi Komen apa-apa berkaitan hal ini, selagi aku tak nampak di depan mata tentang perkahwinan dia. Aku tetap tak berani nak menuduh.

"Kau sedar tak, Ahsan kerap menghilang macam ni boleh buatkan rasa cinta kau pada dia pun akan hilang tahu. Well perempuan kan ibarat kopi, bila diabaikan akan mendingin. And one more thing... Bila berjodoh, Allah akan gerakkan kedua hati dan bukanya satu hati saja." Raudah mengusap bahu ku dengan lembut sebelum angkat punggung dari sebelah aku.

"Nanti turun makan ya, aku dah masak... Take your time." Senyuman lebar Raudah berikan dan terus dia berlalu turun ke bawah. Dia sengaja membiarkan aku seorang diri di sini untuk aku menenangkan emosi sendiri. Aku tak menafikan semua kata Raudah, memang ada benarnya.

Kalau memang betul Ahsan tidak mampu untuk menunaikan janji, lebih baik dia meredhakan kepergianku dan terlerainya hubungan ini. Daripada membuatkan aku tertunggu tanpa kepastian.

Kasih Zaara (COMPLETED)Where stories live. Discover now