BAB 30

31 9 0
                                    

SELEPAS pergi ke pameran budaya cina, aku dan Dylan singgah sekejap di kafe corniche yang terletak di tengah bandaraya Mesir yang bersebelahan dengan sungai nil. Tak pernah pun aku pergi sini walaupun dah bertahun kerja di Mesir, tapi Dylan ajak sebab dia nampak kafe ni antara sepuluh kafe terbaik yang ada di Kairo. Jadi dia ajak minum sekali, aku okay saja asalkan ada kopi hehe.

"Fokus sangat awak tengok persembahan opera tadi. Awak minat ke?" tanya Dylan.

Aku tersengih. Macam aku pula yang pure Chinese bila dah sampai sana, langsung tak berkelip mata aku menonton persembahan tarian cina serta opera yang mereka tunjukkan. Inilah yang dikatakan darah yang mengalir tak boleh di buang, tetap akan cenderung pada minat tradisi.

"Tak tahu, memang minat kut. Budaya sendiri mana boleh nak buang." jawabku. Dylan terus buntangkan mata pandang ke arah aku.

"So, are you Chinese too?!" Wajahnya teruja. Aku hanya ketawa pendek sambil mengangguk.

"Kacukan je sebab my abah side, Chinese mix Castilian dan belah ummie pula Arab mix Philippines... Biasalah dulu-dulu, banyak orang luar negara masuk ke Malaysia." Tanganku mula menggapai cawan berisi kopi yang baru terhidang itu.

Raut wajah Dylan masih terpampang keterujaan.

"That's good! Tapi kenapa tak pandai speak Chinese? Also faham sekali?" Dylan ajukan soalan lagi.

"Sebab tak di praktikkan dari kecil." balasku singkat.

Dylan mengangguk faham. Lama dia tenung wajah aku.

"Why?"

"Nak fasih bahasa cina?"

"Nak."

"Kahwin dengan saya."

Aku hambur ketawa sebaik dengar jawapan Dylan. Pipi aku dah merah padam, wajahnya kembali aku lirik. Dia hanya senyum tapi dapat aku lihat yang reaksinya tidak bergurau, dia hanya menanti apa yang akan aku balas.

"Dylan. Awak ni memang suka bergurau kan..." Aku gelengkan kepala.

"Hello, lovely couple! Here is your ice cream." Pelayan kafe itu datang ke meja kami seraya meletakkan semangkuk kecil aiskrim berperisa chocolate di hadapanku.

Aku kerutkan kening. Lantas aku gelengkan kepala laju.

"Sorry, but we didn't order this."

"But..-" Pelayan itu pandang aku dan Dylan bergilir. Seperti menunggu penjelasan dari Dylan agar dia bersuara.

"Saya order untuk awak tadi." sampuk Dylan bersahaja.

Aku tenung aiskrim itu beberapa saat sebelum alihkan anak mata ke Dylan. Kenapa dia suka habiskan duit untuk aku, entah-entah dia sengaja sebab nak aku balas budi dia nanti. Haih, aku pun dah terjangkit Raudah sekarang ni berfikiran bukan-bukan.

Pelayan itu pun sudah beransur pergi. Suasana antara kami masih hening, kekok dan janggal? Iya, itulah yang aku rasa sekarang.

"Enjoy your ice cream Ms.Ara." Senyum Dylan, latte miliknya dia cicip sedikit.

"Terima kasih... Susahkan awak je, saya tak minta pun aiskrim ni." Nada suaraku mula rendah dari biasanya. Mungkin rasa segan dan malu meliputi diri.

Dylan berdecit kecil.

"Bukan susah pun. Saya dengar waktu kerja tadi, aiskrim dekat kafe ni sedap... Jadi apa salahnya saya bagi awak rasa." balas Dylan.

Mahu membuktikan apa yang Dylan cakap, tanpa fikir panjang aku pun terus rasa aiskrim yang terhidang di depan mata. Not bad, memang sedap. Tak pernah rasa aiskrim macam ni dekat mana-mana kedai lagi. Sweet lah Dylan ni, macam abang aku pula bagi aku aiskrim bagai.

Kasih Zaara (COMPLETED)Where stories live. Discover now