BAB 31

29 9 0
                                    

"SANGGUP awak tuduh saya macam ni? Baru sehari dua ke awak kenal saya Ahsan?" tanyaku serius.

"Saya nampak awak duduk berdua dengan lelaki tu dekat kafe... Kan saya dah kata jangan layan dia lagi? Kenapa susah sangat awak nak ikut arahan saya?" Ahsan membalas dengan sedikit bentakkan di hujung suaranya.

Aku hanya diam. Bukan bererti aku mengiyakan tuduhanya yang meluluh itu, tapi aku malas untuk membela diri sendiri kepada orang yang tak akan percaya apapun yang aku terangkan.

Anak mata Ahsan tetap tajam merenung ke dalam mataku, sesekali rahangnya mengeras menahan amarah. Aku membalas renunganya tanpa rasa bersalah, suasana antara kami sunyi dan sepi. Hanya bunyi deruan angin yang berhembus di malam hari.

"Ara, I'm talking to you." bentaknya lagi, aku menjeling.

"Nak cakap apa lagi? Memang betul lah saya bercinta dengan dia, puas hati awak?"

Aku malas nak pandang wajah Ahsan, aku alihkan pandangan ke arah salah satu bodyguard yang berdiri di sampingnya itu. Jelingan maut aku beri sampaikan dia tertoleh ke tempat lain, bengang aku dibuatnya. Datin Kairiah jadikan Ahsan ni macam budak kecil yang tak reti nak buat apa-apa, ingat orang nak culik ke.

Ahsan meraup wajahnya dengan kasar, dia sandarkan badan di salah satu tembok yang ada di berhampiran kami. Aku hanya berpeluk tubuh sambil palingkan muka. Aku tak tahu apa motif dia nak datang sini malam-malam buta. Kalau nak menuduh baik tak payah.

"Tuan... Six minutes left."

"Sabar lah!"

Bahu ku terhinjut tatkala mendengar tengkingan dari Ahsan terhadap bodyguard peribadinya itu. Mahu-mahu saja dia beri penumbuk, dapat aku lihat tanganya dikepal sekuat tenaga. Dia memang baran, membuatkan aku selalu lelah dengan sikapnya. Tapi disebabkan rasa sayang yang terpahat dalam hati, telankan saja dengan harapan dia akan berubah atas izin Allah.

Aku renung dia dengan anak mata yang tajam. Aku tak suka bila dia mula bertingkah kasar tiba-tiba, bukan peribadinya ini yang membuatkan aku jatuh hati. Ahsan yang mencuit hatiku dulu adalah seorang lelaki yang lembut cara bicaranya, tidak pernah berkasar sedikit pun.

Ahsan seakan perasan yang aku sedang menatapnya. Perlahan-lahan dia berdiri tegak dan mula menghampiri aku.

"Sayang... Forgive me." keluhnya lembut.

Aku diam tak merespon.

"Saya stress, saya lelah. Dengan kerja yang tak ada habisnya. Tambah pula tingkah mama saya yang macam sekarang pergi mana-mana kena bawa dua tiga orang. I'm so tired, maafkan saya... Saya tak berniat nak tuduh awak." Ahsan menyambung lagi percakapannya.

"Your mum too much tau. Tergamak dia buat awak macam ni, awak sedar tak awak jadi boneka dia? Puaskan hati dia tanpa hiraukan keinginan awak sendiri. Dia lah mak yang paling selfish yang saya pernah jumpa. Kalau di sebabkan saya awak jadi macam ni please leave me Ahsan, You deserve better and happiness." tuturku dengan suara yang sedikit rendah. Bermaksud yang aku tak mahu besar-besarkan hal ini lagi.

Ahsan menggelengkan kepala. Matanya sudah mula berkaca.

"Hanya dengan awak... Saya gembira. Saya temukan kegembiraan bila bersama dengan awak Ara. No one trusts me like you do." Kedua lengan ku dia pegang. Pantas aku jauhkan diri agar dia tak berlama-lama memegangku.

"Hubungan kita, tak ada kesudahannya. Sampai bila kita macam ni bagitahu saya?"

"Please. Give me one more chance.." Sebaik aku dengar ayat itu, aku terus julingkan mata. Aku penat. Tak tahu dah berapa banyak chance aku bagi, aku pun tak boleh nak kira.

Kasih Zaara (COMPLETED)Where stories live. Discover now