BAB 32

21 9 0
                                    

"MR.Dylan."

Dylan angkat kepala untuk memandang seorang staf yang berdiri di ambang pintu.

"Yes?"

"Someone wants to see you."

"Who?"

Kening Dylan berkerut, staf tersebut hinjutkan bahu.

"I don't know but he said, he knows you."

"Well, let him in." Dylan mengemas beberapa kertas yang bersepah di atas meja, dan di letakkan di tepi. Tidak mahu tetamu berasa kurang selesa bila berhadapan denganya nanti.

Beberapa minit dia menunggu, akhirnya pintu dikuak dengan selamba. Walaupun reaksinya agak terkejut namun dylan bertingkah bersahaja. Bibirnya tersenyum memandang susuk lelaki yang sedang berdiri di hadapanya saat ini.

"May I sit?" soalnya. Dylan mengangguk tanda membenarkan tetamunya untuk duduk.

"Ada apa-apa yang boleh aku bantu? Encik... Ahsan."

Ahsan tersenyum siring bila mendengar tutur Dylan yang lancar berbahasa melayu. Tak hairanlah kenapa dia cepat sangat dekat dengan Zaara.

"Kau mesti kenal Zaara kan?"

Sudah di duga, mesti Ahsan datang menemuinya untuk bercakap tentang Zaara. Dengan selamba, Dylan anggukan kepala.

"She is my friend."

"Tapi dia kekasih aku. Aku tak suka bila kau kerap berjumpa dengan dia dan luangkan masa bersama... Sepatutnya yang buat semua tu, aku bukan kau." Lantang suara Ahsan mengherdik Dylan.

Dylan hanya diam. Kadang kala dia sengetkan bibir, sinis memandang tingkah Ahsan.

"That's your problem dude. Zaara selesa berkawan dengan aku, kau tak ada satu hak pun untuk larang aku berjumpa dengan dia." Balas Dylan.

Ahsan memandangnya geram. Emosi bengangnya itu dibuat endah tak endah saja oleh Dylan.

"Tapi Zaara cintakan aku."

"Bukti?"

"She give me one more chance yesterday untuk perbetulkan hubungan kami semula. So please! Leave her alone, jangan ganggu hubungan kami."

Dylan terdiam kaku bila mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Ahsan. Hatinya seperti diremuk-remuk, mungkin sebab ini mengapa Zaara sampai sekarang tak pernah membuka ruang untuknya. Kerana di dalam hati Zaara, hanya dihuni oleh seorang lelaki sahaja.

"Kalau betul kau sayangkan Zaara, bagi dia peluang untuk bahagia dengan lelaki yang dia cintai." Ahsan tak putus asa untuk bersuara agar Dylan jauhkan diri dari kekasih hatinya itu.

Raut wajah Dylan tak menunjukkan yang dia setuju ataupun menolak permintaan Ahsan. Dia cuma rasa yang Ahsan adalah lelaki yang pengecut yang dia pernah jumpa. Tak ubah seperti obseskan Zaara, juga seseorang yang tak boleh menerima takdir yang sudah di ditetapkan untuk setiap hamba Allah.

----

"USTAZAH."

Mataku tertumpuh ke arah salah satu murid yang tengah memanggilku. Kening aku jengketkan tanda bertanya.

"Ya?"

"Lusa dah puasa, ustazah berpuasa dekat sini kan?" soalnya teruja.

Aku buat muka sedang berfikir, ikutkan hati nak berpuasa dekat kampung sama-sama dengan ummi abah. Tapi tak cuti lagi, nak tunggu seminggu sebelum raya baru pihak sekolah beri keizinan untuk pulang.

Kasih Zaara (COMPLETED)Where stories live. Discover now