Teaser 4

391 4 0
                                    

Fahri tersenyum nipis melihat tingkah Hana. Badannya disengetkan pula ke tepi, menghalang laluan wanita itu. Jika tempoh hari Hana boleh meninggalkannya begitu saja, tapi kali ini dia takkan membiarkan benda sama berulang lagi.

Hana merengus perlahan bila sekali lagi dia dihalang.

"Tepilah."

"Tak nak ni ke? Tadi bukan ke you nak ambil teh ni?" Bungkusan teh itu diangkat sedikit di depan Hana.

Hana mencapai bungkusan teh itu dengan laju tapi Fahri memegang dengan kemas, memang sengaja tak bagi lepas.

"Hari tu kenapa you pergi macam tu aje?"

Dia melepaskan pegangannya pada bungkusan teh tersebut. Otaknya cuba menghadam soalan Fahri. Hari tu? Oh, maksudnya sewaktu mereka di taman tempoh hari ke?

"Encik, saya rasa kita tak ada apa-apa urusan pun."

Terjongket sinis bibir Fahri mendengar Hana berencik dengannya.

"Siapa kata kita tak ada urusan? Kita ada terlalu banyak urusan, Hana." Terutama urusan hati.

"Encik ...."

Kerana Terluka [TERBIT]Onde histórias criam vida. Descubra agora