MRS LUTHFI : 13

2.2K 135 0
                                    

Tengku Naila memotong buah mangga dan dan buah tembikai di dapur. Hanya dia sendiri. Yang lain semua masih di halaman rumah. Dari dapur ni pun dapat mendengar keriuhan di luar sana.

Buah anggur hijau dan merah dibasuh dengan teliti. Siap saja semua, baru Tengku Naila pusing. Tengku Naila terkejut tatkala ada Tengku Luthfi yang berdiri tiga langkah darinya.

"Bie." Marah Tengku Naila selari membuat muka masam.

"Sorry, sayang." Ucap Tengku Luthfi sambil melangkahkan kakinya mendekati Tengku Naila.

Dari tadi sebenarnya dia mencari Tengku Naila bila dilihat Tengku Naila tiada di luar bersembang dengan adik-adiknya. Bila ditanya, Umairah beritahu yang Tengku Naila ke dapur kerana Puan Sri Eva ada meminta tolong untuk memotong dan mencuci buah.

"Siap dah?" Tanyanya.

"Dah. Bie nak minum ke? Bukan dekat luar dah ada air? Ke dah habis?" Tengku Luthfi menarik kedua tangan Tengku Naila lalu menarik Tengku Naila mendekat dengannya. Tengku Naila akur.

"Nope. Aku cari kau. Rindu lah." Tersipu malu Tengku Naila. Tengku Luthfi ni kalau tak buat hati dia berbunga-bunga. Tak boleh gamaknya.

"Mengada lah nak rindu-rindu. I ada depan you ni." Balas Tengku Naila seraya melabuhkan dagunya di dada bidang Tengku Luthfi. Mendongak kepalanya memandang encik tunang kacak dia.

Tengku Luthfi menunduk memandang si cantik kesayangan dia. Rambut Tengku Naila yang terjuntai di dahi. Diselitkan ke belakang telinga.

"Manja." Hidung Tengku Naila dicuit sekejap.

"Manja-manja pun you sayang juga." Ujar Tengku Naila seraya membalas mencuit hidung mancung Tengku Luthfi pula. Asyik hidung di saja yang kena cuit.

"Jom lah. Nanti yang lain cari." Ajak Tengku Naila. Pinggan yang berisi buah anggur diambil. Baru saja pinggan yang berisi buah mangga diambil, Tengku Luthfi lebih pantas mengambil termasuk pinggan yang ada buah tembikai.

"Aku bawa. Berat ni."

"Mana ada berat. I kuat lah. You ingat I lembik ke?" Bersahaja Tengku Luthfi membalas dengan menaikkan kedua bahunya.

Mencebik bibir Tengku Naila. Selepas itu, tangannya melingkar di lengan Tengku Luthfi. Tengku Luthfi memandang tunangnya sekilas.

Mereka berdua sama-sama bergerak ke arah halaman rumah. Semua mata memandang ke arah Tengku Naila dan Tengku Luthfi. Amboi. Bukan main romantik.

"Kenapa semua pandang kita?" Tanya Tengku Naila perlahan kepada Tengku Luthfi.

"Mungkin sebab kita sweet." Ujaran Tengku Luthfi telah mendapat cebiran di bibir Tengku Naila. Memang betul lah yang Tengku Luthfi ni poyo.

"You ni sehari tak jadi poyo, tak boleh ek?" Annoying betul.

"Tak. Sebab aku suka jadi poyo bila dengan kau." Memincing mata Tengku Naila memandang tunangnya di sebelah.

Setelah itu, mereka dikejutkan dengan suara Tengku Nazrul dan Tengku Nuha yang bersorak gembira untuk mereka berdua.

"Ada orang yang dah jatuh cinta! Yeay yeay!!" Kata Tengku Nazrul dan Tengku Nuha serentak. Siap berjoget dan pusing-pusing setempat. Kemain seronok lagi.

Nak tergelak Tengku Naila melihat adiknya dan bakal adik iparnya. Tengku Luthfi pula hanya beriak biasa. Walhal dalam hati dah rasa gembira. Tengku Naila dah mula jatuh cinta dengan dia?

Kalau betul. Dia lah manusia paling bahagia dalam dunia. Bila lah Tengku Naila nak jatuh cinta dengan dia? Tengku Luthfi dah tak sabar. Sangat-sangat tak sabar. Tapi dia tak nak paksa Tengku Naila.

MRS LUTHFI : MY LOVER [C]Where stories live. Discover now