Tengku Luthfi Haikal 💓 Tengku Naila Ameera Tengku Luthfi Haikal. Siapa saja yang tidak mengenali jejaka tampan ini? Semua orang kenal. Anak kepada Tengku Firash Zayden dan satu-satunya pewaris terbesar serta CEO bagi syarikat F'ZAY HOLDING. Seorang yang ramah dan mudah untuk berkawan. Tapi seorang yang sangat susah untuk didekati. Terlebih lagi kaum wanita yang berusaha untuk mendapatkan hati Tengku Luthfi. Tapi tanpa mereka semua tahu. Di hati Tengku Luthfi sudah terpahat nama seseorang di hatinya. Bertahun-tahun Tengku Luthfi menyimpan perasaan ini. Dia selalu memerhati si gadis dari jauh. Tengku Naila Ameera. Seorang gadis yang seksi dan cantik. Walaupun begitu, keperibadiannya sangat peramah, periang dan tidak sombong. Tengku Naila suka membantu orang-orang di sekelilingnya. Gadis ini sangat murah dengan senyuman. Tapi di sebalik sikapnya itu, dia menyimpan segala rasa trauma yang dia hadapi. Tengku Naila trauma tentang percintaan. Dia pernah dikhianati. Bekas tunangnya yang pergi meninggalkan dia di hari sepatutnya menjadi hari bersejarah bagi Tengku Naila iaitu majlis pernikahan. Adakah Tengku Luthfi dapat membuang dan menyembuhkan trauma yang dihadapi Tengku Naila? Adakah mereka akan bahagia? Adakah Tengku Luthfi dapat memiliki hati gadis ini semula? Start : 12/05/2024 End : 26/06/2024