Tengku Luthfi mengerling isterinya yang sedang menayangkan riak cemberut. Dari tadi lagi Tengku Naila memujuk Tengku Luthfi agar cutinya dilanjutkan untuk beberapa hari. Tapi tak lepas. Pujukan Tengku Naila tak dapat mengubah keputusan Tengku Luthfi.
Tengku Naila masih tidak puas lagi untuk stay di chalet ini. Dengan pemandangan yang cantik, makanan yang sedap serta suasana yang sangat indah. Bermacam-macam kenangan manis mereka lakukan.
"Bie.." Mendayu-dayu suara Tengku Naila memanggil suaminya. Dipandang saja Tengku Luthfi yang sedang sibuk menguruskan beberapa kerja di email sebelum dihantar kepada Jabir.
Sekejap lagi mereka akan balik ke KL. Segala barang mereka sudah siap dikemaskan oleh Tengku Luthfi sendiri. Suruh Tengku Naila? Dia buat perangai merajuk dia.
"Bie.." Sekali lagi Tengku Naila memanggil suaminya. Tapi tetap sama. Tengku Luthfi buat tidak layan.
Bila sudah beberapa kali Tengku Naila memanggil suaminya tapi tidak dilayan. Maka, Tengku Naila bangun dan berjalan mendekati Tengku Luthfi. Dari tepi, dia terus memeluk sang suami.
Terhenti sekejap perlakuan Tengku Luthfi sebelum menyambung semula kerjanya. Dia mengendahkan si isteri yang sedang bergelayut manja dengan dia ini. Taktik nak pujuk lah tu. Tapi tak berkesan untuk kali ini wahai Tengku Naila. Keputusan Tengku Luthfi sudah muktamad.
"Bie.. sehari je lagi. Boleh eh?" Tak jemu Tengku Naila memujuk si suami.
"Sehari je lagi? Memang tak lah. Bie kenal sayang. Dari sehari sayang sekarang ni akan tambah ke sehari seterusnya dan sehari seterusnya lagi dan seterus seterus seterusnya lagi." Bidas Tengku Luthfi sambil tetap terus melakukan kerjanya.
Mengeluh Tengku Naila apabila pujukannya tidak berhasil. Selepas itu, Tengku Naila melabuhkan punggungnya di atas riba sang suami. Dipeluk erat tubuh tegap itu. Kepalanya dilentokkkan di bahu lebar Tengku Luthfi.
Tangan kiri Tengku Luthfi cepat memeluk pinggang Tengku Naila. Jatuh isteri dia, meraung Tengku Luthfi nanti. Sebab isteri cantik dia jatuh.
"Lepas bie habis siapkan semua kerja. Kita datang lagi, boleh?" Pinta Tengku Naila seraya mengangkat wajahnya merenung sang suami dengan membuat riak comel.
"Boleh sayang. Nanti kita pergi honeymoon pun, sayang cakap je nak pergi mana. Bie bawa." Berubah wajah Tengku Naila. Teruja dan suka.
"Betul ni?" Tanyanya mahu kepastian.
"Iya, sayang."
"Walaupun sayang nak pergi satu dunia bahkan sampai keliling dunia sekali, bie akan bawa?" Tengku Luthfi mengangguk mantap menjawab isterinya.
"Okay. Jom balik." Dengan pantas Tengku Naila bangkit dari duduknya di riba sang suami lalu berjalan mendekati luggage mereka.
"Kita check out tengah hari."
"Alah.. jom je balik. Tadi mommy Eva ada call. Tapi nanti kita tidur dekat rumah mommy Eva dan daddy Affan semalam pastu baru kita balik rumah kita." Kata Tengku Naila selari mengambil handbag LV nya.
"Mommy call sayang?" Angguk Tengku Naila.
"Okay. Jom. Tapi kejap, bie nak kemas barang bie ni dulu." Tengku Naila membuat jari thumb-up.
**********
"Bie.." Meleret manja suara Tengku Naila memanggil suaminya.
Berpaling kepala Tengku Luthfi melihat isterinya di sebelah. Diangkat sebelah kening seakan bertanya kenapa.
"Sayang.. nak bawa kereta bie, boleh..?" Kali ini, dua alisnya pula diangkat. Terkejut sedikit bila isteirnya tiba-tiba nak membawa keretanya.
YOU ARE READING
MRS LUTHFI : MY LOVER [C]
RomanceTengku Luthfi Haikal 💓 Tengku Naila Ameera Tengku Luthfi Haikal. Siapa saja yang tidak mengenali jejaka tampan ini? Semua orang kenal. Anak kepada Tengku Firash Zayden dan satu-satunya pewaris terbesar serta CEO bagi syarikat F'ZAY HOLDING. Seorang...