MRS LUTHFI : 49

2.1K 152 7
                                    

Masing-masing gembira saat melihat Tengku Luthfi. Puan Sri Eva pantas menerpa anaknya dan langsung memeluk badan sasa Tengku Luthfi. Tengku Luthfi memeluk mommy nya. Terasa sungguh tenang ketika dapat memeluk Puan Sri Eva.

Selepas itu, Tan Sri Tengku Firash pula yang memeluknya. Dicium puncak kepala anaknya. Bersyukur Tan Sri Tengku Firash ketika dapat melihat Tengku Luthfi.

Setelah beberapa minit berpelukan, Puan Sri Eva dan Tan Sri Tengku Firash melepaskan pelukan. Puan Sri Eva memegang kedua pipi Tengku Firash. Berkaca-kaca mata Puan Sri Eva.

"Mommy.." Panggil Tengku Luthfi lembut. Diambil tangan kanan Puan Sri Eva dan dicium kekura tangan mommy nya.

"Alhamdulillah anak mommy selamat." Usai Tengku Luthfi menyalam tangannya. Puan Sri Eva mencium dahi Tengku Luthfi.

Setelah itu, giliran Tan Sri Tengku Affan dan Puan Sri Amanda untuk memeluk Tengku Luthfi. Selesai sahaja diberi ruang kepada adik-beradik dan adik-beradik ipar pula untuk saling melepaskan rindu.

"Welcome back bro." Ucap Tengku Naqeeb kepada Tengku Luthfi.

Senyum nipis Tengku Luthfi. Dia bersalam dengan Tengku Naqeeb dan berpelukan untuk seketika. Bila dengan Umairah, Tengku Luthfi hanya sekadar senyum saja.

"Mana Naila?" Tanya Tengku Luthfi apabila isterinya tidak kelihatan.

"Sana tu." Umairah menjawab Tengku Luthfi selari menunjuk ke arah tempat Tengku Naila berdiri. Tengku Naila berdiri seorang diri di tebing sungai sambil menikmati suasana yang tenang.

Bukan dia tak nak berjumpa dengan suaminya. Tapi dia memberi ruang kepada yang lain dahulu. Dan lagi satu dia tak nak menangis. Sebab itu lah Tengku Naila mengelak berdiri berdekatan dengan yang lain walaupun hakikatnya air mata dia tetap saja laju mengalir bila berkali-kali Tengku Naila lap.

Air mata mengkhianati tuan. Dasar tak dengar kata. Ish!

Tak lama selepas itu, Tengku Naila agak tersentak bila dipeluk dari belakang. Matanya meliar ke tangan yang memeluknya. Rindu..

"Sayang." Panggil Tengku Luthfi dengan nada yang sangat lembut. Ubun-ubun Tengku Naila dicium lama seraya menghidu bauan wangian isterinya.

Rindu sungguh dia pada Tengku Naila. Sebulan tanpa Tengku Naila, hidup dia sepi. Terasa sangat kosong.

Tengku Naila leraikan pelukan suaminya lalu dia berpusing menghadap Tengku Luthfi. Ditatap lama muka Tengku Luthfi. Ada kesan luka. Kedua tangannya dibawa naik membelai pipi dan seluruh wajah Tengku Luthfi.

Tanpa sedar, air mata Tengku Naila mengalir tanpa izin. Kabur matanya. Tengku Luthfi lap air mata Tengku Naila. Dia yakin. Pasti mata cantik isterinya selalu menangis. Dari sekilas pandang saja dah boleh tahu.

"Naila rindu bie.." Lirih suara Tengku Naila mengungkapkan kata rindu. Berat sangat rasa rindu dia pada Tengku Luthfi.

"Bie tak ke mana-mana sayang. Bie ada dengan sayang. Bie cuma hilang sekejap je. Tapi bie selalu ada di hati sayang. Jangan menangis lagi. Bie tak suka tengok sayang menangis." Sejurus itu, Tengku Naila memeluk suaminya.

Dilepaskan segala tangisannya di dada sang suami. Tengku Luthfi membalas pelukan isterinya. Bila dia dengar suara menangis isterinya, dapat dia rasa sakit isterinya selama dia hilang.

Tengku Naila merasa lega kerana kini suaminya sudah kembali kepada dia. Tengku Naila rasa sangat-sangat bersyukur. Pelukan hangat suaminya dapat dirasakan lagi. Tengku Naila fikir mungkin dia dah takkan rasa lagi pelukan ini.

Ternyata tidak. Tengku Naila masih ada peluang untuk merasai pelukan ini. Pelukan yang sangat dia rindu.

Ahli keluarga yang lain hanya sekadar memandang sahaja dari jauh. Tapi di dalam hati mereka bersyukur kerana Tengku Luthfi sudah ditemui dan kembali semula kepada Tengku Naila. Senyum masing-masing.

MRS LUTHFI : MY LOVER [C]Where stories live. Discover now