MRS LUTHFI : 48

1.9K 147 13
                                    

Tengku Nazrul memandang kakaknya. Walaupun sekarang Tengku Naila sudah tidak mengurungkan diri di dalam bilik seperti dulu. Tapi Tengku Naila masih diam. Benar-benar berubah.

Jujur Tengku Nazrul sangat rindukan kakak dia yang dulu. Selalu ceria dan gembira. Banyak bercakap. Suka bergurau.

Sekarang kalau nak bergurau pun agak canggung. Ketawa pun dah lain. Kadang tu cuma senyum saja bila buat lawak dan diajak bergurau.

Walaupun senyumannya sudah berubah. Tapi tetap ada kemanisan dalam senyuman Tengku Naila.

"Kak." Seru Tengku Nazrul seraya memegang tangan kakaknya yang berada di atas dan dielus lembut.

Berpaling kepala Tengku Naila memandang adiknya. Kedua alisnya dinaikkan sebagai tanda bertanya kenapa.

"Are you okay?" Soal Tengku Nazrul.

"Biasa je." Jawab Tengku Naila bersahaja. Bagaikan orang yang tiada perasaan.

"Kakak.. kakak tak boleh nak berterusan senyap macam ni. Kakak kena teruskan hidup. Naz tahu akak rindu sangat dengan abang Luth. Tapi akak sekarang dah ada baby. Kak Aila kena kuat." Ujar Tengku Nazrul untuk menyedarkan Tengku Naila.

"Tahu. Akak sekarang tengah cuba untuk jadi kuat. Kalau abang Luth ada, mesti dia happy tengok akak pregnant. Mesti dia tak sabar sangat nak tengok baby kitaorang lahir." Berubah reaksi Tengku Naila. Diusap perutnya.

Kerap kali Tengku Naila membayangkan Tengku Luthfi ada dengannya dan mengusap-usap perutnya sambil bercakap dengan anak mereka. Setiap malam mesti Tengku Naila rasa seakan ada seseorang peluknya ketika tidur.

Bila Tengku Naila bangun. Dilihat ke sebelah, tiada sesiapa. Kosong. Tempat yang selalu menjadi tempat untuk Tengku Luthfi baring. Sekarang hanya lah kosong.

"Kak Aila tahu yang abang Luth akan happy kalau akak happy. Jadi kak Aila kena happy. Dia mesti tak suka tengok kak Aila jadi murung macam ni. Bukan setakat abang Luth je yang tak suka. Naz dan satu family pun tak suka termasuk family abang Luth. Jadi tolong lah kak Aila. Jangan jadi pendiam. Kami nak kak Aila yang selalu ceria dan banyak bercakap dulu." Kata Tengku Nazrul panjang lebar.

Tengku Naila membalas genggaman tangan adiknya. Air mata dia mengalir laju ke pipi. Tak dapat Tengku Naila hendak menahan.

Bila teringat saja tentang Tengku Luthfi. Pasti air matanya akan mudah untuk mengalir. Seperti air terjun.

**********

"Urgh.." Mengerang sakit Tengku Luthfi apabila dia menggerakkan sedikit kaki kirinya.

Sakit. Sudah dua minggu dia menumpang di rumah seorang lelaki tua yang berada di dalam hutan setelah helikopter yang Tengku Luthfi naik terhempas ke dalam gaung.

Untung ada seorang pak cik yang menolongnya ketika itu. Tapi yang tidak untungnya, segala barang Tengku Luthfi hilang. Tidak tahu ke mana.

Tengku Luthfi hanya mengalami patah kaki, luka di bahagian lutut kanan dan kedua siku dan pipi kanannya ada calar panjang. Walaupun tidak seteruk masa awal-awal kena, tetap saja kelihatan kesan calar panjang di mukanya.

Bibirnya yang pecah, sudah pun pulih. Itu berkat dari pak cik yang menjaganya. Kakinya yang patah sudah tak berasa sakit seperti di awal. Cuma masih ada terasa nyeri setiap kali dia cuba menggerakkan kakinya. Siku dan lututnya pula masih terasa sengal.

Perlahan-lahan Tengku Luthfi bangun dari baringannya. Setelah berjaya, dia menyandarkan badan di dinding yang berlapik daun pelepah.

Walaupun tidak semewah rumah di bandar. Tetap saja rumah ini yang merasa nyaman.

Terkelip-kelip mata Tengku Luthfi memandang ke luar tingkap rumah. Dipandang suasana yang sejuk dan dapat dilihat ada air sungai yang tenang mengalir.

Tiba-tiba dia teringat akan isterinya. Sudah sebulan dia hilang tanpa khabar. Dia terfikir bagaimana lah kehidupan isterinya sekarang. Mesti sedih. Bila dia mengenangkan dirinya begini. Dia jadi berfikir banyak kali sama ada mahu balik atau tidak.

Keadaannya agak kurang sempurna. Tapi rindu dia pada Tengku Naila sudah tak terhingga. Dia rasa dia perlu balik. Tengku Naila perlukan dia dan dia sendiri pun perlukan Tengku Naila.

Tak lama selepas itu, pintu rumah dibuka dari luar. Muncul lah pak cik yang membantunya.

"Dah bangun kau, Luthfi?" Tanya pak cik itu.

"Dah pak cik." Jawab Tengku Luthfi.

"Keadaan kau macam mana? Masih lagi ada rasa sakit? Kaki kau tu? Aku rasa lebih baik kau balik dan pergi ke hospital untuk dapatkan rawatan yang lebih baik. Aku ini hanya bantu apa yang mampu. Tapi aku nampak kau dah sihat sikit. Boleh lah kau balik. Kau tahu nombor keluarga kau? Suruh diaorang ambil kau di sini." Kata pak cik itu kepada Tengku Luthfi seraya melabuhkan duduknya di pangkin hadapan rumah.

"Boleh pak cik. Saya pun ada terfikir nak balik. Dah sebulan saya menumpang di rumah pak cik. Pak cik ada telefon? Boleh saya call keluarga saya." Pinta Tengku Luthfi.

"Ada. Sekejap." Pak cik itu lekas mengambil handphone nya di dalam kocek seluar.

Setelah itu, pak cik tersebut beri kepada Tengku Luthfi. Tengku Luthfi ambil dan mengucapkan terima kasih kepada pak cik itu.

Memang lah bukan handphone yang mahal dan touch screen yang selalu dia guna. Tapi tetap saja Tengku Luthfi bersyukur kerana masih mampu untuk dia guna menelefon keluarganya.

**********

"Siapa call abang?" Tanya Puan Sri Eva.

Tan Sri Tengku Firash agak diam beberapa minit sambil menatap wajah isterinya. Nafas lega dilepaskan seraya memeluk sang isteri. Anak-anak mereka yang melihat muka kebingungan.

Puan Sri Eva turut bingung. Tapi dia tetap membalas pelukan suaminya.

"Luthfi call abang tadi." Beritahu Tan Sri Tengku Firash sembari melepaskan pelukan.

Dipandang wajah isteri dan anak-anaknya. Masing-masing terkejut seakan tidak percaya dengan apa yang Tan Sri Tengku Firash beritahu barusan.

"Betul ke ni daddy?" Tanya Tengku Elya.

"Kita kena bagitahu Naila dan keluarga dia. Tadi along ada bagitahu tempat untuk ambil dia. Along suruh bawa Naila sekali. Kata along tempatnya tak jauh dengan tempat dia terhempas. Kita sampai sana nanti akan ada seorang pak cik ambil kita. Lebih baik kita pergi sekarang." Terang Tan Sri Tengku Firash panjang lebar.

"Boleh abang. Sayang bagitahu Amanda dulu." Kata Puan Sri Eva.

Tengku Elya dan Tengku Nuha sudah berpelukan. Tengku Lutfan mengucapkan rasa syukur.


Tbc..

Tengku Luthfi tu hero. Tak boleh mati😂

Don't forget to VOTE and COMMENT❤️✨

MRS LUTHFI : MY LOVER [C]Where stories live. Discover now