BAB 34

24 8 0
                                    

"NAK balik kampung ke?" Raudah melabuhkan punggung di samping Zaara yang sedang mengemas beberapa baju-baju dari dalam almari untuk dilipat dan di masukkan ke dalam bagasinya.

Zaara mengangguk "Ya, seminggu lagi nak raya kan." Balas Zaara sambil tersenyum.

"Jam berapa flight kau?"

"Esok pagi, jam 8.30 macam tu."

Raudah diam tanda faham, gerak geri sahabatnya itu dia tenung lama. Sampailah Zaara perasan yang Raudah dari tadi memperhatikan dirinya.

"Kau kenapa?" tanyanya pelik. Raudah ketawa kecil.

"Tak lah, aku tengok kau ni sejuk mata aku memandang... Kau sesuai jadi Isteri yang solehah, tapi kenapa masih ada yang tak berkenan jadikan kau menantu? Kalau aku lah, dah bersyukur tahu dapat anak menantu macam kau ni." kata Raudah.

Zaara hanya beri senyuman seakan mahu pudar. Tanganya sibuk melipat pakaian.

"Manusia Raudah. Bagi mereka, membenci itu hak masing-masing... Tak suka itu hak sebagai manusia padahal dalam Islam, Allah membenci orang yang membenci sesama hambaNya." tutur Zaara lembut. Batinya lelah untuk membalas setiap pertanyaan Raudah berkaitan Datin Kairiah, dia masih mempunyai rasa hormat yang tinggi terhadap perempuan itu kerana dia adalah seorang ibu kepada lelaki yang dia cintai.

"Waktu kau first time kenal ibu Ahsan, dia memang sejenis macam itu ke?" soal Raudah lagi.

Tak hairan, waktu-waktu macam ini Raudah memang aktif ajukan soalan pada Zaara. Dia akan jadi wartawan yang tidak berbayar.

"Aku pertama kali kenal ibu Ahsan tu melalui telefon je... Ahsan kenalkan, lepas itu perhubungan kami berjalan dengan baik. Dia pun terima aku dengan hati terbuka, dia siap panggil aku menantu kesayangan mama. Masa tu kan, aku rasa macam excited lah juga sebab iyalah dia sanggup terima perempuan yang tak kaya raya macam aku ni. Dia seorang Datin yang down to the earth, tak macam datin-datin yang lain... Tapi expectation aku terlalu tinggi."

Zaara ketawa kekok di hujung percakapannya. Raut wajahnya berubah muram dan sedih, kuat keinginanya untuk hidup bersama Ahsan tapi dia faham. Perkahwinan tanpa restu orang tua, tidak ada keberkahanya jadi dia sebagai orang luar haruslah mengalah.

"Munafik." herdik Raudah, bahu Zaara terhinjut bila dengar apa yang Raudah kata.

"Raudah... Janganlah cakap macam tu." Zaara cuba tenangkan dia. Masih mahu membela Datin Kairiah.

Raudah tayang riak wajah meluat. Bukan meluat pada Zaara, lebih tepatnya lagi dengan Datin Kairiah.

"Betul lah aku cakap. Dia seorang yang munafik, untuk apa dia buat semua tu? Nak nampak baik depan anak dia? Then sekarang dia terima kau tak? Tak. Dia berdegil nak jodohkan Ahsan dengan perempuan yang lelaki tu langsung tak berkenan. What kind of mothers she is? Tugas ibu itu memberi keinginan anaknya, bukan memaksa." Raudah masih panas hati.

Zaara menghela nafas panjang. Dia sendiri pun tak faham apa yang membuatkan Datin Kairiah sangat memarahinya sehingga tak setuju hubungannya dengan Ahsan. Mungkin perbezaan kasta, Zaara bukan jadi pilihan.

"Tak payah cakap lah tentang dia tu... Aku nak fokus mengemas ni baik kau tolong aku, cepat sikit nak siap." Zaara pantas bangun menuju almari yang berhadapan dengan katil. Sengaja mahu mengubah topik agar Raudah berhenti bercakap mengenai Datin Kairiah.

----

DYLAN duduk di beranda rumah sambil menikmati angin malam. Rambutnya ikut berterbangan seiringan dengan tiupan angin bayu. Niatnya mahu mengubat hati yang sedang gunda gulanah, tapi makin bertambah rasa rindunya terhadap Zaara Aisyah.

Seorang wanita yang awalnya asing di kornea matanya, namun sekarang kedua matanya tercari-cari susuk wanita itu.

"Dy, mama dah masak lauk untuk dy sahur esok. Nanti panaskan je."

Dylan menoleh ke arah ibunya yang berdiri di belakang.

"Okay mama, terima kasih sebab masak." jawabnya. Dylan bertingkah seperti tidak ada apa yang berlaku, dia sedaya upaya menyorok luka di dalam hatinya agar ibunya tidak tahu.

Namun firasat seorang ibu tak pernah berbohong. Perlahan-lahan Puan Zhang mendekati anak lelaki tunggalnya itu, bahu kanan Dylan di sentuhnya.

"Nak kongsi apa-apa dengan mama?"  tegur Puan Zhang.

Dylan tersengih, seraya kepala di gelengkan.

"Nothing mama, I'm fine." tipu Dylan. Puan Zhang pandang dia seperti tak percaya.

"Jadi, nak cakap firasat mama itu salah?"

Puan Zhang sengaja mahu memancing. Dia tahu anaknya itu lembut hati, tak mahu berahsia dengan ibunya. Lagi-lagi berkaitan wanita yang sudah mendapat restu ibunya.

"You fight with Zaara?" Puan Zhang cuba untuk meneka. Laju dia gelengkan kepala untuk menafikan.

"nà zěnme bàn? (Then?)"

Dylan tetap diam, tak mahu buka suara tentang apa sebenarnya berlaku antara dia dan Zaara. Dia tak mahu ibunya tahu yang sebenarnya mereka berdua hanya berkawan sahaja, tak lebih dari itu.

Puan Zhang pula berandaian sendiri. Mungkin Dylan malu mahu bercerita soal hubungan percintaan padanya, jadi dia tidak memaksa Dylan cuma dia menitipkan sedikit nasihat sebelum dia berlalu pergi.

"Kalau cinta, selalu lah mengalah. Kerana sikap wanita seperti anak kecil yang tak ada penghujungnya." ujar Ibunya.

Dylan membalas kata-kata Puan Zhang hanya dengan menunjukkan senyuman nipis di hujung bibirnya. Dalam hati Dylan berbisik, perlukah dia mengalah dalam hubungan ini? Perlukah dia mengalah untuk tidak memperjuangkan cinta Zaara lagi.

----

BEBERAPA bekas plastik yang berisi kuih muih diberikan pada kami. Hasil daripada orang yang memberi infak pada pihak masjid, jadi ada selebihnya abah akan hantarkan pada kami di rumah untuk berbuka.

Ada bermacam jenis kuih, sampaikan rambang mata aku dibuatnya. Ada karipap, kuih onde-onde, dan kuih nona manis! Waktu dekat Mesir kuih-kuih ni semua selalu terbayang di kornea mata. Dekat sana mana ada kuih Malaysia, paling tidak pun aku dan Raudah kerap jamah kunafa ataupun basbousa yang berbentuk seperti kek, dan rasa manis disebabkan ia direndam dengan air gula.

Hari ni boleh lah makan puas-puas.

"Rajin sangat Isyraf tu hantar makanan dekat sini kan ummi." Rabiatul tiba-tiba bersuara namun matanya fokus memandang telefon.

Aku waktu itu sibuk membantu ummi menghidang beberapa makanan untuk berbuka nanti. Anak mataku tak lepas dari melirik arah dia yang sedang duduk di sofa.

"Apa yang kamu nak sampaikan ni... Haa Rabiatul?" tanya ummi acuh tak acuh. Ummi sendiri pun tak ada mood nak melayan. Rabiatul je ni melebih, sibuk sebut si Isyraf tu.

"Iyalah, dia kan kenankan kakak." Rabiatul ketawa mengekek.

"Kau jangan nak haha hihu sangat, silap-silap Isyraf tu jodoh kau... Kau kan suka nak sebut dia. Jodoh ni ada dua saja tau, pertama orang yang selalu sebut nama kita. Kedua pula ialah orang yang selalu kita sebut namanya, kau jaga-jaga." Cepat aku membidas usikkan Rabiatul tadi. Dia terus merengek di hadapan ummi, tak mahu di doakan sebab katanya doa kakak itu makbul.

Eleh dia yang mula dulu, lepas itu mengada nak merengek.

Kasih Zaara (COMPLETED)Where stories live. Discover now