BAB 35

24 8 0
                                    

"Ibu tak boleh gerak sangat, kena banyakkan berehat... Kalau boleh jangan buat kerja dulu. Nanti lutut ibu sakit lagi."

Aku hanya mendengar kata yang ummi tuturkan pada nenek yang duduk di hadapan kami sambil mengurut lututnya sendiri. Hari ni kami sekeluarga berkumpul di rumah nenek, sebab adakan kenduri doa selamat sebelum menjelang Hari raya.

Wajah nenek dan postur tubuhnya aku teliti dengan lama. Pucat sahaja dia hari ini, lesu dan seperti tak bermaya. Namun nenek gagahkan sebab mahu bersemuka dengan kami. Seketika hatiku sayu, sempat juga aku berdo'a ketika itu agar Allah panjangkan lagi usia nenek untuk melihat perkahwinan aku kelak.

Kerana hanya aku dan Rabiatul saja yang belum berkahwin di hadapan matanya. Sepupu-sepupu yang lain sudah berumah tangga dan beranak pinak, nenek sudah bergelar moyang kepada cicit-cicitnya yang lain.

"Zaara, sudah ada calon suami ke?" Nenek mula menyoal.

Aku ketawa kecil, kepala aku anggukan dengan maksud yang aku sudah berpunya.

"Mari tangkap gambar sama-sama, nanti boleh hantar dekat boyfriend Zaara. Bagi dia tengok."

Aku hanya menuruti kata nenek untuk tangkap gambar bersama. Namun hatiku resah, pada siapa aku mahu hantar gambar ini. Pada Ahsan? Ahsan sepertinya masih sibuk dengan urusan kerjanya, rasa segan pula untuk hantar gambar ini tiba-tiba.

----

SYAWAL kedua, sepatutnya kami sekeluarga masih bergembira dan berkunjung ke rumah saudara mara yang lain. Tapi takdir mengubah itu semua, kami dikejutkan dengan panggilan telefon dari mak saudara belah abah. Mereka beritahu yang nenek sudah menghembuskan nafasnya selepas zohor tadi.

Mataku sudah sembab bila tak habis-habis menangis dari rumah sampailah dalam perjalanan ke rumah nenek. Pilu hatiku bila masih terbayang-bayang wajahnya beberapa hari lepas, di mana nenek mengajak aku bergambar bersama. Pintanya agar aku tunjukkan pada kekasih hatiku.

Ya Allah, secepat inikah?

Aku tertunduk. Serba salah mula memenuhi ruang hatiku kerana tak dapat menunaikan keinginanya yang mahu melihat perkahwinan aku nanti.

Jasad nenek hanya dapat aku lihat dari kejauhan saja. Di dalam kamar itu hanya dipenuhi oleh anak-anak perempuannya dan juga ummi, menantu perempuannya. Mereka membersihkan nenek juga masing-masing mahu mencipta moment terakhir lagi indah dengan Ibu tercinta.

Jadi aku faham, aku tak mahu menggangu ibu-ibu saudaraku.

Aku hanya duduk di ruang tamu, tepatnya di sofa berhampiran pintu. Aku masih termenung memandang tingkap yang ada di depan, aku cuba untuk menahan air mata yang hampir mahu pecah di tubir mata. Tapi kadang kala aku tak kuat, bila melihat abah. Dia sudah Kehilangan susuk seorang ibu, di mana tempat seorang anak harus pulang bila lelah selain isterinya.

Walaupun abah tak menunjukkan airmata yang menitis di hadapan kami anak beranak, tapi semestinya aku tahu bagaimana perasaan abah saat ini. Tidak ada kata yang boleh menggambarkanya.

Skrin telefon yang malap aku tenung. Waktu seperti ini, aku sangat memerlukan Ahsan. Tempat untuk bercerita, tempat untuk melepaskan segala air mataku. Jujur, aku merindukan dia. Di awal hubungan kami dulu Ahsan selalu ada untuk aku, tak pernah pun dia mencipta jarak seperti ini.

Telefon yang masih di dalam genggaman itu aku letak semula ke dalam beg tangan. Mungkin belum masanya untuk aku ceritakan pada dia berkaitan hal ini. Ada hari yang panjang menanti kami berdua di kemudian hari, insyaAllah.

-----

"SABAR tau... Dari Allah kita datang, pada Allah juga kita kembali." Raudah mengusap belakangku.

Aku cuma diam, pandangan kosong aku tumpuhkan ke depan. Emosi ku masih belum stabil, mujur Raudah terus bergegas datang bila aku sampaikan berita tentang arwah nenek aku pada dia.

Dia bercadang akan stay lama di sini, selama kami cuti bekerja. Dan keluarga aku pun tak menghalang, sebab mereka tahu Raudah satu-satunya kawan yang aku ada. Yang selalu ada waktu aku susah dan senang, hanya dia yang tahu keluarga aku macam mana.

Kami berdua duduk di depan tv, seronok melayan cerita Hindustan. Tapi tergendala seketika di sebabkan berita, jadi aku termenung tanpa bersuara. Mungkin Raudah risaukan aku, sebab itu dia cuba tenangkan tadi.

Tiba-tiba Datin Kairiah muncul di permukaan tv, dia sedang mengagihkan beberapa sampul duit raya pada tetamu-tetamu yang hadir di majlis rumah terbuka mereka. Selepas kamera di halakan pada Dato Kamarul dan Datin Kairiah, kini giliran anak lelakinya pula menjadi tumpuan kamera.

Bibirku tersenyum, adakah ini takdir? Berapa hari ini aku rindu untuk melihat kelibat Ahsan. Dan hari ini mereka muncul di rancangan tv. Ahsan dan keluarganya setiap tahun akan adakan majlis rumah terbuka. Tapi baru kali ini aku berkesempatan untuk tonton secara langsung.

Dia nampak segak dengan warna baju cream yang dia kenakan hari ini, walaupun tiada senyuman yang terpancar di wajahnya. Suram sahaja, berbeza dengan ayah ibunya yang senyum hingga ke telinga.

"Kau rindu dia?" Raudah bersuara di samping.

"Tak." jawabku endah tak endah.

"Eyes never lying Zaara."

Aku diam. Ketara sangat ke aku tengah angaukan Ahsan sekarang?

"Bukan main baik ye Datin ni depan orang ramai, peramah sangat lah tu kononya. Menyampah pula aku." Raudah mula berleter.

"Kenapa tudung dia atas dada... Ya Allah dia sedar tak pakaian dia tu sendat. Aku perempuan pun malu nak tengok." kata Raudah lagi.

"Biarkan aje lah dia." Aku tekan remote dan tukar ke rancangan Arab. Sesuai dengan Raudah, kut kut dia rindu perkembangan kampung halaman.

"Anyway semalam aku nampak Datin Kairiah ni menyanyi sakan, sampai tak kisah sumbang mambangnya." Sempat lagi Raudah nak mengata mak Ahsan, dia ni kan tak kena dengan bangsa. Kuat sangat membawang, sepatutnya dia lahir kat Malaysia.

"Dekat mana kau tengok?" tanyaku. Pelik juga macam mana Raudah boleh jumpa video nyanyian dia.

"Semalam aku tengok tv waktu kau pergi solat... Lepas tu keluar lah video dia sedang bersuka ria, bernyanyi entah lagu apa. Kenapa tak ada yang kecam eh? Suara bukan sedap mana pun." jawab Raudah sambil matanya ralit pandang rancangan yang terpapar.

Aku berdecit kecil. Hampir terhambur ketawa aku dengar pendapat jujur daripada Raudah.

"Mungkin sebab dia kaya kut, iyalah Datin kan. Tak ada siapa buka mulut... Nanti ash-shurṭa (police) tangkap." ujarku sebelum ketawa halus.

Raudah geleng-geleng kepala. Tak lama kami berdiam diri, abang Im muncul dari kawasan dapur lalu menuju ke arah aku.

Dapat aku nampak anak matanya melirik sekilas ke arah Raudah yang duduk di sebelah. Namun dia berlagak tenang, nak acah-acah cool.

"Dah makan ke?" soal abang Im tiba-tiba. Aku kerutkan kening, mimpi apa abang Im ni tiba-tiba tanya aku macam tu.

"Amnesia ke? Kan kita dah makan tadi."

Abang Im seperti salah tingkah, perasan lebih. Sedangkan Raudah sikit pun tak pandang dia.

"Tidur lah awal, esok kan kita nak pergi kenduri kat rumah nenek." arahnya lalu angkat kaki dari hadapan kami. Secepat kilat dia hilang dari pandangan.

Aku mengangguk kaku, pelik saja aku tengok abang Im dua tiga menjak ni.

Kasih Zaara (COMPLETED)Where stories live. Discover now