BAB 36

29 8 1
                                    

ZAARA sandarkan badan sepenuhnya di sofa yang ada di ruang tamu itu sambil menadah tangan, mengiringi doa yang dibaca oleh Imam untuk kenduri tahlil arwah neneknya.

Matanya sudah hampir mahu terlelap, mengantuk. Tambah lagi perutnya memulas pedih, jadi dia sedikit tak bersemangat hanya duduk diam saja.

"Assalamualaikum."

Zaara dan Raudah menoleh ke arah pintu. Isyraf dan Haikal serta beberapa kawan mereka meluruh masuk seraya tangan di angkat, turut membaca doa.

Rabiatul mula melaga bahu kakaknya itu, sengaja mahu padankan lagi mereka berdua. Zaara hanya menjeling tajam, malas nak melayan karenah Rabiatul.

"Aamiin ya rabbal alamin."

Zaara tegakkan kembali duduknya. Sedia mahu menyantap makanan yang sudah terhidang, Isyraf pula tak henti-henti memandang Zaara secara curi-curi. Warna baju mereka hari ini kebetulan sekali lagi sama, agak kehijauan. Sebab itulah Rabiatul riang gembira nak mengusik.

Tapi Zaara tak hiraukan pun warna baju mereka yang selalu ada kesamaan warna secara tiba-tiba. Baginya mungkin Isyraf mempunyai citarasa warna yang sama dengannya, ada citarasa yang sama tak semestinya berjodoh.

"Lelaki itu ke yang kau cerita?" Raudah berbisik. Zaara hanya angguk, sibuk gapai lauk pauk untuk di makan.

Raudah angguk-angguk faham. Mulutnya dibulatkan sedikit, rasa nak usik Zaara juga.

"Kenapa kau tak terima lamaran dia? Kuat agama pula tu. insyaAllah suami yang baik." kata Raudah. Zaara putarkan bebola matanya ke atas, sekarang dia harus berhadapan dengan Raudah pula dalam bab-bab mengusik ni. Nasib lah Raudah tak reti cakap melayu dan Rabiatul tak boleh bertutur dalam bahasa arab. Kalau tidak, sudah lama mereka menyakat Zaara tentang Isyraf.

"Aku tak berkenan. Apa kata kau aje yang jadi Isteri dia." Balasan Zaara tetap sama macam mana dia membalas usikkan Rabiatul tempoh hari. Kalau terlalu berkenan, baik mereka yang berkahwin dengan Isyraf.

"Kau sendiri tak nak, apatah lagi aku." ujar Raudah.

"Eleh, abang aku... kau nak?" Giliran Zaara pula mahu padankan Raudah dengan abangnya, Ismail. Raudah pantas menggeleng namun wajahnya berubah merah. Singkat kata, tolak-tolak mahu juga.

Zaara hanya gelengkan kepala dan mula makan. Tak sampai berapa suap, maksu Zaara keluar dari perkarangan dapur dan datang menghampiri tetamu yang hadir.

"Jemput makan ya, nanti tambah."

"Kalau sedap saya masak... Tak sedap, orang dapur yang masak."

Percakapan itu diiringi tawa yang bersahaja. Raut wajah Zaara terus berubah bila mendengar akan hal itu. Dan reaksi Zaara menarik minat Rabiatul, pelik kenapa macam tak suka saja bila maksu kata begitu.

"Kak, kenapa?" Rabiatul angkat kening, ingin tahu.

"Tak baik lah maksu cakap macam tu, boleh mengguriskan hati orang yang memasak." Zaara basuh tangan, tak selera nak makan banyak-banyak. Nasib dia kauk sikit saja tadi.

Rabiatul hanya terdiam melihat tingkah kakaknya. Memang Zaara kurang senang bila melihat sesetengah orang suka merendahkan orang lain, yang bangga dengan diri sendiri. Padahal tak sepatutnya mereka berkata begitu lagi-lagi di hadapan ramai orang.

"Kalau kena kat ummi, ummi tak pernah cakap macam tu... Paling pun ummi akan cakap semua orang boleh memasak, tapi tak semua boleh jaga kebersihan pada masakkan. Tertib itu penting." sambung Zaara lagi. Rabiatul mengangguk faham setelah diberi tazkirah percuma oleh kakak sendiri.

"Kau berdua cerita apa? Mengumpat aku eh?" Siku Zaara sengaja di cuit oleh Raudah.

"Ish kau ni, suudzon je kerja kau." Bidas Zaara lalu beralih kemas pinggan mangkuk yang sudah di guna. Raudah sedikit mencebik, anak matanya melirik ke arah Ismail yang dari tadi memandang ke arah dia.

Ismail tersenyum nipis, namun ekspresi Raudah tetap kaku dan membatu. Bila Ismail mula diliputi rasa segan dan malu, dia hulur sepinggan yang berisi kuih pulut panggang kepada Raudah.

Nak cover malu.

-----

AKU mendagu beralaskan lutut sendiri. Posisi aku sekarang sedang duduk sendirian di beranda rumah yang jaraknya memang jauh dari bilik-bilik yang ada. Entah lah, malam ni rasa serabut sikit dan mata pun belum masanya nak terlelap. Jadi aku mengambil keputusan untuk 'healing' sendiri di luar mengambil angin malam yang agak sejuk.

Hati aku terdetik pada Ahsan. Sudah hampir dua minggu lebih dia tak hubungi aku, apa sebenarnya yang dia mahukan? Macam inikah caranya dia nak menunaikan janji. Sampai bila?

Atau dia tak mahu hubungi aku sebab kata-kata yang aku beri pada dia beberapa minggu lepas, kali terakhir kami berjumpa di lapangan terbang sebelum aku bertolak ke Malaysia.

Kami sempat beradu mulut seketika, mungkin itu silap aku yang marah dia meluluh. Sehinggakan percakapannya masih segar di mindaku, seringkali memukul jiwaku juga.

"Ini lah awak, waktu bercinta semua okay. Bila dah benci semua perangai buruk keluar dari mulut awak."

Padahal jauh di sudut hati, aku berbuat demikian kerana mahu dia jauhkan diri dari aku. Aku tak mahu hubunganya dengan Datin Kairiah makin keruh di sebabkan aku, jadi ini rasanya keputusan terbaik. Biarlah Allah menetapkan takdir buat kami berdua, soal janji insyaAllah aku akan sentiasa menanti janjinya. Sehinggalah dia bersanding di hadapan mataku sendiri, sekurang-kurangnya aku tak ditunding memungkiri janji.

Nafas yang panjang dilepaskan secara perlahan. Selang berapa saat, Zaara angkat punggung dari tempat duduknya. Berniat mahu menunaikan solat sunat tahajud dek kerana hatinya masih berasa resah dan tidak tenang. Dia mahu meminta petunjuk Allah, sesungguhnya tiada sesiapa pun yang dapat menolak takdir dari Dia yang Maha Esa.

----

"Subhanallah, subhanallah, subhanallah."

Tak henti-henti bibir Ahsan melafazkan nama yang Agung itu. Tanganya bermain di setiap butir-butir tasbih yang dia pegang, airmatanya pula tak habis-habis mengalir membasahi pipi. Hatinya rindukan Zaara, sangat! Tapi dalam masa yang sama dia menghormati Datin Kairiah. Walaupun bukan ibu kandung, tapi dia menghargai penat lelah perempuan itu membesarkanya lagi-lagi dia masih bergelar isteri pertama ayahnya. Semestinya Ahsan terikat dan tersepit dengan tindakan yang dia akan lakukan nanti.

"Ya rabb, aku mencintainya. Aku mahu memiliki akan dirinya. Tapi aku juga tak mahu menderhakai ibu atau ayahku. Aku tak ingin menikahi mana-mana wanita selain Zaara Aisyah. Bukan bermaksud aku tidak menerima segala Qada dan Qadar dari engkau, namun aku percaya bahawa engkau akan mengijabah doa hambamu yang bersungguh-sungguh. Maka engkau tetapkanlah takdir kami berdua sesuai redha mu. Engkau satukanlah kami di dunia dan akhirat mu."

Makin laju airmatanya mengalir. Hanya dengan do'a dia mampu lakukan untuk memperjuangkan Zaara. Hanya Allah sahaja menjadi andalanya untuk meluluhkan hati Datin Kairiah, jika dengan do'a juga nasibnya masih seperti ini. Dia redha atas apa juga ketentuan Allah S.W.T.

Kasih Zaara (COMPLETED)Where stories live. Discover now