BAB 27

300 20 1
                                    

"fuhh, bismilah. Harap orang tua tu tak tau result keluar harini" Nellysha mengucap sebelum melangkah masuk ke dalam rumah.

Dato Naim sedang melihat telefon pintarnya di ruang tamu "ehemm..tak reti nak bagi salam ke?" Sindir Dato Naim.

Bergetar badan Nellysha bila ditegur 'aduu ingatkan tak nampak tadi. dia ni ade 4 mata ke ape?'

"A..asalamualaikum, Sha dah balik." Nellysha cuba berjalan dengan cepat untuk masuk ke bilik tetapi dilanggar oleh nurin yang sedang turun dari tangga.

'Haihh, habislah.'

"daddy, nak tahu tak? harini kan result trial spm dah keluar." jeling Nurin dengan gembira. 'Hhmm tak saba nak tengok Nellysha kena marah'

Dato Naim hanya mendiam kan diri dan menoleh ke arah Nellysha yang ingin lari ke atas.

"Nellysha Amani! mana kertas result kau?" teguk liur Nellysha bila dipanggil oleh Dato Naim.

"amm daddy, Nell lupa la nak bawak balik paper tu...ter..tertinggal kat sekolah" gagap Nellysha sambil mengatur nafas

Kaki Nellysha bergetar berdiri di hadapan Dato Naim sambil menyembunyikan paper result nye dibelakang.

"takya percaya daddy. Dia ni kan penipu mesti dia ada sorok kat mana-mana" Nurin yang berada di samping Dato Naim menjeling ke arah belakang Nellysha.

"haa tu apa!!!" Sergah Nurin. Dia segera pergi ke arah Nellysha dan cuba merampas kertas di tangan Nellysha....mereka bermula bergelut untuk mendapatkan kertas tu.

"CUKUP!!! NELLYSHA SEJAK BILA KAU PANDAI MENIPU HAA" Dato Naim mula menyerkah Nellysha sehingga bergema rumah dibuatnya. Kertas yang berjaya dirampas oleh Nurin terus dituju ke arah Dato Naim

"6A+,2A,1A-...ni je??...anak si Hazreel tu dapat berapa?" soalan tu membuatkan Nellysha makin takut.

"aduu daddy ni macam tak tahu pulak, mestilah abang Haider punya markah lagi ok. Dia kan pandai, dahlah femes. Hmm nak bandingkan dengan perempuan ni. Dah la bodoh setakat dapat 6A+ je buat ape" kata Nurin tanpa belas kasihan ibarat macam makcik-makcik bawang.

"ehh perempuan! kau diam boleh tak?" pandangan maut yang Nellysha berikan tidak membuatkan Nurin takut.

"kau tak belajar ke!? aku bayar yuran sekolah kau mahal2 ni yang aku dapat..." jerkah Dato Naim. Makin kuat air mata Nellysha. Tak mampu tahan akhir matanya jatuh ke pipi.

"kau tu bodoh! tak layak ade kat keluarga aku. Aku suruh kau belajar tapi kau ape sibuk bercinta dengan jantan lain. Berapa banyak dorang bagi duit kat kau untuk kau puas kan dorang?" Dato Naim menunjal kepala Nellysha dengan jarinya. Makin lama makin teruk fitnah yang didapat oleh Nellysha.

"bi... bila masa Sha layan lelaki... daddy tu apa bezanya... ayah orang lain takde pun buat anak di macam ni... lagi satu, daddy fitnah Sha tanpa unsur bukti. Daddy tau tak tu semua Nurin yang buat bukan Sha!!!" esak Nellysha. Matanya merah dan menangis tak berhenti-henti.

"Melampau kau ni!" Dato Naim menampar muka Nellysha dengan kuat sehingga ada kesan pada wajahnya lalu Dato Naim melepaskan tali pinggangnya dan terus menerus memukul Nellysha dengan kuat sehingga meninggalkan kesan yang agak teruk pada badan Nellysha.

"aku tak pernah ajar kau biadap macam ni...jangan nak fitnah adik kau, dia tu pelajar cemerlang bukan macan kau bodoh!!!" Dato Naim mencampak jauh tali pinggangnya lalu memijak-mijak badan Nellysha. Nellysha hanya mampu menangis dan menutup kepalanya menggunakan tangannya. Takde beza kalau dia lari sekarang, kaki nya berasa sangat lemah.

Nurin yang berada di sofa kelihatan gembira dapat melihat Nellysha dipukul Dato Naim.

"kau pergi masuk bilik kau. Aku taknak tengok muka kau kat sini, jijik aku dengan kau!!" perkataan yang dikeluar oleh Dato Naim membuat kan hati Nellysha seperti dicucuk-cucuk. Kakinya terasa sangat lemah tetapi dia tetap berusaha untuk berjalan.

Nellysha mengunci dirinya di dalam bilik.

"arghh tak guna tak guna tak guna!!!" Nellysha memukul dirinya. Berasa tak puas hati melihat Nurin bergelak ketawa sedangkan dia menangis dengan teruk. Tiada siapa yang dapat bantu dia, Datin Aminah keluar dengan Cik Salma untuk beli barang dapur.

"fine, aku bukan anak kau kan? aku akan berambus dari tempat ni" Nellysha menukar pakaian dan bersiap untuk lari dari rumah. Dia sudah balut kakinya yang cedera teruk akibat dipukul tadi.

Skip

"aku nak pergi mana ni? takkan aku nak mintak tolong aurora lagi." Nellysha mula berpikir kemana agaknya dia mahu pergi. Kalau arwah nenek belah mak dia ada mesti dia dah pergi kat situ tapi kalau pergi rumah nenek belah ayah tirinya nanti mesti nenek call daddy.

"arghhhh mana niii... wait bukan mommy pernah cakap ke rumah nenek belah papa kat mana..mana ehh? come on Nellysha remember..." dia cuba ingat di mana rumah nenek ayah kandungnya.

"hahh!! Kampung Seri Cempaka!!" Nellysha mencari nama kampung tersebut untuk melihat jikalau ade tiket bas terdekat untuk kesana.

"RM 30!?? mahalnya. Adu, cukup ke tak duit makan aku ni hmm bismilah..." Nellysha beratur untuk membeli tiket bas ke Kampung Seri Cempaka.

"aa akak, satu tiket bas pergi Kampung Seri Cempaka."

"RM 30 tapi kalau awak student awak boleh dapat RM20 je"

"amm kalau macamtu nak yang student la"

"ok, boleh tunjuk kad pelajar tak?"

"adu aaa saya tertinggal la kak takpe ke?" tipu Nellysha.

"hmm takpe laa... nah ni tiket bas, pintu nombor 2 ye"

"thank you"

Nellysha berjalan ke arah kedai mini market untuk membeli makanan untuk dimakan dalam bas tetapi dia terlanggar dengan seorang pakcik.

"ehh sorry, pakcik ok?" Nellysha melihat muka pakcik tersebut dan membantu pakcik tersebut.

"ok je.. apa kamu buat pukul 12 malam kat sini?" soal pakcik tersebut.

"ouh saya nak balik kampung... saya pergi dulu ya cik jaga diri" Nellysha beredar dari situ dan menuju ke mini market tersebut.

Nellysha membeli waffle perisa coklat peanut, air mineral dan tisu poket. Duit sikit, makanan pon beli yg murah - murah.

Nellysha keluar dari mini market itu dan masuk ke dalam bas. Nellysha mengambil tempat di sebelah tingkap.

Nellysha memejamkan matanya dan menahan rasa perit di tubuhnya yang dipukul oleh bapa tirinya tadi.

TBC
******************
Jangan lupa vote!

Enemy to LoverWhere stories live. Discover now