SPECIAL PART

309 13 2
                                    

"Assalmualaikum, mama papa." Nellysha memberi salam sambil memegang perutnya yang sedang sarat. Haider di belakang sedang membawa beg pakaian mereka. Nellysha dan Haider menyalam kedua orang tuanya.

"Dah besar dah perut menantu mama ni." Nellysha hanya tersengih mendengar kata-kata Datin Hana.

"Due date Nellysha bila? Lusa dah kena masuk hospital kan?" Tanya Dato' Hazreel.

"Haah paa, hospital dekat dengan rumah ni. Kitorang duduk lah sini dulu sebab mak buyong ni rindu katanya." kata Haider sambil mengerling ke arah Nellysha.

"Jom lah masuk, rehat lah dalam bilik dulu. Kamu berdua mesti penat berjam-jam kat dalam kereta." kata Dato' Hazreel. Nellysha dan Haider menganggukkan kepala dan berlalu meninggalkan Dato' Hazreel dan Datin Hana.

Sampai sahaja di bilik, Nellysha melabuhkan punggungnya di atas katil yang empuk. Haider meletakkan beg pakaian di tepi katil lalu dia mendekati Nellysha yang sedang senyum dan menunggunya untuk membukakan tudung shawl. Nellysha dah pakai tudung ye guys.

Nellysha menarik dan menghembus nafas. Mengah betul naik tangga tadi.

Haider membalas senyuman Nellysha. Dia mencabut satu per satu kerongsang dan meletakkannya ke meja solek. Dia mencampak tudung dan anak tudung Nellysha di dalam bakul.

Haider memeluk Nellysha. Haider menyembamkan mukanya ke batang leher Nellysha dan menghidu leher Nellysha yang wangi itu. Bau Kegemaran Haider. Setiap sejam, mesti Haider akan mencari Nellysha dan menghidu bau Nellysha.

"Abang~" Haider mengangkat kepalanya dan memandang mata Nellysha.

"yes, sayang." Suara serak basah. Nellysha mengusap rambut Haider.

"Kalau abang mengantuk, abang tidur lah dulu" Haider menyembamkan kembali mukanya dan menggeleng.

"Abang nak teman isteri abang ni" Nellysha tergelak kecil.

"Gedik lah abang ni"

"Gedik dengan sayang je"

Skip

Pada waktu malam, Dato' Hazreel, Datin Hana, Hareeq, Haider dan Nellysha makan bersama sama. "Nell, tambah lah lagi" pelawa Datin Hana. "takpe lah mama, Nell kenyang" balas Nellysha.

Hareeq memandang Datin Hana smabil membuat muka comel "mama~ nak lagi" Haider membuat muka jijik. Datin Hana pula mengerutkan dahi. "nak lagi? Ni kali ke empat tau kamu tambah" kata Datin Hana.

"kau ni, mengalahkan orang mengandung" Nellysha hanya tambah 2 kali tetapi Hareeq menambah 4 kali. Perut buaya agaknya, sebab tu banyak ruang.

"biar lah, aku yang makan perut aku yang kenyang" Haider menggelengkan kepala "lantak kau lah, asalkan kau Bahagia" Haider menjeling Hareeq bila Hareeq membuat muka comel.

Hareeq dah terkena virus 'kecomelan attack'. Orang buat kita, kita balas dengan kecomelan attack.

Nellysha ketawa apabila melihat tingkah laku Hareeq. Nellysha mematikan ketawanya bila perutnya sakit dan dia terasa ada air yang mengalir. "A- abang, s..sakit"

Haider cuak bila dia melihat air ketumban Nellysha pecah.

"Hareeq bawak kereta, kita pergi hospital" tanpa membuang masa, Hareeq start enjin kereta manakala Haider mendukung Nellysha dan meletakkan Nellysha di seat belakang. Datin Hana bagi Haider tudung sarung untuk Nellysha.

Skip

Nellysha selamat melahirkan anak kembarnya. Dua-dua perempuan. Nellysha masih terlelap di katil hospital. Haider pula mengazankan kedua-dua puterinya. Selepas itu, Haider meletakkan anaknya ke dalam baby cage.

Beberapa minit kemudian, Nellysha terjaga dari tidur lenanya, dia melihat Haider yang sedang duduk sambil bermain telefon pintar. Haider mendengar pergerakan dari Nellysha . Terus dia menutup telefonnya dan mendekati Nellysha.

"Sayang, sayang okay ke? Nak abang panggil Doktor?" Nellysha menggelengkan kepala. "saya okay je, abang jangan risau" balas Nellysha dengan lembut sambil mengusap tangan Haider.

"Saya nak tengok anak kita."

"Sabar sayang, sayang baru je habis bersalin. Sayang kena rehat dulu." Jawab Haider.

"Okay." Jawab Nellysha ringkas. "Abang dah bagi diorang nama ke?"

"Dah. Yang kakak nama dia Haura Nathalia, yang adik Haura Nadhia."

"Pandai betul abang pilih nama. Senang lah lepas ni tak payah saya nak fikir." Jawab Nellysha selamba. Terbeliak mata Haider.

"Serious sayang? I think twin is already enough for me."

"Well then, if you say so."

                                        TAMAT

Enemy to LoverWhere stories live. Discover now