H² = 09 [⇋]

177 41 107
                                    


bab kali ni ketengahkan isu tentang pelajar yang stress dengan keputusan exam dia. perlukan mental yang kuat utk baca. jika belum bersedia, sangat digalakkan utk skip je dulu chapter ni.

boleh baca next chapter okie!


Imani

Hah?

Oi kau merokok ke?

If yes, aku haramkan kau
merokok pakai badan aku!!!

!!!

And satu lagi

Bila kau dlm tubuh aku, means
kau kena jaga maruah aku

Jangan buat benda yg memalukan!


Haifa sekadar memandang sepi mesej itu. Dia membiarkan mesej itu tidak terbalas.

"What's on earth is she talking about?"

"Kalau aku merokok sekalipun, ia affect badan aku kat sana. Bukan badan dia."

Sekali lagi asap dihembus keluar. Dia dapat puntung special hari ni hasil dia mintak dari pak cik di kedai makan. Selamba dia kata dia perlu rokok untuk projek Kimia. Sekarang dia sedang duduk lepak di dalam tandas biliknya. Haifa menyedut.


Sorry tho.

Ni cara aku lepaskan stres.

The best way.


Selamba asap dihembus keluar lagi. Setelah puas membuat 'kerja'nya, dia mengambil segayung air paip dan menyiramnya ke atas puntung. Puntung itu dimasukkan ke dalam beg plastik hitam sebelum ia diikat dan dicampak masuk ke dalam tong sampah di dalam tandas itu.

Haifa melangkah keluar dari tandas. Dia menghampiri katil, nak berbaring setelah lama duduk mencangkung di jamban kerana buat 'kerja' tadi.

Baru saja gadis itu tiba di tepi katil, tiba-tiba kakinya berhenti melangkah. Dia menoleh kepala ke kiri, memandang meja belajar milik Haifa yang berwarna beige itu. Terdetik pulak rasa nak tengok barang belajar gadis itu. Terus dia melangkah ke meja itu.

"Hai Kim!" Satu suara yang cukup dikenali menegur gadis itu. Pantas Haifa menoleh.

"You again?" Mata scarlet Haifa terbeliak, kejutan tergambar pada wajahnya. Makhluk berkaki kontot itu menarik senyum nakal lalu berjalan senang mendekati Haifa. Disebabkan Haifa sedang berdiri, terpaksa Bolat mendongak kepalanya lalu dia turut berdiri. Maklumlah, pendek.

"Kan aku pesan avoid Haifa. Kenapa kau masih contact dia?"

"How do you know this is me, not Haifa?"

"Dah kau merokok. Haifa mana ada merokok. And yup, kenapa kau tak avoid Haifa? She's dangerawrrrs." Lain macam saja sebutan Bolat, tapi dia kisah apa.

Haifa menggeruk wajah. Sempat dia merenung dalam anak mata Bolat dan mendapati iris Bolat berwarna tangerine. "No, I just can't understand why she's dangerous? If that's so, how do you know?"

Bolat tersenyum puas kerana Haifa akhirnya termasuk dalam perangkapnya. "Check her books anyway." Bolat menunjuk meja belajar Haifa dengan jari pendeknya. "The proof's there."

H Squared ✓Where stories live. Discover now