"How could he is here?" Membulat besar mata Kim melihat keadaan Bolat yang tangannya digari tu.
Bolat membalas pandangan Kim dengan riak wajah pasrah. "Kenapa kau ikut dia? Kau tak ikut cakap aku."
Haifa menanggalkan topi beanie di atas kepala, menampakkan tudung putih di atas kepalanya ada corak pelik berwarna merah. Dia menyampuk, "You can't run this time, Bolat. Kim." Haifa menoleh ke Kim lalu menyambung bicara, "Kau ada nak cakap dengan Bolat? Aku beri masa lima minit."
'She thinks this is exam, give give time?' Kim sempat tayang muka menyampah. Dia menoleh kepala ke Bolat yang sedang terkial-kial melepaskan ikatan tangannya daripada gari. "What is this? I don't get it."
Muka Bolat jelas kelihatan terdesak. "Lari, Kim. Lari. Dia bukan nak bunuh aku, dia nak bunuh kau!"
"Aku? Why? Bukan aku rampas takhta dia pun."
"Haifa tipu kau. Please percaya cerita aku. Dia memang queen dekat sini buat apa nak rampas balik takhta dia? The only thing she wants is to have the ability to transform herself into a crow form."
Kim mula keliru. Berubah jadi gagak? Tapi tadi dia ada nampak gagak bermata merah, yang mempunyai sayap kanan berwarna hijau. Dia pasti itu ialah Haifa. Kalau Haifa dah boleh jadi gagak, kenapa gadis tu bersungguh-sungguh nak dapatkan keupayaan bertukar menjadi gagak? "But she can turn into a crow! I already saw it!"
Bolat laju menggeleng kepala. Dia dah agak Kim akan salah faham hal ni. "No! The crow was not her. It was me. Sebenarnya yang berak atas rambut kau semua tu aku. Aku nak selamatkan kau. Aku tak nak kau masuk dunia ni supaya kau tak terfikir nak jumpa Haifa. Please, I beg you, Kim. Run from here!"
You know. Haifa. She's dangerous. She was actually the crows and what worse she was the queen of the crows.
She lets me to become her companion so that she could devour me in order to be a crow again.
Kata-kata Bolat tempoh hari terngiang-ngiang dalam fikiran Kim.
Aku takut yang dia nak dekati kau sebab dia nak makan kau.
Kepala Kim tertunduk ke bawah. "So... betullah Haifa masih belum boleh bertukar jadi crow. Once she eats me, she will become a crow." Lelaki itu menggenggam kedua tangannya erat. Lama dia berfikir sama ada nak percayakan kata-kata Bolat ataupun tidak.
Suara halus dan tegas milik Haifa menyampuk. "Done five minutes." Haifa mengukir senyum nipis.
Tup!
Gadis itu memetik jari. Kali ni bukan gugusan api yang muncul di atas tangannya, tetapi...
...lantai bilik itu terbuka ke bawah, membuatkan mereka bertiga jatuh terjunam.
"Kau nak buat apa? Nak bunuh kami ke, Haifa!" Kim ternyata bengang dan bingung dengan keadaan yang berlaku. Tubuhnya yang sedang berdiri bergegar sesaat sebelum hilang keseimbangan. Kim terjatuh menjunam meluru ke bawah.
Apa-apa sahaja boleh berlaku tak lama lagi. Kim tak tahu apa yang sedang menanti dirinya di bawah tu. Kemungkinan dia boleh mati selepas ni.
Tup!
YOU ARE READING
H Squared ✓
Fantasy𝘴𝘩𝘰𝘳𝘵𝘦𝘯 𝘢𝘴 𝘏², 2024 Warning: Bacaan 15+ sahaja. Kisah mereka bertukar tubuh di bawah langit bersalji Malaysia. Haifa Auliya, gadis yang berasal dari Kuala Lumpur. Pelajar 17 tahun membawa maksud apa? Ya, SPM. Tetapi kerana sikapnya yang su...